Tuesday, December 31, 2013

Welcome, 2014


2013 pastinya telah menyajikan anda dengan pelbagai momen yang termuat dalam album memori suka dan duka. Apa yang paling penting sewaktu menyelak album memori ini adalah pengajaran yang boleh diambil supaya 2014 yang hadir dicorak dengan cantik.

iPhone 5, iPad Air dan Nintendo 2DS adalah antara produk menarik pada tahun 2013. The Hobbit 2, Catching Fire, Iron Man 3 dan The Croods adalah filem box-office yang signifikan untuk ditonton. Lorde dan gerombolan puteri Pop berlumba-lumba meluncurkan album masing-masing (Lady Gaga, Katy Perry, Miley Cyrus, Britney Spears). Eminem, Justin Timberlake dan Beyonce tidak ketinggalan dalam memperdengar karya terbaru.

Harapan pada tahun 2014 adalah keamanan dan kemakmuran ekonomi. Golongan pembuli perlu disumbat dengan moral authority sampai mereka pengsan dan terus insaf daripada menjadi pembuli. Perosak keamanan orang lain juga perlu dilanyak dengan hujah-hujah kental supaya mereka sedar mereka adalah dalang kepada kehancuran sosial. Duit yang dijana oleh usaha yang gigih diurus dengan bijak tanpa unsur pembaziran dan dipengaruhi oleh sikap obses pada material dan status.

Semoga 2014 hadir dengan cahaya sebagai penyinar kepada jalan yang dulunya gelap di 2013. Welcome, 2014. Happy New Year. Perlu diingat, kestabilan mental, fizikal, sosial dan spiritual perlu diseimbangkan dengan bijak.


Selamat Tahun Baru. 


Wednesday, December 18, 2013

Beyonce by Beyonce


Beyonce mengejutkan kita lagi. Kali ini bukan dengan kankangan maut Single Ladies, baju jaluran delima mahupun tarian gila gaya Afrika manifestasi Deja Vu. Kali ini adalah dengan kejutan sewaktu peluncuran album kelima Beyonce yang dibuat secara tiba-tiba.

Tanpa apa-apa promosi mega seperti Lady Gaga, Katy Perry dan Miley Cyrus; Beyonce secara tetiba membuat kenyataan di Twitter dan Facebook  bahawa beliau tampil dengan album yang memuatkan 14 lagu baru, yang mana setiap lagu disusulkan dengan video.

Langkah mengejut ini sebenarnya berisiko tinggi gagal di pasaran. Lihat saja Britney Spears dan Nelly Furtado yang tidak mampu mengekalkan momentum kelarisan album akibat kurangnya promosi. Namun Beyonce adalah artis yang original. Album yang dinamakan Beyonce ini bukan sahaja berjaya tertempat #1 di Billboard malah mencipta rekod sebagai album terpantas laris di iTunes Store; terjual lebih 800,000 unit sepanjang 3 hari pertama dipasarkan.

Cover album Beyonce  hanya tertera ‘Beyonce’ dalam warna pink; mengambil inspirasi daripada konsep minimalism. Beyonce mendapat review positif di Metacritic dengan mendapat markah 84/100.  Cover album Lorde, Pure Heroine juga adalah ringkas dengan hanya tertera tulisan. Review daripada profesional adalah sangat baik untuk Pure Heroine. Single oleh Lorde, Royals menjajah Billboard Hot 100 dengan menjadi #1 selama 9 minggu berturut-turut.  Namun Pure Heroine hanya suam-suam kuku di pasaran. Ironi antara Lorde dan Beyonce menunjukkan Beyonce memiliki aura istimewa sebagai artis berhayat panjang dalam industri.  




Beyonce hanya perlu melakukan kejutan di saat para peminat music ternanti-nanti kelainan daripada segerombolan puteri pop (Lady Gaga, Katy Perry, Miley Cyrus, Britney Spears) meluncurkan album pop masing-masing. Inilah pulangan dengan menjadi lain daripada yang lain.






P/s – My beloved favorita Madonna, wish u make a surprise like this one. Still waiting for ur next masterpiece. 

