Wednesday, February 13, 2013

Bersyukur dengan Apa yang Ada


1. Status saya di FB yang bernada Pembangkang Persekutuan telah disambut dengan respon yang agak menarik lantas saya rasa nak ulas di sini. Untuk makluman, saya telah memetik kata-kata seorang Ahli Parlimen Malaysia yang mewakili penduduk Lembah Pantai; Nurul Izzah Anwar - "Bantuan ini (BR1M) menambahkan kadar hutang negara sehingga RM700 billion (termasuk hutang yang dijamin kerajaan untuk GLC) – yang sebenarnya menjadikan rakyat berhutang untuk menerima bantuan itu sendiri -sesuatu yang tragik".

2. Responden itu menyuruh saya 'bersyukur dengan apa yang ada' terhadap kehidupan yang kita alami sebagai Malaysian sekarang.


3. Bagi menjawab hujah responden terbabit, kesyukuran kepada kehidupan sekarang tidak sepatutnya menjadi noktah mahupun koma kepada pemikiran kritis untuk masa depan yang lebih baik. Saya balas dengan persoalan ini - Adakah kita mahu sentiasa berada di satu-satu keadaan yang sama utk selama-lamanya tanpa reformasi sebagai anjakan paradigma supaya setanding dengan negara-negara maju? Adakah kita mahu jadikan 'kesyukuran' ini sebagai dinding untuk kita bergerak ke depan dengan pecutan yang lebih pantas?


4. Malulah kita kepada Korea Selatan yang mana pada suatu masa KDNK kita dengan mereka adalah sama namun sekarang, kita jauh ditinggalkan. Korea Selatan dah jadi negara maju, kita masih negara membangun yang merangkak seperti budak-budak di pentas global.


5. Samsung, produk kebanggaan Korea Selatan kini bersaing sengit dalam eksplorasi galaksi teknologi dengan Apple drpd Amerika Syarikat. Juga, semakin banyak benua diletupkan secara efektif dek bom K-pop.


6. Persoalan terbaru - Adakah kita tidak mahu terlibat dalam eksplorasi galaksi teknologi dan meletupkan bom M-Pop (Malaysian Pop) di seantero dunia dengan alasan kita perlu 'bersyukur dengan apa yang ada' lantas menjadi lurus bendul ikut saja 100% rentak kerajaan tanpa kesedaran terhadap hak kita untuk bersuara dan menyumbang pendapat?


7. Siapa sebenarnya yang obses terhadap parti politik sampaikan nak bagi cadangan kepada penambahbaikan polisi kerajaan pun tak boleh? 


8. Konsep kenegaraan yang mengangkat simbiosis adil dan harmoni antara kerajaan dengan rakyat terbanyak harus difahami setiap daripada kita.


9. Salam Reformasi!









No comments:

Post a Comment