Tuesday, February 19, 2013

Jenis2 Percintaan Tidak Berkualiti


Seperti mana tahun2 lepas, Februari ada keistimewaan tersendiri atas kapasitinya yang mengandung Valentine's Day. Perihal cinta pun menjadi lagu bermelodi rancak siulan lovebirds sekalian. Memandang cinta sebagai fitrah manusia yang sentiasa dahagakan kasih sayang, maka di sini saya terpanggil untuk membentang tentang jenis2 percintaan tak berkualiti; supaya air cinta yang anda minum bukanlah racun, sebaliknya susu yang memantapkan anda, malah kaya dengan protein.

1) Menghabiskan banyak kredit

RM50/bulan untuk top up kredit bagi bergayut dgn kekasih adalah satu jumlah yg boleh dikatakan membazir. Sepatutnya jumlah maksimum untuk kredit kekasih adalah RM30/bulan sahaja. Duit yang ada hasil daripada langkah penjimatan ini boleh digunakan untuk makan di McD mahupun Secret Recipe, karok dan membeli buku.

2) Merepek dan Mengarut

Samada dating secara langsung mahupun di telefon 3G Android anda, komunikasi dengan kekasih tak sepatutnya diisi dengan cakap2 kosong yang diulang-ulang sebagai satu proses kitar semula kata2 mengarut anda. Pastikan setiap perbualan adalah berfaedah untuk perkembangan minda yang positif. Barulah tak membosankan balak mahupun awek.

3) Orientasi kepada Sex

Adalah menjadi sesuatu yang sangat difahami apabila fantasi sex tertayang di minda namun isunya timbul bila frekuensi kekerapan sudah tidak terkawal. Paling teruk, kekurangan ilmu berkaitan langkah2 keselamatan sewaktu bermain menyebabkan semakin ramai remaja tak bersuami terhamil lalu menyumbang pula kepada statistik pembuangan bayi.

4) Tidak menggariskan matlamat

Mengapa aku perlu berkapel sekarang? Mengapa aku bercinta dengan dia? Apa yang aku mahukan drpd percintaan ini? Persoalan2 ini boleh membantu untuk penetapan matlamat anda. Harus diingat, matlamat anda hendaklah harmoni dengan pasangan anda. Konflik dalam matlamat sesama kekasih menyumbang kepada kebarangkalian bagi kegagalan dalam perhubungan itu.

Mari fikirkan kembali di bulan Februari samada percintaan anda ada salah satu faktor yang dinyatakan di atas atau keempat-empatnya. Kalau ya, maka buatlah pertimbangan yang wajar supaya tak termasuk dalam kelompok orang yang rugi kerana banyak membuang masa.

Apa-apa pun, marilah kita menikmat bulan Februari; bulan cinta, bulan asmara, bulan erotik.





No comments:

Post a Comment