Friday, December 13, 2013

Suka Duka 2013



Suka

1. 3.92 untuk Semester 1, 3.91 untuk Semester 2

2. Kemenangan dalam Sketsa Pantun, Medley, Show Me How bersama Miraa Mia dan Amer Ash

3. Sony Ericsson Xperia X10

4. Habis baca buku The 7 Habits of Highly Effective People, Awaken Giant Within, Who Moved My Cheese? dan Men Are From Mars, Women Are From Venus.

5. Dapat tawaran kerja sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan dan Pegawai Kastam daripada SPA tetapi terpaksa tolak sebab komited untuk teruskan pengajian.

6. Trending kat Twitter #prayforshariman yang dilancarkan oleh ahli Kaki Reboot. Siap ada Hakka edisi khas untuk Syareman.

7. Sesi penggambaran dengan kamera DSLR Mia adalah menyegarkan perspektif dan menghasilkan banyak gambar-gambar menarik dan tebaik untuk 2013. Thanks Mia!

8. Dapat laptop mini baru yang cukup untuk melakukan tugasan akademik dan melayan hiburan di waktu terluang setelah laptop HP Pavilion telah nazak dan tidak mampu lagi perform seperti dulu.

9. Mengundi untuk Pilihanraya Umum buat kali pertama.

10. Butik pertama H&M telah dibuka di Malaysia. First time beli H&M iaitu – Hoodie, Skinny Jeans dan Shirt. Sangat berpuas hati dengan kualiti namun dengan harga yang lebih murah

11. Rafael Nadal kembali menjadi #1, merampas kembali mahkota Raja Tenis daripada Novak Djokovic.

12. Kembali ke Sunway Lagoon setelah sekian lama. Auntie belanja tiket yang berharga RM80.

13. G klinik gigi untuk buat pembersihan gigi. Walaupun agak rimas, tapi gigi rasa lebih bersih tanpa plak degil yang mengumpul bakteria. Doktor pesan datang klinik gigi 6 bulan sekali.

14. Dapat tajaan negeri Kedah.

15. Menggunakan cloud storage dengan banyak. Thanks to Google Drive sebab bagi kapasiti 45GB untuk simpanan data.


Duka

1. Mendapat kolej Jebat dan Lekiu di level yang mana Collectivism sangat meninggi, sedangkan saya adalah tinggi Individualism. Makanya berlaku lah pelarian saya daripada Jebat ke Lekiu. Di Lekiu, berlaku sedikit pengtengkaran akibat pertembungan dua nilai ini.

2. Kehilangan 170GB filem yang dikumpul selama bertahun-tahun dalam Samsung External HardDisk disebabkan kecuaian seorang kawan.

3. Bertunjang kepada prinsip demokrasi yang sihat, tidak berlaku pertukaran kerajaan Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat. Banyak isu berbangkit, seperti ketirisan kewangan dan kebebasan media yang tidak ditangani dengan baik.

4. Didiagnos menghidap demam campak. Satu pengalaman yang agak menggusarkan dan melemahkan. Setanding dengan sakit gigi.

5. Gum Bleeding. Darah kuar banyak lain macam.


6. Tak dapat tajaan JPA. 


Sunday, December 1, 2013

Agenda


Kucing itu masuk ke dalam rumah saya sambil miow miow terhadap Riz, Napi dan saya. Dia mencari makanan dengan menjenguk ke sana sini. Agendanya adalah meneruskan kelangsungan survival hidup.

Manusia lebih kompleks dalam beragenda. Agenda material, agenda politik, agenda kuasa, agenda pengaruh, agenda seks, agenda kasanova, agenda menggatal, agenda popular dan banyak lagi agenda yang mana daripada itu lahir pulak cara untuk merealitikan agenda.

Tidak salah untuk beragenda. Yang salah adalah apabila dalam proses merealitikan agenda, manusia cenderung untuk memangsakan manusia lain. Paradigma yang menyesatkan seperti matlamat menghalalkan cara dijana demi kepentingan diri dan kroni. Ada juga agenda yang makan tuan kerana agenda itu sebenarnya tidak memberi apa-apa manfaat pun melainkan kekeliruan dan masalah jiwa yang berterusan.

