Wednesday, December 26, 2012

Merry Christmas '12


Percutian sempena Hari Christmas adalah istimewa kerana musim ini lah para pemegang jenama terkenal berlumba-lumba untuk menawarkan harga diskaun yang menjulingkan mata. Topman, misalnya, melancarkan koleksi terbaru yang sangat cantik pada musim winter ini; lebih cantik jika dibandingkan dengan musim-musim lain.

Adalah lebih bermakna jika kita mengambil kesempatan sewaktu percutian ini untuk merenung sejenak tentang perjuangan dan kehidupan Jesus; pengasas ajaran Christianity. Jesus aka Nabi Isa menurut perspektif Islam adalah salah seorang pesuruh Allah yang diutuskan untuk menyinarkan cahaya kepada kegelapan yang menyelubungi manusia yang meraba-raba dan mencari-cari. Dengan mengetahui riwayat Nabi Isa maka dapatlah kita memahami susur galur Christianity lantas dapat menangani pertembungan konflik Christian-Islam dengan baik.

Antara elemen yang terkandung dalam bab hidup Nabi Isa adalah The Last Supper yang mengisahkan perihal Judas; salah seorang pembantu kepercayaan Jesus yang menjadi pengkhianat akibat tidak mempunyai jati diri yang kukuh dan terperangkap dalam rasuah oleh penguasa Gereja jahiliyyah yang benci kepada Jesus.

Bab di atas adalah tentang hari-hari terakhir Nabi Isa yang tragis. Walau bagaimanapun, semangat Hari Krismas bukanlah tentang kebencian dan pengkhianatan, sebaliknya tentang ajaran paling simbolik oleh Nabi Isa, iaitu tentang penolakan terhadap peperangan dan cinta sesama insan (peace and love).

Sebagai seorang Muslim, saya berharap konflik yang tercetus antara kalangan penganut Christian dan Islam dapat dileraikan melalui pemahaman yang jelas dan mendalam terhadap mesej suci oleh Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad s.a.w.

Marilah kita enjoy dan bergembira di hari yang bermakna ini.

Merry Christmas. 







No comments:

Post a Comment