Sunday, December 9, 2012

Syiman's Review: Nyanyi Sunyi




Penulis buku ini, Maskiah Masrom skrg berkhidmat di IPG Temenggung Ibrahim dan kami berhubungan baik setelah berlangsung beberapa sesi kerjasama antara saya dan dia. Perjumpaan saya dengan beliau di UPM beberapa bulan lepas membuatkan saya rasa nak habiskan membaca buku ini secepat mungkin.

Dalam buku ini apa yang anda akan dapat adalah beberapa mesej nilai murni yang digarap kreatif melalui susunan plot yang kemas dan impresif. Mengisahkan tentang Cempaka yang dilanda dilema cinta segi tiga, Cempaka terpaksa berhempas pulas dalam merungkai beberapa misteri berkaitan sejarah keluarga dan misi untuk mewujudkan Kampung Budaya. 

Situasi kawan yang dengki dan cenderung untuk menikam dari belakang, kes masalah mental dan jenayah culik, hubungan Indonesia-Malaysia, dan banyak lagi selitan dalam plot akan menyebabkan anda rasa berada dalam pengembaraan rohaniah yang mana sedikit sebanyak mendorong anda mengamalkan nilai-nilai murni dalam hidup.

Satu lagi novel berkualiti daripada Maskiah Masrom, saya berharap dapat membaca lagi novel beliau yang akan datang. 





No comments:

Post a Comment