Saturday, January 12, 2013

A. Samad Said dan puisi beliau


Saya suka kepada puisi kerana ia menggambarkan satu-satu situasi secara halus dan melalui kreativiti penggunaan bahasa. Pemuisi yang saya suka pula adalah tidak lain dan tidak bukan A. Samad Said kerana beliau bukan sahaja telah diiktiraf sebagai Sasterawan Negara, malah melalui pengamatan saya terhadap puisi beliau, saya dapati puisinya mengcengkam hingga ke lubuk hati. Yang menariknya juga tentang A. Samad Said ialah beliau tidak takut untuk bersuara malah dengan penuh lantang mengkritik beberapa pemimpin melalui karya puisi beliau.

Maka di sini saya ingin merakamkan kembali puisi beliau yang tertulis dalam buku A.Samad Said: Sebuah antologi puisi yang menghimpunkan karya-karya selama lebih setengah abad/ penyusun Dharmawijaya.


Kenangan Mesra 
(Liar Di Api 1960)

Teringatkah dikau tangga tinggi yang kita naiki
Menghambat nafas manjamu seiring senyuman abadi?
"Penatlah sayang," katamu dan tangan kita berpadu,
betapa didedakannya jantungku yang kaudebarkan sejak dahulu.

Bulan tanduk berlabuh tenang dan indah senyumannya,
Cahayanya samar mengusik mesra debar di dada kita.
Dan setiap pandangku terpeluk erat pada manis wajahmu
tahukah dikau, sayang, ia begitu meresap dan mengharu?

"Hidungmu kugigit, ya, tanganmu juga," pintaku.
Nafasmu yang berkocak kurasakan riak sebaknya.
"Kau marah, manis, atau membenarkan," tambahku.
Darimu gerak kening dan sinar mata mengizinkannya.

Teringatkah dikau mi yang dimakan, air diminum?
Betapa mesra ketawamu dan keriangan berpesta di rongga
dan sampul surat yang kuhulurkan mengusik kalbumu
akan terukir indah dalam sejarah kemesraan kita.

Kisah ini tidak akan ada tasik kemaraunya, adinda.
Kau tahu betapa dahaga rindu yang bersenda-senda terpisah
dan kalau yang kupinta, terasa jauh sekali dendamnya;
usahlah dimarah, dik, sebab kupinta pada yang kucinta.

Kuala Lumpur
November 1959

Mencungap
(Fikiran Rakyat 26 April 1957)

Sampai juga ia ke gadisnya,
leher dan dada haus diciumi.
Malam dan bulan menggigil sama
merasakan ciumannya yang panjang sekali.

Malam ini malam kekasih
kerinduan dilepaskan hingga jernih
(tercungap segala).

Kuala Lumpur
April 1957

Dalam Library
(Benih Harapan 1973)

Dalam library
aku tersengguk.
Seorang tua
tersenyum menegur:
tak guna
membuka buku
menutup mata.
Kan elok
menutup buku
membuka mata?

Mulai esoknya
dalam library
ku tak pernah
tersengguk lagi
walau orang tua
sudah lama
tiada kusua.

Dalam library
kini kumembaca,
mataku sering
ke kerusi orang tua
yang sudah tiada.

Kebenaran
(Benih Harapan 1973)

Setiap yang benar
betapa ditekan
tetap menjalar,
tanpa dibaja,
kan tetap mekar,
tanpa udara pun
kan tetap segar.

Nikmat
(Benih Harapan 1973)

Segala yang dihasrat
tapi tak didapat
adalah nikmat
yang paling padat





Thursday, January 10, 2013

Selekeh semasa kanak-kanak, Stylo semasa Dewasa



Memiliki sepasang mata yang rancak mengusha ke sana sini, saya dapati kanak-kanak yang selekeh pada zaman sekolah rendahnya cenderung untuk bertransformasi menjadi stylo apabila dia mencapai status baligh.

Begitulah yang berlaku pada hampir semua kawan saya di Sekolah Kebangsaan Taman Uda dulu. Bagi golongan yang diklasifikasi sebagai kacak/lawa sewaktu sekolah rendah, mungkin ada sesuatu yang tidak kena pada sistem peralihan baligh mereka kerana kebanyakan mereka biasa-biasa saja menjelang zaman dewasa.

Saya mengesyaki fenomena keterbalikan ini bukan disebabkan sistem mahupun cara mereka baligh, sebaliknya suasana penerimaan mereka terhadap pujian. Akibat termakan lantas kekenyangan dengan pujian yang mengatakan mereka kacak/lawa maka mereka sangat selesa lantas tidak merasa penting untuk turut serta dalam metamorphosis selekeh ke stylo.

Akibatnya, golongan yang dulunya selekeh kini lebih stylo lalu menonjollah kekacakan mereka lebih daripada golongan yang dulunya kacak.

