Sunday, February 17, 2013

Diskriminasi terhadap Perokok



1. Saya tidak suka terhadap apa jua jenis diskriminasi kerana ia adalah satu bentuk penganiayaan oleh golongan yang berniat jahat yang mana fius moralitinya rosak.

2. Memandangkan saban hari menyaksi graf pertambahan bilangan perokok sentiasa meningkat, maka menarik perhatian saya untuk membuat sedikit analisis berkaitan diskriminasi yang mereka alami.

3. Sudahlah hampir semua kawasan di tempat awam dijadikan zon larangan merokok (membawa maksud mereka hanya boleh merokok di rumah mereka), kehidupan mereka di universiti juga tertekan akibat dilayan seperti mereka tiada hak asasi.

4. Saya bukanlah perokok dan saya sedia maklum bahawa asap yang dihembus keluar oleh perokok berbahaya kepada kesihatan. Namun begitu, pengetahuan saya itu tidak menyebabkan saya setuju dengan langkah kekerasan dan kempen diskriminasi sebagai satu langkah yang mengesankan.

5. Tidak cukupkah tempoh kita bereksperimen dengan kempen Tak Nak! Yang gagal menurunkan statistik perokok? Sepatutnya kempen kesihatan yang bernada biasa namun konsisten menjadi langkah yang perlu diberi prioriti jika kita benar2 serius untuk membantu perokok dan golongan berisiko menjadi perokok.

6. Perlu juga disemat dalam ingatan bahawa golongan perokok adalah penyumbang besar kepada ekonomi hasil daripada kutipan cukai bagi setiap batang rokok yg dihisap dan setiap gumpalan asap yang dihembus. Justeru, please show some respect dengan membasmi layanan berbentuk diskriminasi kepada mereka dan terapkan cara lain.

7. Jika benar ikhlas untuk membantu, apa kata jika kos untuk kempen diskriminasi seperti Tak Nak! yang gagal itu dialihkan dengan memberi subsidi kepada pil pemulihan perokok.

8. Perokok, saya bersama dengan anda.




No comments:

Post a Comment