Ke arah mencapai agenda material, pembaziran terhadap benda yang tidak perlu; perlu dititikberatkan. Agenda kuasa perlu diseimbangkan dengan menjaga amanah dan mengelak daripada menjadi orang yang gila kuasa. Agenda popular tidak boleh menjadi justifikasi untuk menjadi Famous for Being Famous. Agenda reputasi perlu dijaga dengan mengelak daripada penerbitan fitnah.


Atas nama keharmonian dan kemaslahatan, kita sebenarnya tidak perlu menjatuhkan orang lain untuk merealisasi agenda. Jika agenda terus menjadi senjata untuk menembak dan memancut secara jahat kepada orang lain, maka nantikan kekejaman karma sewaktu menghukummu. 


Sunday, November 17, 2013

Menjadi seorang Pemikir part II


Saya baru tengok Melodi tadi. Tetiba muncul Siti Nurhaliza mengomen tentang kata-kata orang ramai berkaitan teguran beliau terhadap Khairy Jamaluddin. Siti tak puas hati pada kebiadapan KJ terhadap orang tua di FAM.

Orang ramai juga tak puas hati dengan Siti sebab mereka tertanya-tanya layakkah Siti nak menegur KJ. Siapa Siti nak menegur kebiadapan seorang yang berstatus menteri? Dan, daripada banyak-banyak menteri yang buat hal dan kes malah yang lebih dahsyat lagi, mengapa Khairy Jamaluddin yang menjadi target teguran Siti?

Amatlah suka untuk saya kaitkan dengan post saya yang terbaru sebelum ini iaitu ‘Menjadi Seorang Pemikir’. Seorang pemikir sentiasa ghairah lantas teruja untuk menganalisis sikap Siti yang tetiba mencapub dengan menegur KJ.

Pro dan kontra bagi setiap persoalan ditimbang untuk satu justifikasi bagi hipotesis. Adakah Siti rasa ingin mencipta sedikit kontroversi disebabkan dirinya rasa tidak popular lagi mcm zaman muda beliau? Adakah Siti tak puas atas kemenangan KJ dalam Shout! Award yang tetiba menyibuk dalam industri hiburan sedangkan KJ tu ahli politik? Mungkinkah business Datuk K telah terjejas akibat kelantangan KJ mengkritik kepimpinan FAM? Atau...yang sebenarnya, Siti mahu terjun dalam dunia politik dan berasa ingin bertanding sebagai Ketua Wanita UMNO dan sebagai wakil rakyat di PRU 2018 nanti?

Di sini lah logik dan rasional menjadi ramuan dalam pemerahan minda. Bagi saya, dalam banyak-banyak menteri, mengapa KJ seorang yang ditegur. Banyak lagi pak-pak menteri yang perlu ditegur. Saya harap Kak Siti tidak berhenti di sini. Terus-teruslah menegur menteri-menteri yang bermasalah.


Menjadi seorang pemikir adalah nikmat kerana minda telah diberi makanan berkhasiat. Mari menjadi pemikir.








Friday, November 15, 2013

Menjadi seorang Pemikir


Apabila minda dibiarkan menerawang tanpa ada pengisian jitu, maka apa yang akan terjadi adalah masalah mental yang kian menggusarkan. Stres sudah jadi tidak terkawal lalu mula untuk mendapatkan khidmat pakar psikiatri atau masuk ke hospital sakit jiwa. Aktiviti negatif dilakukan secara aktif kerana sudah tiada penimbangan akal melalui dacing baik dan buruk. Stres yang mulanya kecil mula bercambah menjadi barah yang sudah parah untuk dirawat. Apabila sudah tua, jadi nyanyuk.

Semua ini berlaku kerana dari awal kita tidak mahu memilih untuk menjadi pemikir.

Dengan itu, marilah kita menjadi pemikir yang sentiasa mengisi minda dengan ilmu. Tiada kaedah yang lebih efektif untuk mendapatkan ilmu melainkan dengan membaca. Banyak buku di mph, Borders mahupun Popular untuk anda beli. Jika tak mau beli, maka boleh melawat mana-mana perpustakaan awam untuk lepak di situ.

