Friday, October 12, 2012

Bantuan Tak Ikhlas



Akan sampai suatu masa apabila kita memerlukan pertolongan atau bantuan daripada orang lain. Akan ada juga masa yang mana kita diperlukan untuk memberi bantuan kepada orang lain. Itulah konsep Give and Take; memberi dan menerima.

Terdapat golongan yang mana apabila sampai masanya dia diperlukan untuk memberi bantuan, dia bersetuju untuk menyumbang; melalui wang, tenaga, masa, tempat tinggal, makanan atau khidmat nasihat – namun dengan niat untuk mendapat balasan daripada orang yang ditolongnya. Inilah yang dikatakan bantuan tidak ikhlas; bantuan yang tidak disusulkan dengan niat untuk mendapat rahmat keredhaan Tuhan sebaliknya mengharapkan balasan daripada golongan yang dibantunya.

Saya mengesyorkan bahawa jangan lah kita menerima bantuan yang tidak ikhlas ini kerana bantuan berbentuk sedemikian jika kita gunakan akan menghasilkan output negatif.

Malah akan ada kecenderungan orang yang membantu secara tidak ikhlas itu untuk memberikan tekanan dan penindasan terhadap orang yang dibantunya.

Cara2 mengenal pasti orang yang tak ikhlas dalam membantu :

1) Dia selalu mengungkit-ungkit bantuan yang diberikan kepada kita sebelum ini. Jangan sesekali minta bantuan lagi daripada pengungkit.

2) Tidak mesra dalam memberikan bantuan. Tidak ada senyuman, tidak ada keramahan, pandangan mata yang ada unsur kejahatan.

3) Mengenakan syarat-syarat sewaktu memberikan bantuan.

Sesungguhnya ada pilihan lain daripada mengharapkan pertolongan daripada golongan tak ikhlas ini.
Janganlah kita sesekali berputus asa dalam kehidupan ini dan terus menerus dalam berusaha mencapai kejayaan di dunia dan juga di akhirat. Usaha, doa, tawakal. ^_^


No comments:

Post a Comment