Thursday, January 10, 2013

Selekeh semasa kanak-kanak, Stylo semasa Dewasa



Memiliki sepasang mata yang rancak mengusha ke sana sini, saya dapati kanak-kanak yang selekeh pada zaman sekolah rendahnya cenderung untuk bertransformasi menjadi stylo apabila dia mencapai status baligh.

Begitulah yang berlaku pada hampir semua kawan saya di Sekolah Kebangsaan Taman Uda dulu. Bagi golongan yang diklasifikasi sebagai kacak/lawa sewaktu sekolah rendah, mungkin ada sesuatu yang tidak kena pada sistem peralihan baligh mereka kerana kebanyakan mereka biasa-biasa saja menjelang zaman dewasa.

Saya mengesyaki fenomena keterbalikan ini bukan disebabkan sistem mahupun cara mereka baligh, sebaliknya suasana penerimaan mereka terhadap pujian. Akibat termakan lantas kekenyangan dengan pujian yang mengatakan mereka kacak/lawa maka mereka sangat selesa lantas tidak merasa penting untuk turut serta dalam metamorphosis selekeh ke stylo.

Akibatnya, golongan yang dulunya selekeh kini lebih stylo lalu menonjollah kekacakan mereka lebih daripada golongan yang dulunya kacak.

Mengambil iktibar daripada kejadian ini, kesedaran perlu sudah ditanam bahawa pujian daripada orang lain tidak boleh menjadi faktor penilaian kendiri yang paling utama sebaliknya anggaplah persaingan sebagai satu proses berterusan tanpa mengira status sosial.

Kita semua adalah sama, yang membezakan adalah usaha.






No comments:

Post a Comment