Pemikir adalah manusia yang sentiasa menimbang nilai bagi setiap perkara; samada baik atau buruk. Adakah dengan mengambil dadah akan menyebabkan keadaan aku jadi lebih baik daripada segi jangka masa panjang? Adakah dengan mengumpat daripada belakang akan menjadikan aku menjadi orang yang lebih baik daripada orang yang diumpat itu? Adakah aku sanggup merokok berbatang-batang rokok setiap hari hanya untuk kelihatan macho sedangkan riwayat hidup semakin berkurang hari demi hari? Adakah UMNgOk masih relevan dan signifikan untuk kemajuan Malaysia? Adakah dengan menjadi Famous for Being Famous di Facebook, Twitter dan Instagram memberi pulangan ekonomi kepada aku? Apakah itu demokrasi dan kebebasan media? Apakah fungsi utama aku hidup di muka Bumi ini?

Pemikir sentiasa merangka strategi dan plan samada untuk jangka masa pendek dan panjang. Mereka tidak akan terpedaya dengan helah golongan yang bermuslihat seperti skim cepat kaya dan hujah murahan yang membodohkan orang lain.

Tidak susah untuk menjadi seorang pemikir yang berkualiti. Selain daripada membaca, gunalah waktu bersendiri untuk merenung hikmah sesuatu keadaan. Keseimbangan fizikal, mental, spiritual dan sosial diatur melalui perancangan yang konsisten.


Kita semua mempunyai pilihan. Apa pilihan anda? Mahu menjadi pemikir atau penerawang? Apakah sebabnya?


Wednesday, November 13, 2013

Api Rebellion


Rebellion bukan hanya satu pemberontakan sebaliknya adalah gabungan perjuangan untuk meneruskan momentum idea yang original. Golongan muda mencetus rebellion kepada pihak yang lebih tua dan autoriti atas dasar untuk mewujudkan sinergi, namun idea mereka bukan sahaja tidak didengar, malah ditolak bulat-bulat. Maka, api rebellion terus membakar.

Ramai yang melihat rebellion secara negatif terutamanya daripada pihak autoriti. Autoriti sebenarnya tidak suka kepada idea daripada pihak lain kerana kebanyakkannya menganggu kepentingan mereka. Mereka juga suka merendah-rendahkan pandangan golongan rebellion.

Sedar atau tidak, golongan rebellion adalah terdiri daripada yang berbakat. Dengan bakat yang ada lah maka idea-idea bernas lagi tuntas berselirat dengan ketat; menunggu masa untuk dikeluarkan dan diserap ke dalam sistem komuniti. Dalam pada itu, berlaku pertembungan bakat dengan muslihat. Golongan muslihat sanggup melakukan apa sahaja untuk meraih dan mengekal kuasa walaupun sistem yang diamal adalah pincang. Golongan berbakat sedar akan kepincangan ini namun dihalang oleh golongan muslihat. Terus meneruslah sistem yang ada mengangkat golongan penuh muslihat, bukan golongan berbakat. Maka, api rebellion terus membakar.

Api rebellion yang marak membakar tidak menjadikan golongan yang tidak bersalah sebagai mangsa. Target api rebellion adalah orang tua, autoriti yang penuh muslihat untuk mengekalkan sistem yang menjaga kepentingan mereka walaupun tidak sihat untuk masyarakat. Sesungguhnya pokok sistem yang usang menjadi sarang makhluk tidak bermoral. Justeru, fungsi api rebellion adalah untuk membakar pokok sistem yang usang ini lantas abunya menjadi baja untuk pokok sistem yang segar lantas menjana sistem yang signifikan untuk kemajuan.


Api rebellion adalah api yang halal. Api rebellion adalah api yang membakar pemalsu yang bongok. 


Tuesday, November 12, 2013

Media D' Malaysia


Panaroma pengamalan media di Malaysia adalah membimbangkan kerana terdapat pihak yang tidak selesa terhadap media yang melaporkan kebenaran.

