Tuesday, October 9, 2012

MalaysiaKini



Saya rasa sangat geli hati apabila Utusan Malaysia mengkritik MalaysiaKini dengan 
menerbitkan artikel mengatakan laporan berita oleh MalaysiaKini adalah berpihak. 
Utusan Malaysia seolah-olah seperti tak sedar dan tak cermin diri kerana orientasi
berita dan artikel yang diterbitkan mereka sangat jelas dalam menimbulkan  justifikasi 
bahawa mereka sangat berpihak kepada Barisan Nasional.

Malah reputasi Utusan Malaysia sangat terjejas teruk melihat kepada dah banyak kali
kalah saman di mahkamah akibat menabur fitnah dalam artikel yang diterbitkan mereka.

Apa yang menghantui Utusan Malaysia sampai depa dok meroyan sakan pun saya tak tau. Yang saya tau, Utusan Malaysia dah kalah saman 3 kali kepada pemimpin pembangkang; 2 kali kepada Lim Guan Eng dan sekali kepada Nizar Jamaluddin malah berhadapan dengan 2 lagi tuntutan saman oleh DSAI dan Dr Abdul Aziz Bari (sebenarnya banyak lagi tuntutan saman
yang bakal menyusul).

Apa-apa pun, post kali ini bukan lah nak bincang tentang Utusan Malaysia yang semakin tidak relevan sebagai 'utusan' kepada rakyat Malaysia. Post kali ini adalah berkaitan MalaysiaKini dan bagaimana elemen yang terkandung di dalamnya adalah relevan malah rasional sebagai tabloid utama buat rakyat Malaysia.

Kriteria yang paling saya kagumi tentang MalaysiaKini adalah kesediaan mereka dalam memberi ruang dan peluang untuk kedua-dua belah pihak, samada pemimpin kerajaan mahupun pembangkang. Contoh, Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO) dan Saifudin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) telah menyuarakan pandangan dan menulis artikel kritis dan sudi diterbitkan oleh MalaysiaKini. Konsep kebebasan media yang dijunjung oleh MalaysiaKini sangat saya berikan pujian. 

Saya akui setelah mengikuti laporan dan paparan berita di MalaysiaKini, saya dapati
orientasi laporan adalah lebih bersifat pro-pembangkang,namun masih ada ruang dan peluang untuk pemimpin kerajaan BN memberi penjelasan dalam isu berbangkit; berbeza dengan gaya Utusan Malaysia yang menutup terus ruang untuk pemimpin pembangkang memberi penjelasan. 

Anda akan melihat di MalaysiaKini para pemimpin kita sentiasa berlawan kenyataan.
Pertembungan hujah sebegini tidak akan anda lihat di Utusan Malaysia yang kelihatan 
seolah-olah obses lagi taksub dengan pemimpin Barisan Nasional, menafikan hak berbeza pendapat dan mengekang budaya demokrasi serta persaingan sihat.

Tahniah kepada MalaysiaKini kerana dalam usaha mendapatkan hak untuk menerbitkan surat khabar harian versi cetak, Mahkamah Tinggi telah 'menegur' tindakan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein Onn yang tanpa alasan kukuh tidak memberi permit penerbitan kepada MalaysiaKini. Saya harap berkat usaha yang istiqamah dan bertunjang nilai moral tinggi, suatu hari nanti MalaysiaKini versi cetak akan berjaya diterbit dan diedar seantero Malaysia. 

Tohmahan daripada beberapa haters juga berjaya dijawab dengan bergaya dan penuh yakin.

Dengan ini, saya menyaran supaya kita ambillah masa setiap hari untuk meneliti MalaysiaKini dan terus mantap dengan mentaliti yang mengangkat ilmu sebagai pemangkin harga diri.



No comments:

Post a Comment