Mengambil iktibar daripada kejadian ini, kesedaran perlu sudah ditanam bahawa pujian daripada orang lain tidak boleh menjadi faktor penilaian kendiri yang paling utama sebaliknya anggaplah persaingan sebagai satu proses berterusan tanpa mengira status sosial.

Kita semua adalah sama, yang membezakan adalah usaha.






Monday, January 7, 2013

Merai Kepelbagaian Spesies Manusia



Bumi yang secara semulajadinya mengandung pelbagai spesies flora fauna menunjukkan bahawa kepelbagaian adalah hakikat kehidupan bersifat universal yang perlu diterima. Membenci kepelbagaian merupakan satu justifikasi bahawa anda anda tidak redha dengan lumrah penciptaan alam oleh Dia.

Konsep kepelbagaian ini terpakai dalam kalangan manusia yang berbeza bangsa dan terdiri daripada pelbagai lapisan status sosial. Ada yang kaya dan ada yang miskin, malah berlainan pula sikap dan cara pembawaan masing-masing. Ada yang nerd, stylo, keras, lembut, maskulin, feminin, hitam, putih, sawo matang, kuning langsat, kacak, comel, kurang kacak, tinggi, pendek dan lain-lain. Paling jelas, kita diciptakan berbangsa-bangsa: Melayu, Cina, India, Inggeris, Latin, Africa, Arab, Yahudi dan lain-lain.

Inilah perbezaan yang harus disyukuri kerana menambah kemeriahan dalam kesunyian zaman moden ini. Maka, orang yang lain daripada kita samada dari segi bangsa, sikap, sifat, cara pembawaan, jumlah harta dll. tidak patut didiskriminasi melalui mentaliti tertutup yang cenderung untuk menghina dan mengejek.

Sama seperti penerangan di atas, layanan yang sama sayugia terpakai pada orang yang berbeza pendapat dengan kita. Sesiapa yang membangkang perlu ditangani melalui penghujahan yang berhikmah lalu menyerahkan kepada keputusan majoriti. Tak perlu tikam dari belakang, menabur fitnah dan mengumpat.

Menerima golongan yang berbeza bukan bermakna kita akan jadi looser atau termasuk dalam kalangan yang kalah, sebaliknya sebagai penyertaan ke dalam simbiosis seimbang antara pelbagai makhluk ciptaan-Nya.

Marilah merai kepelbagaian dan menerima realiti bahawa manusia juga terbahagi kepada banyak cabangan spesies.











Sunday, January 6, 2013

Suka Duka 2012


Walaupun agak lewat namun saya rasa masih belum terlambat untuk menyenaraikan beberapa momen suka duka sepanjang 2012 yang diingati dengan penuh signifikan. Semestinya ini adalah senarai saya; dengan harapan setelah pembaca menganalisis maka dapatlah sedikit sebanyak mendapat inspirasi untuk menyenaraikan list suka duka masing-masing supaya apa-apa pengajaran daripada momen ini dapat memantapkan kita menghadapi 2013.

SUKA

1. Jumpa dengan buku Jangan Bersedih tulisan Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni.

2. Merasai pengalaman tinggal di Pantai Panorama Condo di Kuala Lumpur (selama 4 bulan).

3. Ditakdirkan untuk bermastautin sekali lagi di Melaka. Di Lendu untuk UiTM. Mass Comm.

4. Dapat mendownload banyak gile movie/video yang best.

5. Bermukim di UPM untuk Perpaduan bersama Harn Moy, n others. Jumpa dengan Prof. Dr. Hajah Mesky sekali lagi.

6. Akan mengundi buat kali pertama bagi menentukan siapa yang layak untuk mentadbir dan mengurus Malaysia ke arah negara yang lebih baik.

7. Dapat IC baru yang cantique giler.

8. Kekuatan spiritual semakin jitu lantas menyebabkan minda semakin bijak dalam mendacing input dunia bagi pertimbangan moraliti yang mantap.

9. Sikap materialistik sedikit sebanyak dihakis hasil daripada beberapa siri pengalaman yang mematangkan.

10. Still lagi keep in touch dengan MP. Kadang-kadang die SMS dulu n kadang-kadang pulak I pulak sms die dulu. Hihik.

 

DUKA

1. KL, F&N dan Z.E. membuktikan diri mereka sebagai kawan yang bermasalah dan penuh dgn drama tak berkualiti lantas meretaklah hubungan antara aku dengan mereka.

2. Sony Ericsson TX100 dan BlackBerry Curve terpaksa meninggalkan daku. Takpe, insya-Allah aku akan dapatkan kalian kembali OK? ^_^

3. Berhadapan dengan penipuan terutama sebagai pengguna. Tak sangka syarikat yang katenye besar dan stabil mcm Maxis, P1 dll. pun men kotor ye?

4. Kerosakan pada monitor komputer menyebabkan beberapa aktiviti entertainment telah tergendala.

5. HP Pavilion semakin parah lalu terpaksa dipengsankan buat sementara waktu.