Monday, March 25, 2013

Penilaian Pada Penulisan



Para penulis menulis bukan untuk membazirkan dakwat pen mahupun karbon pensil. Para penulis menulis untuk menyampaikan suara hati samada berbentuk ideologi mahupun informasi. Para penulis yang menulis secara ikhlas adalah yang positif daripada segi penggunaan bahasa; tidak mengarut lagi mencarut. 

Kebebasan mengemuka pandangan dan kritikan bukan membawa maksud penulis bebas untuk menghambur dan melabel orang lain dengan kata-kata kesat, apatah lagi dengan kenyataan yang penuh unsur fitnah.

Malangnya, Papa Gomo tidak termasuk malah sebenarnya tidak berminat untuk memasukkan dirinya dalam kelompok penulis yang positif. Dia adalah blogger yang meletakkan gambar-gambar watak separa bogel yang kurang jelas wajahnya. Dalam ketidakjelasan itu, Papa Gomo menuduh watak tersebut adalah Ketua Pembangkang Persekutuan sewaktu melakukan projek seks. Nada penulisan Papa Gomo dipenuhi kebencian dan emosi amarah hingga sanggup menggelar Anwar dengan ‘Al-Juburi’. Apabila disaman dengan nilai RM100juta, Papa Gomo mengugut pula Anwar supaya menarik balik saman atau lebih banyak pendedahan dikeluarkan.

Blogger lain yang kuat mencarut adalah seperti Zulkifli Noordin.

Bagi perbandingan, marilah kita tengok pula blog Rafizi Ramli dan Nurul Izzah. Rafizi Ramli menunjukkan kepada kita elemen investigative journalism yang berkualiti iaitu secara profesional melalui pendedahan berdasarkan bukti. Berbeza dengan gambar di blog Papa Gomo, Rafizi Ramli melampirkan gambar-gambar yang jelas terutamanya sewaktu membongkar konflik kepentingan antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz dengan Michael Chia dalam isu rasuah UMNO RM50 juta di Sabah. Pendedahan yang meyakinkan ini tidak memerlukan pun Rafizi Ramli mengarut dengan kata-kata mencarut.

Nurul Izzah pula banyak mengkritik secara retorik namun semantik yang sampai tidak terabai sebaliknya dengan pengisian hujah yang mantap lagi menyentap. Koleksi artikel beliau di Sinar Harian wajib dibaca sebagai pembuka minda.

Sesungguhnya, penilaian pada penulisan para penulis adalah penting sebagai penapis bagi memastikan hanya data berkhasiat menjadi santapan minda. Diet pembacaan anda harus dirancang dengan bijak dengan mengelak penulisan emosional tak tentu arah seperti ditunjuk oleh Papa Gomo. Yuks.






No comments:

Post a Comment