Media yang melapor melalui data dan fakta yang jelas dan terperinci diasak supaya tidak melaporkan secara terbuka atau berhadapan dengan ugutan oleh autoriti. Media yang melapor secara tidak jelas dan tidak sahih namun berpihak kepada kepentingan autoriti tidak pula berhadapan dengan teguran apatah lagi ugutan daripada autoriti.

Nasib baik lah ada medan mahkamah yang menyaksikan Utusan Malaysia kalah saman berkali-kali sampai mencipta rekod apabila menjadi media yang paling banyak kalah saman  fitnah.

Bias yang sangat jelas inilah yang menjadikan nafas pengamal media yang bermisi positif disekat secara tidak sepatutnya oleh pihak autoriti. Kezaliman ini perlu dihentikan kerana pelapor kebenaran tidak layak untuk dilayan sedemikian rupa.


Dimanakah kebenaran lagi di bumi Malaysia jika kebebasan media disekat? Autoriti tidak layak memberi apa jua alasan untuk menghalalkan sekatan terhadap kebebasan media sedangkan diri sendiri itu BIAS. 




Wednesday, November 6, 2013

The Beginning of Sem 3


24 November adalah harinya yang mana bermula musim terbaru bagi perjalanan semester ke-3 yang masih misteri. Apa-apapun mari kita masuk kepada permulaan ini dengan keterujaan dan daya positif sebagai pemangkin ke arah pencorakan Sem 3 yang lebih baik daripada semester yang lepas.

Cukuplah dengan kehidupan di kolej kediaman yang mana sistem Collectivism diamalkan secara sangat tinggi menyebabkan penghuninya jadi obses kepada semangat kolej dan level. Balasan kepada golongan individualistik adalah pengacauan dan pemaksaan yang berterusan. Makanya, Syiman amat suka untuk berada di luar  dan terus bertanggungjawab melalui kaedah Individualism yang membantu untuk terus fokus dan merdeka daripada anasir yang tidak perlu.

Pemilihan ahli kumpulan dalam tugasan akan dibuat dengan lebih berhati-hati dan diurus dengan teliti. Pensyarah yang mempunyai kecenderungan untuk cerewet malah banyak songeh akan ditangani melalui pengurusan gerak kerja tugasan yang efektif lalu memuaskan hati beliau.

Sesungguhnya Syiman terus komited untuk tidah mahu mengundang apa-apa perhatian yang menggangu fokus kepada kecemerlangan akademik. Justeru, segala bentuk publisiti yang hanya meninggikan reputasi kosong wajar dielakkan. Sekarang bukan masanya untuk popular apatah lagi diulit glamor. Melainkan populariti itu memberi pulangan ekonomi, maka barulah ia menjadi keperluan.

Puasa Internet adalah salah satu amalan sihat untuk dilaksanakan sepanjang Semester 3. Amalan-amalan sihat yang lain termasuklah ‘Usaha-Doa-Tawakal’, pengurusan masa yang teratur, tidak boros dan istiqamah.


Mari kita memantap. 



Top 10 of Rite Now: Wanna Q4 '13


Nintendo 2DS

Semakin membuak-buak kemahuan untuk membeli Nintendo 2DS apabila melihat kawan saya sangat gembira bermain dengan Nintendo 3DS XL beliau. Nintendo 2DS adalah gajet terbaru dalam keluarga 3DS daripada Nintendo yg dilancarkan pada 12 Oktober 2013 di Malaysia. Harga: RM400-RM500; lebih baik jika dibandingkan dengan harga Nintendo 3DS XL: RM950.



Pokemon X

Semestinya kemahuan untuk memiliki Nintendo 2DS disertai dengan kemahuan untuk bermain Pokemon X. Pokemon X dan Pokemon Y adalah game pokemon terbaru yang melahirkan Pokemon generasi ke-6 untuk dijadikan koleksi Pokemon Trainer sekalian. Legendary Pokemon terbaru, Xerneas; berbadan rusa bertanduk pelangi yang nampak sangat hebat dan cantik.



