Tuesday, March 26, 2013

Falasi Falsafah UMNGOK



Polemik politik Malaysia Style telah mengheret sekalian rakyat ke kancah politik yang tidak berkesudahan. Pelbagai drama yang mana para pelakonnya adalah politikus kian hari makin menjengkelkan bagi golongan yang rasional dan mahu berfikir. Dalam pada itu, UMNGOK tidak boleh terus dengan mentaliti dan niat untuk berkuasa selama-lamanya. Eh, tertypo pulak; maksud saya adalah UMNO.

Hujah UMNO adalah mereka lah yang memimpin Malaysia selama 55 tahun lebih. Mereka lah yang memerdekakan negara daripada penjajah. Mereka lah yang membawa kemajuan kepada negara sepanjang 55 tahun itu. Bagi segala hujah UMNO ini, saya sisipkan beberapa persoalan – golongan yang bukan UMNO tidak menyumbang kepada negara kah? Adakah UMNO bersifat sempurna hingga tiada pihak berbeza ideologi yang boleh mentadbir negara? Adakah mereka Tuhan hingga boleh meletakkan jaminan takdir bahawa Malaysia terus makmur di bawah, malah menuduh pula negara akan bankrap di bawah pentadbiran orang lain?

Nampaklah kepada kita naratif polemik politik cetusan UMNO. Sikap obses melajukan langkah-langkah untuk mengekalkan kuasa dengan apa jua cara walaupun bercanggah dengan moraliti dan integriti.
Cengkaman terhadap media arus perdana sangat melampau sehingga tiada ruang langsung untuk pihak berlainan idea menyampaikan pendapat. Pihak berlainan idea ini pula lantas diasak dengan isu bertalu-talu yang tidak perlu lalu dibiarkan tanpa konklusi jitu. Inilah yang menyebabkan Malaysia mengalami muflis intelek; seolah-olah hanya Perdana Menteri yang genius dan bijak.

Bagi menyembunyi langkah-langkah yang tidak menyebelahi mereka daripada pengetahuan orang ramai, UMNO sangat cenderung untuk bermisteri dengan rakyat. Penyaluran duit pembayar cukai tidak diperinci dengan teliti, penganugerahan tender dibuat secara sembunyi-sembunyi. Inilah penyumbang kepada indeks rasuah yang sememangnya sentiasa teruk saban tahun.

Demokrasi di Malaysia tidak hidup dengan menyekat nafas golongan yang berbeza pendapat. Menfitnah pihak yang tidak sealiran kian terbudaya terutama dalam media arus perdana. Utusan Malaysia sekurang-kurangnya telah kalah saman fitnah sebanyak 5 kali di Mahkamah Tinggi. Fokus mengangkat pemimpin kini lebih kepada jatuh-menjatuh, bukan angkat-mengangkat mana yang terbaik. Institusi awam tercemar dengan campur tangan politik. Manipulasi maklumat dilakukan demi mengabui mata rakyat.

UMNO, anda boleh lakukan lebih baik daripada ini. Mulakan dengan satu langkah asas, iaitu dengan mengubah mentaliti bahawa anda tidak akan kekal selama-lamanya kerana yang kekal hanyalah Dia. Sedari juga bahawa matlamat tidak akan menghalalkan cara.

Jangan terus menjadi syaitan yang dikenali.










No comments:

Post a Comment