Tuesday, March 26, 2013

Falasi Falsafah UMNGOK



Polemik politik Malaysia Style telah mengheret sekalian rakyat ke kancah politik yang tidak berkesudahan. Pelbagai drama yang mana para pelakonnya adalah politikus kian hari makin menjengkelkan bagi golongan yang rasional dan mahu berfikir. Dalam pada itu, UMNGOK tidak boleh terus dengan mentaliti dan niat untuk berkuasa selama-lamanya. Eh, tertypo pulak; maksud saya adalah UMNO.

Hujah UMNO adalah mereka lah yang memimpin Malaysia selama 55 tahun lebih. Mereka lah yang memerdekakan negara daripada penjajah. Mereka lah yang membawa kemajuan kepada negara sepanjang 55 tahun itu. Bagi segala hujah UMNO ini, saya sisipkan beberapa persoalan – golongan yang bukan UMNO tidak menyumbang kepada negara kah? Adakah UMNO bersifat sempurna hingga tiada pihak berbeza ideologi yang boleh mentadbir negara? Adakah mereka Tuhan hingga boleh meletakkan jaminan takdir bahawa Malaysia terus makmur di bawah, malah menuduh pula negara akan bankrap di bawah pentadbiran orang lain?

Nampaklah kepada kita naratif polemik politik cetusan UMNO. Sikap obses melajukan langkah-langkah untuk mengekalkan kuasa dengan apa jua cara walaupun bercanggah dengan moraliti dan integriti.
Cengkaman terhadap media arus perdana sangat melampau sehingga tiada ruang langsung untuk pihak berlainan idea menyampaikan pendapat. Pihak berlainan idea ini pula lantas diasak dengan isu bertalu-talu yang tidak perlu lalu dibiarkan tanpa konklusi jitu. Inilah yang menyebabkan Malaysia mengalami muflis intelek; seolah-olah hanya Perdana Menteri yang genius dan bijak.

Bagi menyembunyi langkah-langkah yang tidak menyebelahi mereka daripada pengetahuan orang ramai, UMNO sangat cenderung untuk bermisteri dengan rakyat. Penyaluran duit pembayar cukai tidak diperinci dengan teliti, penganugerahan tender dibuat secara sembunyi-sembunyi. Inilah penyumbang kepada indeks rasuah yang sememangnya sentiasa teruk saban tahun.

Demokrasi di Malaysia tidak hidup dengan menyekat nafas golongan yang berbeza pendapat. Menfitnah pihak yang tidak sealiran kian terbudaya terutama dalam media arus perdana. Utusan Malaysia sekurang-kurangnya telah kalah saman fitnah sebanyak 5 kali di Mahkamah Tinggi. Fokus mengangkat pemimpin kini lebih kepada jatuh-menjatuh, bukan angkat-mengangkat mana yang terbaik. Institusi awam tercemar dengan campur tangan politik. Manipulasi maklumat dilakukan demi mengabui mata rakyat.

UMNO, anda boleh lakukan lebih baik daripada ini. Mulakan dengan satu langkah asas, iaitu dengan mengubah mentaliti bahawa anda tidak akan kekal selama-lamanya kerana yang kekal hanyalah Dia. Sedari juga bahawa matlamat tidak akan menghalalkan cara.

Jangan terus menjadi syaitan yang dikenali.










Monday, March 25, 2013

Penilaian Pada Penulisan



Para penulis menulis bukan untuk membazirkan dakwat pen mahupun karbon pensil. Para penulis menulis untuk menyampaikan suara hati samada berbentuk ideologi mahupun informasi. Para penulis yang menulis secara ikhlas adalah yang positif daripada segi penggunaan bahasa; tidak mengarut lagi mencarut. 

Kebebasan mengemuka pandangan dan kritikan bukan membawa maksud penulis bebas untuk menghambur dan melabel orang lain dengan kata-kata kesat, apatah lagi dengan kenyataan yang penuh unsur fitnah.

Malangnya, Papa Gomo tidak termasuk malah sebenarnya tidak berminat untuk memasukkan dirinya dalam kelompok penulis yang positif. Dia adalah blogger yang meletakkan gambar-gambar watak separa bogel yang kurang jelas wajahnya. Dalam ketidakjelasan itu, Papa Gomo menuduh watak tersebut adalah Ketua Pembangkang Persekutuan sewaktu melakukan projek seks. Nada penulisan Papa Gomo dipenuhi kebencian dan emosi amarah hingga sanggup menggelar Anwar dengan ‘Al-Juburi’. Apabila disaman dengan nilai RM100juta, Papa Gomo mengugut pula Anwar supaya menarik balik saman atau lebih banyak pendedahan dikeluarkan.

