Monday, December 31, 2012

Happy New Year 2013


Masa berlalu begitu pantas dan bagaikan sekelip mata, 2012 kini berada di penghujung untuk memberi laluan kepada 2013 menyinsingkan fajarnya.

2012 menyaksikan Barack Obama terus kekal menjadi Presiden Amerika Syarikat untuk 4 tahun lagi, Madonna terus relevan melalui kejayaan MDNA Tour yang menjadi konsert jelajah paling laris, Osama Laden menurut media Barat telah berjaya dibunuh namun mayatnya dihumban ke laut, Najib Razak terus berteka-teki tentang tarikh PRU 13, Lee Chong Wei berkahwin yang mana majlisnya menjadi medan menambah populariti aka mencapub oleh Rosmah Mansur, Peter Jackson tampil dengan filem pertama daripada projek trilogi terbaru; The Hobbit: An Unexpected Journey, perang paten antara Apple dengan Samsung, ramalan kaum Maya bahawa kiamat pada 2012 terbukti tidak betul, dan banyak lagi peristiwa dan fenomena yang menjadikan 2012 cukup bermakna.

Walau apapun persepsi anda terhadap 2012, saya ingin sekali mengajak saudara saudari supaya kita berpaksi kepada realiti bahawa 2012 akan meninggalkan kita; maka tidak perlulah terus bergelumang dalam negativiti masa lampau, sebaliknya terus komited untuk fokus tentang pencorakan 2013 melalui azam yang signifikan.

Keparahan ekonomi pada 2012 merupakan pengajaran supaya dalam 2013 kita mengamalkan sikap jimat-cermat, membasmi ketamakan dan tidak bersikap materialistik. Penindasan dan penghinaan terhadap Muslim yang dilakukan secara terbuka merupakan tindakan provokasi yang perlu ditangani melalui mentaliti rasional, bukan jiwa yang emosional.

Justeru, melalui penilaian terhadap pelbagai momen ini yang ditimbang di dacing minda masing-masing, semoga kita melangkah ke dalam 2013 dengan Bismillah dan beristiqamah dalam usaha bagi memastikan kita termasuk dalam golongan yang untung dan berjaya di dunia dan akhirat.

Selamat Tahun Baru. Lets welcome 2013. ^_^




No comments:

Post a Comment