Pokemon Black 2

Black 2 adalah sekuel kepada Pokemon Black yang mana ada Pokemon generasi ke-5. Saya nak merasa jugak pengalaman main game Pokemon nie sebab mcm best je jalan cerita die.



Sony Cybershot TX30

Semua orang seperti berlumba-lumba nak dapatkan kamera DSLR namun apa yang Syiman nak adalah kamera digital biasa je iaitu Sony Cybershot TX30. Cukuplah untuk memuaskan nafsu penggambaran Syiman yang sangat suka snap pic dengan pelbagai posisi dan persekitaran.



MSi GX60 3BE

Saya rasa saya adalah gamers yang boleh tahan hardcore jgk lah daripada segi hardware namun sebenarnya softcore daripada segi jenis game. Mulanya saya suka dekat Alienware 14 untuk dimiliki, namun tengok2 balik, saya nak MSi GX60 3BE sebab lebih murah, lebih ringan dan ada AMD Twins – processor cips dan graphic card yang masing-masing daripada AMD. Keyboard die pun warna warni membuatkan saya lebih feeling waktu main PC Game nanti.


 
The Sims 3

The Sims 4 dah nak keluar pada penggal ketiga atau keempat 2014 namun hakikatnya, saya masih belum merasa main The Sims 3. The Sims 2 memang best terutamanya melalui Expansion Pack The Sims 2: Open for Business namun ketiadaan expansion pack mengenai kehidupan selebriti dan elemen populariti. The Sims 3: ShowTime kembali membuatkan saya teruja sebab saya memang minat untuk melahirkan ramai yang popular dan berbakat dalam kalangan Sims yang saya lahirkan.

Star Craft II

Terima kasih kepada Taufik; sepupu saya yang memperkenalkan saya dengan game Star Craft sebab game nie memang sangat superb daripada segi jalan cerita dan strategi. Kini dengan sequel Star Craft II yang dijadikan trilogi – Wings of Liberty yang khusus untuk Terran, Heart of Swarm yang memberi prioriti kepada Zerg dan satu lagi expansion yang masih bakal dilancarkan yang fokus untuk Protoss. Saya suka dengan persona kejahatan Kerrigan sewaktu menjadi Queen of Blades untuk Zerg.



Grand Theft Auto IV

GTA banyak memenangi anugerah sebagai game yang fresh dan inovatif. Dengan itu, semestinya saya suka untuk bermain dengan sesuatu yang fresh. Saya boleh round2 satu city dan buat apa yang saya suka. Hehe.



Dont Sweat the Small Stuff by Richard Carlson

Setelah membaca The 7 Habits of Highly Effective People, Awaken Giant Within, Who Moved My Cheese, Jangan Bersedih dan Men Are From Mars, Women Are From Venus; Syiman terus dahagakan ilmu melalui pembacaan. Makanya, Dont Sweat The Small Stuff harus dimiliki lantas diperah jus ilmu daripada buku ini. Nasihat utama buku ini: Dont let little things overtaking ur life. Menarik.





ARTPOP by Lady Gaga

Applause dan Do What You Want adalah singles terbaru Lady Gaga melalui buah tangan terbaru beliau, ARTPOP yang bakal menjengah ke pasaran pada 11/11/2013 ini. Ekpresi dan kreativiti terus menjadi tema penghasilan music Lady Gaga dan inilah yang menjadi kekuatan kepada Lady Gaga untuk terus menjadi selebriti yang signifikan dan relevan walaupun adakalanya dianggap deviant. 






Apa yang boleh saya simpulkan Wanna saya kali ini adalah berorientasikan kepada game dan platform untuk memainkan game itu. Musim Wanna kali ini juga menyaksikan saya telah mengenepikan fashion dan gadget komunikasi seperti Android handphones mahupun iPad, iPhone mahupun Samsung Galaxy Notes III. Musim Wanna akan bertukar namun apa yang pasti mari kita berusaha untuk merealisasikan WishList masing-masing. Usaha.Doa.Tawakal.

Sunday, October 20, 2013

RM70 for Internet


Saya harus terima kenyataan bahawa saya telah menggunakan lebih kurang RM70 untuk penggunaan internet yang mana kuotanya bertahan untuk 10 hari.

