Sunday, December 9, 2012

Syiman's Review: No More Bullshit, Please, We're All Malaysians



Untuk makluman, buku No More Bullshit ini merupakan best seller di MPH untuk beberapa minggu lamanya, menyebabkan beberapa bulan selepas diterbitkan, ia ditranslasi ke dalam versi Bahasa Melayu. Jadi anda mempunyai pilihan samada ingin membaca dalam Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Melayu.

Penulis adalah Kee Thuan Chye, yang berkecimpung dalam dunia penulisan selama lebih 30 tahun. Antara yang menarik ttg Thuan Chye adalah dia menamakan anaknya
Soraya Sunitra Kee Xiang Yin dan Jebat Arjuna Kee Jia Liang. 

Antara kandungan dalam buku ini:

-Dalam waktu sepatutnya kita secara bersama berasa teruja untuk menuju negara maju pada 2020, malangnya kita masih terperangkap dalam kekeliruan berkaitan hubungan antara kaum.

-Menegur sikap orang yang membuat penilaian dan menjatuhkan hukum secara membuta-tuli tanpa menyaksi dan membuat penilaian secara adil terlebih dahulu.

-Membezakan antara negara dan kerajaan sebagai institusi yang berlainan. Kesetiaan kepada negara tidak boleh disamakan dengan kesetiaan kepada kerajaan. Malah, mengundi untuk kerajaan yang tidak berkualiti menunjukkan kesetiaan kepada negara, demi kepentingan masa depan yang lebih baik buat negara.

-1Malaysia, Wawasan 2020, Bangsa Malaysia hanyalah slogan dan konsep di atas kertas yang tidak disusulkan dengan program berorientasi tindakan seperti Economic Transformation Programme (ETP). Tiada halatuju jelas dalam dasar2 berkaitan perpaduan, dan itulah sebab masyarakat pelbagai kaum terus berpecah.

-Menganggap Dr M sebagai 'Mess Maker' dan menghujahkan rasuah tidak ditangani dengan baik sewaktu kepimpinannya, dan merumuskan bahawa Dr M sepatutnya di waktu sekarang harus lebih banyak berdiam diri kerana semakin banyak dia bercakap, semakin banyak kes salah laku di zamannya yang terbongkar. 

-Bertegas bahawa dirinya adalah 'Malaysian First, Chinese Second'. 

-"If the Government cannot give us our fundamental rights and our fundamental freedom, then it has no right to be our government".

Makanya, saya menyarankan semua orang dalam pelbagai golongan dapat meluangkan masa anda menelaah buku ini dengan khusyuk kerana buku ini boleh mematangkan pemikiran ke arah mentaliti kenegaraan dan kemasyarakatan yang lebih baik. 





No comments:

Post a Comment