Blogger lain yang kuat mencarut adalah seperti Zulkifli Noordin.

Bagi perbandingan, marilah kita tengok pula blog Rafizi Ramli dan Nurul Izzah. Rafizi Ramli menunjukkan kepada kita elemen investigative journalism yang berkualiti iaitu secara profesional melalui pendedahan berdasarkan bukti. Berbeza dengan gambar di blog Papa Gomo, Rafizi Ramli melampirkan gambar-gambar yang jelas terutamanya sewaktu membongkar konflik kepentingan antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz dengan Michael Chia dalam isu rasuah UMNO RM50 juta di Sabah. Pendedahan yang meyakinkan ini tidak memerlukan pun Rafizi Ramli mengarut dengan kata-kata mencarut.

Nurul Izzah pula banyak mengkritik secara retorik namun semantik yang sampai tidak terabai sebaliknya dengan pengisian hujah yang mantap lagi menyentap. Koleksi artikel beliau di Sinar Harian wajib dibaca sebagai pembuka minda.

Sesungguhnya, penilaian pada penulisan para penulis adalah penting sebagai penapis bagi memastikan hanya data berkhasiat menjadi santapan minda. Diet pembacaan anda harus dirancang dengan bijak dengan mengelak penulisan emosional tak tentu arah seperti ditunjuk oleh Papa Gomo. Yuks.






Sunday, March 24, 2013

Syiman Syareman's Most Anticipated Movies of 2013



Menjelang summer yang memanaskan kita dengan keterujaan, maka ada keperluan untuk terlibat dengan tayangan variasi aksi melalui filem. Berikut adalah link yang anda boleh click untuk melihat senarai lengkap Most Anticipated Movies bagi tahun 2013.




Oz The Great and Powerful dan Warm Bodies dah ditayangkan di pawagam. Antara filem 2013 yang membangkitkan keterujaan saya adalah seperti di bawah :

The Host

Stephenie Meyer yang bertanggungjawab menulis buku Twilight kini kencang dengan The Host yang akan menyusul ke pawagam. Juga fokus tentang cinta, kali ini mengisahkan tentang niat jahat para alien yang cuba mengawal manusia namun digagalkan oleh cinta suci dua manusia.








Evil Dead

Sam Raimi adalah pengarah yang berbakat yang membawa Evil Dead ke wayang pada tahun 80an. Kali nie diremake semula dengan pengarah yang dipilih sendiri oleh Sam Raimi, graphic yang lebih jelas akan menjadikan filem nie sangat dramatik dan suspen dengan aksi-aksi yang sepatutnya tertonton lantas memuaskan nafsu ganas para pencinta filem seram dan thriller.







Iron Man 3

Seperti biasa Iron Man 3 adalah petanda akan keluar lagi Thor 2, Captain America 2, dan Hulk 2. Selepas tu, akan keluarlah The Avengers 2. Sangat excited. Filem Iron Man 3 menggambarkan sisi kejatuhan beliau dan apa yang menarik untuk ditonton adalah bagaimana beliau naik semula selepas kejatuhan itu dan menjahanamkan musuh yang mencari pasal.





Man of Steel

Keterujaan untuk menonton Man of Steel adalah kerana penerbitan filem nie melibatkan pengarah yang saya suka iaitu Zack Snyder dan juga melibatkan Christopher Nolan, pengarah yang bertanggungjawab mengarah Dark Knight trilogy.





GI Joe: Retaliation

Orang jahat kembali manakala orang yang baik dianiayai dan didengki. Penggunaan teknologi baru bersama taiko-taiko aksi seperti The Rock dan Bruce Willis pasti akan merancakkan pergerakan adrenalin.





Oblivion




The Hobbit: The Desolayion of Smaug

Sin City: A Dame to Kill For




Star Trek into Darkness



The Hangover part III

The Hunger Games: Catching Fire



Monday, March 18, 2013

Syiman's Review: Warm Bodies


Jika demam vampire anda masih belum kebah, maka bersedialah untuk berhadapan dengan hotness bawaan zombie lantas mengalihkan demam Twilight kepada demam zombie.

