Monday, December 31, 2012

Happy New Year 2013


Masa berlalu begitu pantas dan bagaikan sekelip mata, 2012 kini berada di penghujung untuk memberi laluan kepada 2013 menyinsingkan fajarnya.

2012 menyaksikan Barack Obama terus kekal menjadi Presiden Amerika Syarikat untuk 4 tahun lagi, Madonna terus relevan melalui kejayaan MDNA Tour yang menjadi konsert jelajah paling laris, Osama Laden menurut media Barat telah berjaya dibunuh namun mayatnya dihumban ke laut, Najib Razak terus berteka-teki tentang tarikh PRU 13, Lee Chong Wei berkahwin yang mana majlisnya menjadi medan menambah populariti aka mencapub oleh Rosmah Mansur, Peter Jackson tampil dengan filem pertama daripada projek trilogi terbaru; The Hobbit: An Unexpected Journey, perang paten antara Apple dengan Samsung, ramalan kaum Maya bahawa kiamat pada 2012 terbukti tidak betul, dan banyak lagi peristiwa dan fenomena yang menjadikan 2012 cukup bermakna.

Walau apapun persepsi anda terhadap 2012, saya ingin sekali mengajak saudara saudari supaya kita berpaksi kepada realiti bahawa 2012 akan meninggalkan kita; maka tidak perlulah terus bergelumang dalam negativiti masa lampau, sebaliknya terus komited untuk fokus tentang pencorakan 2013 melalui azam yang signifikan.

Keparahan ekonomi pada 2012 merupakan pengajaran supaya dalam 2013 kita mengamalkan sikap jimat-cermat, membasmi ketamakan dan tidak bersikap materialistik. Penindasan dan penghinaan terhadap Muslim yang dilakukan secara terbuka merupakan tindakan provokasi yang perlu ditangani melalui mentaliti rasional, bukan jiwa yang emosional.

Justeru, melalui penilaian terhadap pelbagai momen ini yang ditimbang di dacing minda masing-masing, semoga kita melangkah ke dalam 2013 dengan Bismillah dan beristiqamah dalam usaha bagi memastikan kita termasuk dalam golongan yang untung dan berjaya di dunia dan akhirat.

Selamat Tahun Baru. Lets welcome 2013. ^_^




Saturday, December 29, 2012

Syiman's Review - The Hobbit: An Unexpected Journey


Keterujaan membuak-buak sejak mengetahui Peter Jackson akan kembali menyelak sejarah middle Earth lantas merangka projek trilogi The Hobbit yang mana semestinya menjadi perbandingan kepada trilogi terdahulu; The Lord of The Rings.

Tanpa menanti lama sejak ditayangkan, pada suatu hari saya dan Abang Ramadhan; senior saya di MRSM Jasin, pergilah menonton The Hobbit: An Unexpected Journey. Masa tayangan 2 jam 40 minit sudah cukup untuk menyebabkan Abang Ramadhan memaculkan kata "Wow, lamanya!'.

Jika anda membandingkan dengan trilogi The Lord of The Rings, saya boleh katakan filem ini tidaklah sehebat The Fellowship of The Rings namun saya meramalkan filem ke-2 dan ke-3 pasti lebih kaya dengan plot yang impresif. Walaupun tidak sehebat The Fellowship of The Rings, namun filem ini adalah filem yang hebat.

Sepertimana filem-filem Peter Jackson yang terdahulu, anda akan dibawa ke dalam satu pengembaraan dalam sayembara plot yg menyentuh emosi dan naluri.

Cinematography : A
Plot Citer : B+
Lakonan: B+
Pengarahan: B+


Wednesday, December 26, 2012

Merry Christmas '12


Percutian sempena Hari Christmas adalah istimewa kerana musim ini lah para pemegang jenama terkenal berlumba-lumba untuk menawarkan harga diskaun yang menjulingkan mata. Topman, misalnya, melancarkan koleksi terbaru yang sangat cantik pada musim winter ini; lebih cantik jika dibandingkan dengan musim-musim lain.

Adalah lebih bermakna jika kita mengambil kesempatan sewaktu percutian ini untuk merenung sejenak tentang perjuangan dan kehidupan Jesus; pengasas ajaran Christianity. Jesus aka Nabi Isa menurut perspektif Islam adalah salah seorang pesuruh Allah yang diutuskan untuk menyinarkan cahaya kepada kegelapan yang menyelubungi manusia yang meraba-raba dan mencari-cari. Dengan mengetahui riwayat Nabi Isa maka dapatlah kita memahami susur galur Christianity lantas dapat menangani pertembungan konflik Christian-Islam dengan baik.