Walaupun ia adalah jumlah yang agak banyak untuk internet, tapi saya rasa berbaloi untuk apa yang saya dapat.

Saya telah berjaya mendapatkan 9 filem blockbuster Hollywood 2013, 10 music albums, 300-500 gambar dan 50+ lain-lain video. Juga dengan internet ini, saya berjaya habiskan membaca One Piece sampai ke episod terbaru di MangaReader.

9 filem itu adalah The Croods, Iron Man 3, The Great Gatsby, Star Trek Into Darkness, Spring Breakers, This Is The End, The Hangover Part III, World War Z dan Evil Dead.

10 music albums adalah Ray of Lights-Madonna, Music-Madonna, The E.N.D-Black Eyed Peas, Alive-Jessie J, Pure Heroine-Lorde, The 20/20 Experience 2/2-Justin Timberlake, Doo Woops & Holligans-Bruno Mars, Graduation-Kanye West, The College Dropouts-Kanye West dan Gorillaz-Gorillaz.

50+ lain-lain video itu biarlah dirahsiakan demi kebaikan semua pihak.

Secara matematiknya, nilai terkumpul benda yang saya dapat ini adalah RM500+-, namun saya berjaya peroleh dengan hanya RM70.

Makanya, sah lagi terserlah bahawa penggunaan RM70 bagi Internet yang baru saja saya guna ini adalah berbaloi. Nampaknya keuntungan telah mengatasi kerugian.



*RM50 untuk Celcom Broadband Instanet Montly, RM10 untuk tambahan data 500MB, RM3 x 3 untuk tambahan data 100MB x 3. 

Thursday, October 17, 2013

The End Of Sem II - Season 2 Chaotic Lendu




Saya suka untuk label semester 2 sebagai Chaotic Lendu sebab banyak peristiwa yang menggoncang jiwa dan naluri. Namun, alhamdulillah, akhirnya telah tamat Season 2 dan kini adalah masa persediaan untuk masuk ke Season 3 Chaotic Lendu. 

Season 2 dicorakkan dengan plot yang mana saya secara kurang bernasib baik diletakkan di level Kaki Reboot Kolej Nadim aka Jebat yang mana senior2 nya sangatlah mcm **** dan ****. Mereka tak senang hati tengok saya diam sangat dan kerap kali mengganggu masa senang dan tidur saya dengan meeting level yang dibuat pada pukul 1am atau 2am. MT Kolej Jebat pulak ghairah nak buat perjumpaan blok untuk praktis Hakka. Saya pun tak tahan lantas pindah ke Kolej Lekiu, yang mana menyebabkan budak Kaki Reboot dan Kolej Jebat tadi rindukan saya. Sila cari #prayforshariman di Twitter untuk paparan lanjut.

Perpindahan ke Lekiu (yang mana merupakan hasil saranan Ash) pada mulanya baik. Kehidupan saya di Lekiu agak tenteram dan aman namun dirosakkan oleh makhluk2 yang juga tak senang tengok saya diam sangat lantas tanpa sebab dan secara ‘bias’ melabel saya tidak bergaul. Maka pada suatu malam adalah puak2 tak puas hati di Lekiu nie mula buat perjumpaan dengan saya untuk memaksa saya bergaul dengan mereka. Adalah beberapa drama yang tercetus yang mana saya marahkan Manap (bakal YDP Lekiu), Sopek, Din, Wan (Roommate), NYDP Lekiu, dan YDP Lekiu. Bagi saya, mereka (puak Kolej Lekiu dan Jebat) ini secara tidak sihat sangat obses pada semangat level dan blok. 

Saya terima kekacauan yang berlaku ini dengan hati yang walaupun berat namun pasrah kerana apa yang saya tahu saya nak tinggal kat luar sebagai NR (Non-Resident) pada sem 3 nanti. Bagi menyokong proses ini, saya ada mintak biasiswa daripada Lembaga Biasiswa Negeri Kedah (LBNK) dan JPA. Saya harap dapat tajaan daripada mana2 pihak. 

