Sunday, February 24, 2013

Syiman's Review : The Thieves


Korea Selatan bukan sahaja semakin mantap dalam eksplorasi galaksi teknologi yang dimangkin oleh Samsung malah penguasaan K-pop yang dibuktikan oleh Psy yang meledakkan bom Gangnam Style di Youtube lantas melayanlah orang dunia terhadap lagu itu. Tidak cukup dengan itu, filem Korea Selatan juga semakin mantap dalam statistik box-office. 

Contohnya adalah The Thieves, iaitu filem yang Syiman tonton 2 bulan lepas di Astro Best. Pada mulanya Syiman agak malas nak tonton filem Korea Selatan nie sebab dapat mengagak plot ceritanya sama seperti Ocean Eleven lakonan Brad Pitt, Matt Damon, George Clooney, Julia Roberts dan ramai lagi yang mengisahkan kumpulan pencuri yang memainkan strategi masing2 untuk mencuri.

Namun setelah menonton, ternyata pelakon Korea ada persona tersendiri. Filem ini ditutup dengan memberi satu kenikmatan kepada Syiman. Saya rasa ia juga akan memberi kepuasan kepada anda. 

FYI, The Thieves adalah filem lokal kedua paling box office di Korea Selatan selepas The Host.

Plot Cerita : B
Cinematography : B+
Pengarahan : B
Lakonan : B





Memperkenalkan barisan pelakon dalam filem ini :


Kim Yoon-seok



Lee Jung-jae






Kim Hye-soo



Jeon Ji-hyun




Kim Soo-hyun





Maka nampaklah kepada kita bahawa sememangnya tidak menghairankan apabila jeritan sering berkumandang bila melihat persona yang ditonjolkan aktor dan aktress Korea. 





No comments:

Post a Comment