Wednesday, November 14, 2012

MD



1. MD adalah salah seorang alumni UTeM yang tidak berjaya dalam bidang yang dia minati malah sangat jelas kekecewaannya di tahun akhirnya tatkala menyedari peluang dia untuk menonjol sudah tertutup. 

2. Bagi saya, antara faktor penyumbang kepada mengapa terjadinya situasi demikian adalah kerana memandang remeh kepada perancangan dan latihan yang konsisten dan anggapan bahawa diri tidak perlu berlatih banyak kerana sudah hebat dan mahir. Sikap tidak kisah kepada teamwork dan terpengaruh dengan cara diktator juga antara falsafah yang dipegang MD.

3. Walau bagaimanapun, beberapa tahun selepas itu menyaksikan MD masih diberi peluang untuk menyinar iaitu secara individu, melalui acara pidato 1Malaysia. Tahniah atas kemenangan anda yang membawa pulang RM3,000, piala dan lain-lain. Nampaklah bahawa penganjur ingin memaparkan bahawa mereka ingin mempromosi perpaduan dengan memberi kemenangan kepada orang Sarawak, Cina dan India.

4. Teringat saya kepada perbualan telefon antara saya dengan MD pada suatu masa dulu. Saya mengulas dengan sinis namun sopan terhadap kata-kata dia yang saya tak setuju, dibalas oleh MD dengan suara nyaring. "Wow, marahnya dia", bisik hati saya sambil merasa situasi tersebut agak lucu kerana memikirkan bagaimana kata-kata dengan nada sopan saya boleh membuatkan dia begitu marah sampai menjerit-jerit dan terpekik-pekik. 

5. Akhirnya, lontaran vokal yang dipengaruhi emosi dalaman yang membara akibat kekecewaan pada masa lampau terbukti membantu MD ke arah menjuarai pidato itu.

6. Sekali lagi, saya ucapkan tahniah kepada MD. Harapan saya, status anda sebagai 'kakitangan sebuah syarikat cat' seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia akan mendapat impak positif hasil daripada kemenangan itu malah mempengaruhi majikan menaikkan jawatan dan gaji. 



4 comments:

  1. Terima kasih atas ucapan tahniah anda Syariman. Dalam apa jua pun bidang, saya berdoa agar semua junior-juior malah rakan2 seangkatan semuanya akan berjaya. Sehingga ke hari ini ilmu pengucapan awam masih saya kongsian dengan sesiapa, termasuk isteri sendiri yang merupakan seorang yang pendiam sehigga ke hari ini. Andai lidah ini pernah terlanjur, jari sepuluh saya susun memohon ampun.

    MD

    ReplyDelete
  2. Semoga terus mencipta sukses buat masa akan mendatang :)

    ReplyDelete
  3. Sape MD tu u ols???penulis blog ni mmg jealous dgn MD kot..oppsss!!!

    ReplyDelete
  4. tak jeles pown. saje je rasa mcm nak mengulas, so i ulas je lah. tak leh ke? hehe :P

    ReplyDelete