Apa yang seronok adalah subjek untuk sem 2 memberikan saya beberapa skills dan insight baru termasuklah Interpersonal Communication, Sociology, Managerial Communication dan Writing for The Media. Ilmu yang diperoleh akan saya simpan dan praktis semaksimum mungkin. 

Terpilih sebagai salah seorang daripada committee (AJK Media) untuk L.E.E.D, acara untuk subjek Managerial Communication adalah momen yang agak baik. Sem 2 juga mencatat rekod bagi jumlah aktiviti overnite dengan kawan-kawan sampaikan Ash dan Mukhriz cakap tak nak dah overnite lepas nie. LOL. 

Berapakah GPA saya pada sem 2 nie? Nervous hati nie menanti. Apa-apa pun, saya puas hati sewaktu menjawab soalan untuk semua subjek di Finals. 

Alhamdulillah, Season 2 Chaotic Lendu dah berakhir. Saya harap Season 3 Chaotic Lendu akan bermula, bertengah dan berakhir dengan lebih baik dan mantap. Selamat bercuti dan Selamat Hari Raya Aidil Adha.




Monday, September 30, 2013

Lelaki di Universiti


Ukuran kejantanan lelaki adalah subjektif. Ada yang berkata lelaki itu jantan apabila dia selalu menuturkan kata-kata kesat a.k.a mencarut sepanjang masa dalam perbualan. Ada yang kata lelaki itu jantan apabila memiliki susuk badan six-pax; menonjolkan otot-otot yang berurat. Ada yang cakap lelaki itu jantan apabila mampu menjadi player dan heartbreaker. Walau apapun pandangan mereka ini, sesungguhnya kualiti lelaki di Universiti Awam (IPTA) semakin membimbangkan.

 Kita tak dapat nafi lagi malah sangat jelas bahawa panorama di mana-mana IPTA Malaysia menunjukkan bahawa lelaki semakin pupus. Kuantiti yang sedikit ini disedihkan lagi dengan kualiti lelaki yang semakin menyusut. Biar saya klasifikasikan penyusutan kualiti ini: Tidak fokus pada akademik sebaliknya menumpukan pada aktiviti yang konon-kononnya ‘jantan’.

Jika dilihat pada majlis anugerah dekan yang mana mengiktiraf siswa yang mendapat GPA 3.5 ke atas, kuantiti lelaki sangat sedikit. Akibat terlalu sangat lantas obses nak jaga ego kejantanan mereka, lelaki di universiti terlupa bahawa tujuan utama mereka datang menuntut di universiti adalah untuk belajar dengan cemerlang demi masa depan dalam alam perkerjaan yang cerah. Sebaliknya, apa yang dikerjakan oleh para jantan ini adalah bagaimana mereka nak jadi lebih jantan berbanding jantan-jantan lain.

Persoalan siapa lebih jantan sepatutnya dikuburkan kerana dah memang sah lelaki itu adalah lelaki, jantan itu jantan. Untuk apa kita fikir tentang ‘siapa yang lebih jantan’? Jika jawapannya adalah status, pengaruh dan populariti, maka kelompok lelaki sebegini telah terperangkap dalam ilusi di universiti yang membutakan daripada versi realiti.

Kehidupan di universiti adalah medan persediaan sebelum masuk kepada fasa kehidupan yang lebih penting iaitu kehidupan berkerja. Pada kehidupan berkerja ini lah soal status, pengaruh dan populariti perlu bangkit. Medan persediaan di universiti perlu diisi dengan jalinan fokus pada akademik kerana dengan tahap akademik lah penggerak industri berminat untuk mengambil anda berkerja dengan mereka.


Jika di universiti lelaki terus main-main dan banyak meluangkan masa dengan aktiviti yang tak sepatutnya sebagai siswa berkualiti, maka dikhuatiri lelaki ini tidak akan sukses di fasa kehidupan seterusnya. Jadilah jantan yang paling jantan di universiti, jadilah gangster, langsi, pengacau, pembuli, pencarut, pemaki dan penjolok sekalipun, namun jangan menyesal apabila pasca graduasi anda tidak lagi relevan dan signifikan.