Sunday, January 6, 2013

Suka Duka 2012


Walaupun agak lewat namun saya rasa masih belum terlambat untuk menyenaraikan beberapa momen suka duka sepanjang 2012 yang diingati dengan penuh signifikan. Semestinya ini adalah senarai saya; dengan harapan setelah pembaca menganalisis maka dapatlah sedikit sebanyak mendapat inspirasi untuk menyenaraikan list suka duka masing-masing supaya apa-apa pengajaran daripada momen ini dapat memantapkan kita menghadapi 2013.

SUKA

1. Jumpa dengan buku Jangan Bersedih tulisan Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni.

2. Merasai pengalaman tinggal di Pantai Panorama Condo di Kuala Lumpur (selama 4 bulan).

3. Ditakdirkan untuk bermastautin sekali lagi di Melaka. Di Lendu untuk UiTM. Mass Comm.

4. Dapat mendownload banyak gile movie/video yang best.

5. Bermukim di UPM untuk Perpaduan bersama Harn Moy, n others. Jumpa dengan Prof. Dr. Hajah Mesky sekali lagi.

6. Akan mengundi buat kali pertama bagi menentukan siapa yang layak untuk mentadbir dan mengurus Malaysia ke arah negara yang lebih baik.

7. Dapat IC baru yang cantique giler.

8. Kekuatan spiritual semakin jitu lantas menyebabkan minda semakin bijak dalam mendacing input dunia bagi pertimbangan moraliti yang mantap.

9. Sikap materialistik sedikit sebanyak dihakis hasil daripada beberapa siri pengalaman yang mematangkan.

10. Still lagi keep in touch dengan MP. Kadang-kadang die SMS dulu n kadang-kadang pulak I pulak sms die dulu. Hihik.

 

DUKA

1. KL, F&N dan Z.E. membuktikan diri mereka sebagai kawan yang bermasalah dan penuh dgn drama tak berkualiti lantas meretaklah hubungan antara aku dengan mereka.

2. Sony Ericsson TX100 dan BlackBerry Curve terpaksa meninggalkan daku. Takpe, insya-Allah aku akan dapatkan kalian kembali OK? ^_^

3. Berhadapan dengan penipuan terutama sebagai pengguna. Tak sangka syarikat yang katenye besar dan stabil mcm Maxis, P1 dll. pun men kotor ye?

4. Kerosakan pada monitor komputer menyebabkan beberapa aktiviti entertainment telah tergendala.

5. HP Pavilion semakin parah lalu terpaksa dipengsankan buat sementara waktu.

 

10 comments:

  1. bawak2 la betobat nox oii...

    ReplyDelete
  2. ko nie anonymous, muhasabah diri tu sikit. Banyak-banyakkan menonton diri di depan cermin. N lagi satu, harap ko dah set azam tahun baru 2013 supaya jadi lebih berani, tak jadi pengecut n penakut dengan menjadi Anonymous. Awat yang kurang keyakinan diri sangat nie? huhu

    ReplyDelete
  3. x dan nak muhasabah mana aiih.
    nak tonton diri kat cermin mcm mana cek oii, kalo tv buleh la cek tonton.huhu
    azam tahun 2013, hurm ada la 2-3 ketoi.
    happy tgk azam 2013 hang, moga tercapai la noh.

    ReplyDelete

  4. whatever lah kat ang Anonymous oi. Cek pun berharap supaya negativiti akan terbuang daripada diri ang n secara tak langsung positiviti akan menyelubungi lantas membimbing ang ke arah sukses.

    ReplyDelete
  5. Anda selalu rasa diri anda betul & keegoaan anda begitu tinggi. Itu yang menyebabkan anda sukar untuk berjaya. Saya pun berharap agar postitiviti menyelebungi diri anda...

    Saya tahu kisah anda yang sering kehilangan sahabat kerana diri anda yang terlalu arrogant.

    Minta maaf jika anda berkecil hati tapi jangan sering nasihatkan orang lain bersikap positif. Anda juga perlu muhasabah diri dengan bersikap positif.

    ReplyDelete
  6. Siapa kah kau wahai Anonymous sampai rasa layak sangat nak buat penilaian tahap kejayaan aku? Yang aku tau kau nie mcm orang yang 'baling batu, sembunyi tangan' je? - melihatkan kecenderungan kau untuk menjadi penikam dari belakang. Lagi satu, kau tu berjaya sangat ke jah?

    Judgement kau seolah-olah kau bebas daripada negativiti sampai aku pulak dikatakan kau - 'jangan sering nasihatkan orang lain bersikap positif'. Nampak sangat falsafah moraliti kau ada something wrong di situ.

    FYI, dalam saya memesan kepada anda supaya menyingkirkan negativiti, maka dlm waktu yang sama sy juga memesan kepada diri saya sendiri supaya melakukan benda yang sama.
    FYI lagi, tentang isu 'kehilangan sahabat', ia bukanlah kerana saya 'terlalu arrogant' tetapi disebabkan 'sahabat' itu tak berkualiti. Adalah satu logik akal yang mudah untuk kita tidak lagi bersama dengan sahabat yang x memenuhi piawaian kualiti yang mantap. Kan?

    Semoga positiviti sentiasa menyelubungi kita. :)




    ReplyDelete
  7. Oh statement xleh blah disituh.

    "FYI lagi, tentang isu 'kehilangan sahabat', ia bukanlah kerana saya 'terlalu arrogant' tetapi disebabkan 'sahabat' itu tak berkualiti."