Warm Bodies bukan sahaja unik, malah fresh daripada segi naratif penceritaan. Jika dahulu kita mendambakan persona vampire yang romantik ala Robert Pattison yang tergila-gilakan Bella yg lurus bendul itu, maka dengan menonton Warm Bodies akan melihatkan bahawa zombie tidak kurang ketinggalan dalam menonjolkan persona tersendiri supaya mereka juga diciumi dan dibelai dengan penuh kasih sayang.

Nampaknya Summit telah mengambil pengajaran daripada kritikan hebat kepada filem Twilight yang hanya mengfokuskan kepada kisah cinta Edward dan Bella namun kontang dalam pengisian moral dan mesej bermakna. Warm Bodies seolah-olah bertindak sebagai medium analogi bagi menggambarkan golongan yang dianggap jahat/berbahaya/pesalah sebenarnya memerlukan sokongan kemanusiaan daripada kita.

Sebagai langkah pemulihan, sokongan melalui kasih sayang adalah lebih efektif berbanding tindakan menghukum.

Warm Bodies bukan sahaja menyajikan kepada anda babak-babak romantik dan sweet antara Zombie (yang bernama R) lakonan Nicholas Hoult, dengan seorang gadis (omg she is so lucky) lakonan kembar Kristen Stewart, malah mengandung mesej moraliti yang sarat untuk anda telan lalu keluar daripada wayang dengan rasa kenyang dek pengisian positiviti yang meninggi.


Plot Cerita = B+
Pengarahan = B
Cinematography = B
Lakonan = B









Friday, March 15, 2013

Books as Best Friends part 2



Amatlah suka untuk saya maklumkan di sini bahawa saya telah menggunakan baucar buku RM250 dengan penuh bermakna.

Saya sentiasa rasa ghairah dan teruja apabila memasuki ke dalam kedai buku terutamanya mph, Borders dan Kinokuniya. Bau buku-buku yang memenuhi ruang atmosfera kedai buku meransang kepada perembesan hormon yang membuatkan saya cukup gembira. Pada suatu hari iaitu pada 7/3/2013, saya tak tahan lagi untuk mendapatkan 3 buah buku yang dah lama saya target untuk dijadikan sebagai koleksi. Alhamdulillah The 7 Habits of Highly Effective People, Steve Jobs by Walter Isaacson dan Guitar All in One for Dummies kini selamat menjadi teman kepada Syiman Syareman.

Mengapa saya beli buku-buku ini?

The 7 Habits of Highly Effective People – Membolehkan saya berlatih untuk mengamalkan cara efektif menjadi manusia yang komprehensif.

Steve Jobs by Walter Isaacson – Saya dah baca Doktor Umum. Justeru, sebagai rentetan kepada pembacaan autobiografi tokoh simbolik dalam bidangnya, buku ini membantu untuk mengenali lalu mencontohi Steve Jobs, legenda pelopor iPhone dan peneraju Apple, gergasi teknologi dambaan dunia.

Guitar All in One for Dummies – Sebab nanti saya nak upload banyak video saya bermain gitar sambil menyanyi di Youtube.

Jom Membaca. ^_^




Sunday, March 10, 2013

Virus oleh Penyangak Siber


Sekarang berlaku peningkatan aras lautan siber seiring dengan pembangunan pesat teknologi ICT termasuk fiber optik yang melajukan Internet. Maka bergembiralah kita dalam bahtera Internet menyelusuri keindahan lautan yang semakin meluas. Namun, serangan todak virus merosakkan kenikmatan ini. 

Ada files/folders yang tersembunyi di sebalik ikon shortcuts lantas memerlukan command khas. Ada situasi yang mana deleting files doesn't free any space on hard disk. Ikon autorun dan folder baru dengan variasi nama pelik seperti fakerica (pronouns : fuckerRica) tetiba muncul entah dari mana. Kelembapan transaksi data sangat menguji kesabaran dan keimanan. Sesungguhnya, impak oleh virus zaman sekarang semakin melampau.

Inilah penangan makhluk yang memberanakkan virus dengan pelbagai motif untuk meretakkan kebahagiaan kita dalam bahtera Internet. Kerimasan yang maha besar bawaan virus-virus ini melayakkan mereka dengan nama penyangak siber.