Antara elemen yang terkandung dalam bab hidup Nabi Isa adalah The Last Supper yang mengisahkan perihal Judas; salah seorang pembantu kepercayaan Jesus yang menjadi pengkhianat akibat tidak mempunyai jati diri yang kukuh dan terperangkap dalam rasuah oleh penguasa Gereja jahiliyyah yang benci kepada Jesus.

Bab di atas adalah tentang hari-hari terakhir Nabi Isa yang tragis. Walau bagaimanapun, semangat Hari Krismas bukanlah tentang kebencian dan pengkhianatan, sebaliknya tentang ajaran paling simbolik oleh Nabi Isa, iaitu tentang penolakan terhadap peperangan dan cinta sesama insan (peace and love).

Sebagai seorang Muslim, saya berharap konflik yang tercetus antara kalangan penganut Christian dan Islam dapat dileraikan melalui pemahaman yang jelas dan mendalam terhadap mesej suci oleh Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad s.a.w.

Marilah kita enjoy dan bergembira di hari yang bermakna ini.

Merry Christmas. 







Monday, December 17, 2012

Bangga untuk Mencarut


1. Adalah menyedihkan untuk melihat ramai dalam kelompok generasi saya suka mengeluarkan kata-kata berbentuk cacian, malah kelihatan penuh bangga sewaktu menuturkannya.

2. Kata-kata carutan itu bukan lagi untuk menggambarkan situasi mereka sedang marah semata-mata, malah sebagai pengisian dalam rutin perbualan bersama rakan bagi mewujudkan persepsi bahawa mereka adalah cool atau macho.

3. Mentaliti para pencarut itu mengatakan bahawa reputasi mereka akan terbina kukuh dengan mencarut.

4. Sial, babi, lahanat, bongok, bangang, bodo, bengap dan lain-lain adalah kata-kata
wajib dalam kamus pertuturan para pencarut dalam kehidupan harian mereka.


5. Bertambah sedih, spesies pencarut yang berbangga untuk mencarut ini bukan sahaja dalam kalangan yang kurang pendidikan, malah mahasiswa/siswi di universiti.

6. Mencarut tak akan membawa anda menghampiri kejayaan samada di dunia dan akhirat.

7. Mungkin reputasi anda bertambah baik dan imej anda sebagai seorang yang cool dan macho akan terpapar tapi itu adalah dalam kalangan kelompok para pencarut sahaja.

8. Come on lah, pencarut. Apa kata buang kata-kata negatif dan gantikan dengan kata-kata positif. Perkara negatif tak akan pernah seiring dengan sukses.

9. Sesungguhnya, saya lagi suka perokok. Ironi yang cukup ketara kerana saya cukup
tersangat tak suka dengan pencarut; kerana menyebabkan telinga saya berdarah setiap kali mendengar carutan mereka, walaupun tidak ditujukan kepada saya.


 


 

Lawak Bodoh aka Lawak Kosong


1. Saya tahu ramai yang beranggapan cara saya ketawa adalah seperti tidak ikhlas apabila ketawa. Hal ini memang tidak dapat dielakkan kerana rata-rata mereka memang melakukan lawak namun dalam kategori lawak kosong a.k.a lawak bodoh.

2. Sesungguhnya, antara faktor untuk menilai mentaliti seseorang samada berkualiti atau tidak adalah dengan melihat cara dia berlawak a.k.a berhumor.

3. Menjadi saksi kepada persembahan oleh Maharaja Lawak adalah pengalaman yang mendukacitakan. Nama saja Maharaja, namun berlawak seperti Kuli.

4. Berlawaklah seperti Harith Iskandar. Itulah komedi dalam erti kata yang sebenar.


Sunday, December 9, 2012

Syiman's Review: No More Bullshit, Please, We're All Malaysians



Untuk makluman, buku No More Bullshit ini merupakan best seller di MPH untuk beberapa minggu lamanya, menyebabkan beberapa bulan selepas diterbitkan, ia ditranslasi ke dalam versi Bahasa Melayu. Jadi anda mempunyai pilihan samada ingin membaca dalam Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Melayu.

Penulis adalah Kee Thuan Chye, yang berkecimpung dalam dunia penulisan selama lebih 30 tahun. Antara yang menarik ttg Thuan Chye adalah dia menamakan anaknya
Soraya Sunitra Kee Xiang Yin dan Jebat Arjuna Kee Jia Liang. 

Antara kandungan dalam buku ini:

-Dalam waktu sepatutnya kita secara bersama berasa teruja untuk menuju negara maju pada 2020, malangnya kita masih terperangkap dalam kekeliruan berkaitan hubungan antara kaum.

-Menegur sikap orang yang membuat penilaian dan menjatuhkan hukum secara membuta-tuli tanpa menyaksi dan membuat penilaian secara adil terlebih dahulu.