    Wajarkah ko ckp mcm tuh? ko berkualiti sgtkah utk berkwn dgn diorng? entah2 disebabkan kekurangan kualiti ko lah menyebabkan diorng xnak kwn ngn ko. So saya seru semoga ko cermin dulu sikap dlm diri ko tuh baru la nak buat penulisan bagai nieh. Xhabis2 nak kondem org. Bak kata KUMAR stresss u knowwww~

    "Adalah satu logik akal yang mudah untuk kita tidak lagi bersama dengan sahabat yang x memenuhi piawaian kualiti yang mantap. Kan?"

    Ko nak kwn ko kena cop sirim dulu ker baru nak kwn ngn diorng, kelas ko kan. High standard sgt. Ala2 putera raja gituh. Oh bukan putera tp puteri, nonok kan. SENTAP mak jemah. haha.

    BTW de 2 Anonymous kat ats tuh. Aku pn konfius sape ag sorang. So long Syiman! haha

    ReplyDelete
  8. Adoyai Anonymous, nampak lah secara tersangat jelas di situ bahawa ko bagai dirasuk emosi akibat terkena beberapa panahan laser cek nie.

    Cakap pasal kualiti, meh sini ak nak ulas tentang kekurangan kualiti pada ang berdasarkan apa yang TERLIHAT SECARA JELAS pada ang di sesi komen mengomen nie, bukannya aku menilai secara spekulasi :

    1) Pertamanya, ang sangat pengecut dan penakut sebab ang tak berani untuk bersemuka dengan aku secara berdepan. Buktinya, ko guna nickname Anonymous untuk komen aku punya post. Secara tak langsung jgk, menunjukkan betapa ko orang yang rendah keyakinan dirinya.

    2) Cek rasa hang tak tau kowt yang penggunaan 'Anonymous' untuk mengomen dan mengkritik tentang sesuatu perkara adalah seperti menghantar surat layang yang mana menurut konsensus orang yang bertamadun maju adalah salah satu perbuatan kurang ajar kerana sifatnya yang 'baling batu, sembunyi tangan'. Makanya, di sini boleh dikatakan bahawa dalam diri hang ada virus moral yang rasanya telah mula menyerang otak ang sampai sukar untuk memahami falsafah moraliti dgn baik.

    3) Ternampak juga cubaan ang untuk meniru gaya penulisan aku namun kurang menjadi. Sesungguhnya hang telah mengalami kecetekan jati diri lantas menghakis originaliti diri hang. Maka, terumbang-ambing lah termasuk tidak dapat membedakan mana satu yang bermoral, mana satu yang tidak bermoral, mana satu bersifat teguran yang universal, dan juga lain2.

    4) Balik-balik, ko dikuasai emosi, maybe sebab terimbas memori negativiti yang lampau. Tak boleh la biarkan emosi menjajah hang k, coz ia akan mencenderungkan hang menjadi tidak profesional dan tidak rasional.

    Aku actually dah malas nak layan ko, Anonymous, kerana aku berpendapat dengan melayan orang yang penakut, pengecut, kurang diajar, takdak originaliti, takdak jati diri, kurang keyakinan diri, penuh dengan elemen negatif mcm ang nie hanya akan menyebabkan aku mengundur ke arah memori negativiti seperti mana yang telah berlaku terhadap ang.

    So, XOXO Anonymous. :)

    ReplyDelete
  9. Eh i actually anon 17 jan..x sangka ada penyokong anon 22 jan..we are different person ok..

    Syiman...saya minta maaf kalau anda berkecil hati. Saya sentiasa berusaha untuk cermin diri dan ternyata saya tidak 100% betul. Sebab saya sedar saya manusia dan tidak sempurna. Begitu juga dengan anda. Anda juga manusia biasa dan anda tidak bersifat maksum.

    Kadang2 kita perlu berfikir kembali kenapa kita sering kehilangan sahabat. Benar...saya pasti sahabat anda juga bersalah jika ada sebarang perselisihan dalam persahabatan. Tapi jika terlalu banyak perselisihan yang melibatkan diri anda bersama sahabat2 anda,ada sesuatu yg tidak kena di situ...sesuatu yg anda perlu figure out mungkin ini berpunca dari diri anda juga(SAHABAT ANDA JUGA MUNGKIN BERSALAH)

    Saya doakan anda berjaya...tulisan dan pendapat anda dalam blog menarik untuk saya baca..:-)

    ReplyDelete
  10. Isu berkecil hati atau tidak sepatutnya tidak timbul sebab saya sentiasa profesional sewaktu bergelumang dalam diskusi melibatkan pemikiran yang kritikal terhadap sesuatu perkara.

    Anonymous 17 Jan, seingat saya, saya tak pernah pun buat kenyataan yang saya nie maksum dan penuh dengan kesempurnaan. Saya berpendapat apa yang lebih tepat adalah saya adalah seorang yang kritikal lantas suka mengeluarkan kritikan kepada sesiapa yang bagi saya perlu dikritik. Perselisihan yang sering berlaku antara saya dan sahabat saya juga adalah disebabkan faktor perwatakan saya yang kritikal ini.

    Saya tak rasa kehilangan pun, jadi kenyataan anda yang saya 'kehilangan sahabat' adalah kurang tepat. For your information, walaupun banyak kawan yang berselisih dengan saya, banyak juga yang merupakan sahabat yang baik yang sentiasa harmoni dan mengalami simbiosis berkualiti sewaktu bersahabat dengan saya.

    Terima kasih atas doa anda dan teruskan membaca blog Syiman Syareman jika ada yang menarik perhatian anda. :)

    ReplyDelete