Penyangak siber perlu diperangi. Kita akan sentiasa kalah dan komputer kita akan rosak apabila kita masih belum mahu sedar akan kepentingan pemilikan program anti-virus berbayar. Tahap perlindungan antara anti-virus berbayar dengan anti-virus percuma adalah bagaikan langit dengan bumi. Kita hanya perlu bayar RM50-RM70 setiap tahun untuk menang dalam perang dengan penyangak siber.

Mahukah kita rebah ke tanah dengan telinga berdarah mendengar ketawa ala satan oleh penyangak siber apabila berjaya melunyai dan melemaukan komputer kita dengan virus-virus ciptaan mereka? Di manakah moraliti kita apabila orang lain yang tidak bersalah juga terkena tempias virus yang merebak ke dalam pen drive/external hard disk mereka?

Makanya, tuan-tuan dan puan-puan, dapatkan anti-virus berbayar anda, sekarang.




Thursday, March 7, 2013

The Pleasures of Mac 2013


Maka setelah sekian lama jugak lah menyepi daripada sesi The Pleasures, maka kali nie Syiman nak berkongsi kat korang semua apakah antara nikmat dunia yang perlu dinikmati. Namun perlu diingat ye, dalam menikmati apa yang ada di dunia ini, jangan lupa pula untuk menabung bekal bagi Hari Kebangkitan.

Okey baiklah. Apakah kenikmatan yang Syiman dapat baru2 ini? Maka ini lah dia :

Secret Recipe - Fruitilicious


Sangat sedap lagi lazat! Rasa buah yang banyak bergabung dengan cream yang banyak menghasilkan satu kesepaduan rasa yang berjaya menyebabkan lidah Syiman mencapai orgasm dengan penuh jaya.


McD Beef & Egg


Rasa Beef&Egg nie boleh tahan. Cuma rasenye Syiman tak akan makan lagi lepas nie sebab tetap akan memilih Double Cheeseburger atau Big Mac sebagai santapan mulut ini.


Secret Recipe - Turkish Indulgence


Lidah saya sewaktu merasa kek ini berkata bahawa sifat kek ini tidak memenuhi sangat kriteria dan kempukan kek namun lebih kepada gabungan coklat Belgian yang diselit-selit dengan jelly keras. Sebagai konklusi, Syiman tak berape nak suka sangat dengan Turkish Indulgence.


McD - Sundae Raspberry Dazzle


Gabungan coklat dengan sos raspberry adalah formula yang menghasilkan rasa berlainan daripada koleksi sundae yang sebelum ini. I like it apabila aiskrim Raspberry Dazzle mula mencair dan mengadun dalam saliva yang mengecur.


Nando's



Lemon & Herb...Aahhhhh.....Orgasm sekali lagi...LOL

Inovasi KFC


Setelah pulang dari Kulai untuk ke Alor Gajah; saya, Harn Moy dan Scya Al Fosenka berkesempatan untuk makan di KFC. Saya makan Zinger Burger dan Triple Cheese; inovasi terbaru oleh KFC yang mana menyaksikan Cheesy Wedges mengalami sedikit transformasi.

Cheesy Wedges :



Triple Cheese Cheesy Wedges :


Sesungguhnya, saya kecewa. Transformasi Cheesy Wedges ini hanya berubah pada bentuk, namun rasa yang sama. Satu lagi inovasi KFC, iaitu Golden Wrap tidak ada keistimewaan rasa yang membolehkan ia layak menjadi produk baru. Penjenamaan semula ayam Hot&Spicy menjadi Curry, Tomyam dll. juga sebenarnya tidak perlu kerana tidak sesedap Hot&Spicy. Justeru, saya mula berfikir bahawa team perasa makanan (food taster) KFC ada masalah deria pada lidah mereka.




Berlainan dengan McD, setiap pembaharuan diiringi dengan rasa yang berbeza. Tengok sajalah GCB, rangkaian burger Triple, Sundae dan McFlurry yang terkini; Raspberry Dazzle, Beef&Egg, McEgg Deluxe, Prosperity dan banyak lagi. Kesedapan adalah satu perkara yang sangat subjektif namun apa yang berjaya ditonjolkan oleh McD ialah variasi rasa yang unik.





Maka tidak hairanlah KFC sampai sekarang masih belum mampu menandingi McD. Saya sebagai pengguna menasihatkan KFC supaya memecat team perasa makanan kamu yang sedia ada dan mula bermuhasabah lantas bertarbiah ke arah kesedapan yang lebih mantap dan memuaskan pemakan seperti saya.