-Membezakan antara negara dan kerajaan sebagai institusi yang berlainan. Kesetiaan kepada negara tidak boleh disamakan dengan kesetiaan kepada kerajaan. Malah, mengundi untuk kerajaan yang tidak berkualiti menunjukkan kesetiaan kepada negara, demi kepentingan masa depan yang lebih baik buat negara.

-1Malaysia, Wawasan 2020, Bangsa Malaysia hanyalah slogan dan konsep di atas kertas yang tidak disusulkan dengan program berorientasi tindakan seperti Economic Transformation Programme (ETP). Tiada halatuju jelas dalam dasar2 berkaitan perpaduan, dan itulah sebab masyarakat pelbagai kaum terus berpecah.

-Menganggap Dr M sebagai 'Mess Maker' dan menghujahkan rasuah tidak ditangani dengan baik sewaktu kepimpinannya, dan merumuskan bahawa Dr M sepatutnya di waktu sekarang harus lebih banyak berdiam diri kerana semakin banyak dia bercakap, semakin banyak kes salah laku di zamannya yang terbongkar. 

-Bertegas bahawa dirinya adalah 'Malaysian First, Chinese Second'. 

-"If the Government cannot give us our fundamental rights and our fundamental freedom, then it has no right to be our government".

Makanya, saya menyarankan semua orang dalam pelbagai golongan dapat meluangkan masa anda menelaah buku ini dengan khusyuk kerana buku ini boleh mematangkan pemikiran ke arah mentaliti kenegaraan dan kemasyarakatan yang lebih baik. 





Syiman's Review: Breaking Dawn part 2 n The Life of Pi


Breaking Dawn part 2







Bella dan Edward terus menikmati alam cinta penuh romantik namun mencabar dengan membesarkan anak yang sangat cepat membesar dan menimbulkan kontroversi hingga menarik perhatian Volturi. 

Jacob pulak yang kini rasa terikat dengan anak Bella dan Edward terus memberikan komitmen untuk berkerjasama dengan keluarga Cullen demi berhadapan dengan serangan yang dirancang oleh Volturi. 

Pada saya, kekuatan penceritaan dalam Breaking Dawn part 2 adalah agak lemah namun disokong oleh kekuatan pesona watak yang ada dalam filem ini. Siapa yang tak suka melihat vampire dan werewolf yang hot lagi mantap?

Apa-apa pun, saya teruja untuk melihat satu lagi filem yang mengadaptasi novel popular Stephanie Meyer, The Host yang akan menghadap penonton pada tahun depan.

Plot : C
Pengarahan : B
Lakonan : B
Cinematography : B+


The Life of Pi



Saya ingin mengingatkan bahawa filem ini adalah satu pengembaraan berat yang mana jalan penceritaan adalah lama namun terkandung mesej moraliti yang mantap. Kalau anda sukakan pengembaraan yang berlatar lautan, maka filem ini adalah untuk anda. 

Hubungan antara manusia dan haiwan menjadi sub-tema yang diangkat dalam menyampaikan mesej bahawa untuk memiliki daya survival yang tinggi, kita tidak boleh berputus-asa malah mengharap kepada Pencipta, iaitu Tuhan yang Maha Kuasa. 

Untuk sesuatu yang berbeza, tontonlah filem ini.

Plot : B
Pengarahan : B
Lakonan : B
Cinematography : B+

Syiman's Review: Nyanyi Sunyi




Penulis buku ini, Maskiah Masrom skrg berkhidmat di IPG Temenggung Ibrahim dan kami berhubungan baik setelah berlangsung beberapa sesi kerjasama antara saya dan dia. Perjumpaan saya dengan beliau di UPM beberapa bulan lepas membuatkan saya rasa nak habiskan membaca buku ini secepat mungkin.

Dalam buku ini apa yang anda akan dapat adalah beberapa mesej nilai murni yang digarap kreatif melalui susunan plot yang kemas dan impresif. Mengisahkan tentang Cempaka yang dilanda dilema cinta segi tiga, Cempaka terpaksa berhempas pulas dalam merungkai beberapa misteri berkaitan sejarah keluarga dan misi untuk mewujudkan Kampung Budaya. 

Situasi kawan yang dengki dan cenderung untuk menikam dari belakang, kes masalah mental dan jenayah culik, hubungan Indonesia-Malaysia, dan banyak lagi selitan dalam plot akan menyebabkan anda rasa berada dalam pengembaraan rohaniah yang mana sedikit sebanyak mendorong anda mengamalkan nilai-nilai murni dalam hidup.

Satu lagi novel berkualiti daripada Maskiah Masrom, saya berharap dapat membaca lagi novel beliau yang akan datang.