Friday, February 15, 2013

Dear Anonymous



Di post saya bertajuk Suka Duka 2012, kemunculan Anonymous yang mengeluarkan komen2 berbentuk provokasi namun meroyan adalah sesuatu yang dijangka memandangkan saya mengkritik beberapa individu yang dianggap bermasalah.

Saya mengesyaki bahawa Anonymous itu mestilah samada F&N, KL atau Z.E.

Dear Anonymous,

Kalau ko rasa aku adalah kawan yang tidak bagus yang mana sentiasa ada konflik dengan kawan2 aku, maka tak perlulah buang masa untuk berusaha dengan susah payah menjana provokasi. Sebaliknya, tinggalkan aku kerana aku dah tinggalkan ko. Ada aku kaco ko sekarang? Tak de kan? So, aku harap ko terimalah realiti bahawa aku dan ko tidak harmoni.

U only see what your eyes want to see. Sebab tu lah ko kata yang aku nie ‘sering kehilangan sahabat’ sedangkan ko belum buat analisis betapa banyak lagi kawan yang kekal bersama dengan aku. Memang banyak juga aku berkrisis dengan kawan termasuk dengan ko, tapi banyak juga kawan yang bersahabat secara cukup harmoni dengan aku. Memang tak boleh nak elaklah krisis ini memandangkan aku nie kritikal lantas suka mengkritik termasuk kawan sendiri. Ada je kawan yang menerima sifat aku nie seadanya, malah mengkritik aku balik. Kami pun berbalas-balas kritikan dengan penuh kegembiraan. Inilah simbiosis berkualiti antara kami.

Makanya Anonymous, kalau ko rasa stress sangat kawan dengan aku, pergilah main jauh-jauh. Kalau ko rasa nak bermain selamat tanpa mahu mengambil risiko dalam bersahabat; hingga terhakis jati-diri dan originaliti ko, maka pergilah main dengan kelompok sahabat pilihan ko.

Akhir kata, aku nak pesan beberapa benda:

1) Praktis diri tu menjadi profesional.
2) Tingkatkan keyakinan diri tanpa perlu bersembunyi di sebalik nama ‘Anonymous’.
3) Banyakkan membaca buku/artikel berkualiti. Cadangan: Jangan Bersedih tulisan Dr Aidh bin Abdullah Al-Qarni
4) Berhenti guna lawak2 berunsur jampi serampah meroyan dengan gaya traditional. Membosankan dan tidak bermanfaat kepada minda. Malah sangat tidak seiring dengan zaman metropolitan.
5) Banyakkan melihat diri di hadapan cermin sambil melakukan muhasabah kendiri lantas merencana usaha untuk tambah baik diri. Jangan luang banyak masa untuk judge orang lain sampai diri sendiri terabai.

XOXO, Anonymous.

Sincerely,
Syiman Syareman





No comments:

Post a Comment