Monday, January 7, 2013

Merai Kepelbagaian Spesies Manusia



Bumi yang secara semulajadinya mengandung pelbagai spesies flora fauna menunjukkan bahawa kepelbagaian adalah hakikat kehidupan bersifat universal yang perlu diterima. Membenci kepelbagaian merupakan satu justifikasi bahawa anda anda tidak redha dengan lumrah penciptaan alam oleh Dia.

Konsep kepelbagaian ini terpakai dalam kalangan manusia yang berbeza bangsa dan terdiri daripada pelbagai lapisan status sosial. Ada yang kaya dan ada yang miskin, malah berlainan pula sikap dan cara pembawaan masing-masing. Ada yang nerd, stylo, keras, lembut, maskulin, feminin, hitam, putih, sawo matang, kuning langsat, kacak, comel, kurang kacak, tinggi, pendek dan lain-lain. Paling jelas, kita diciptakan berbangsa-bangsa: Melayu, Cina, India, Inggeris, Latin, Africa, Arab, Yahudi dan lain-lain.

Inilah perbezaan yang harus disyukuri kerana menambah kemeriahan dalam kesunyian zaman moden ini. Maka, orang yang lain daripada kita samada dari segi bangsa, sikap, sifat, cara pembawaan, jumlah harta dll. tidak patut didiskriminasi melalui mentaliti tertutup yang cenderung untuk menghina dan mengejek.

Sama seperti penerangan di atas, layanan yang sama sayugia terpakai pada orang yang berbeza pendapat dengan kita. Sesiapa yang membangkang perlu ditangani melalui penghujahan yang berhikmah lalu menyerahkan kepada keputusan majoriti. Tak perlu tikam dari belakang, menabur fitnah dan mengumpat.

Menerima golongan yang berbeza bukan bermakna kita akan jadi looser atau termasuk dalam kalangan yang kalah, sebaliknya sebagai penyertaan ke dalam simbiosis seimbang antara pelbagai makhluk ciptaan-Nya.

Marilah merai kepelbagaian dan menerima realiti bahawa manusia juga terbahagi kepada banyak cabangan spesies.











No comments:

Post a Comment