Sunday, March 10, 2013

Virus oleh Penyangak Siber


Sekarang berlaku peningkatan aras lautan siber seiring dengan pembangunan pesat teknologi ICT termasuk fiber optik yang melajukan Internet. Maka bergembiralah kita dalam bahtera Internet menyelusuri keindahan lautan yang semakin meluas. Namun, serangan todak virus merosakkan kenikmatan ini. 

Ada files/folders yang tersembunyi di sebalik ikon shortcuts lantas memerlukan command khas. Ada situasi yang mana deleting files doesn't free any space on hard disk. Ikon autorun dan folder baru dengan variasi nama pelik seperti fakerica (pronouns : fuckerRica) tetiba muncul entah dari mana. Kelembapan transaksi data sangat menguji kesabaran dan keimanan. Sesungguhnya, impak oleh virus zaman sekarang semakin melampau.

Inilah penangan makhluk yang memberanakkan virus dengan pelbagai motif untuk meretakkan kebahagiaan kita dalam bahtera Internet. Kerimasan yang maha besar bawaan virus-virus ini melayakkan mereka dengan nama penyangak siber.

Penyangak siber perlu diperangi. Kita akan sentiasa kalah dan komputer kita akan rosak apabila kita masih belum mahu sedar akan kepentingan pemilikan program anti-virus berbayar. Tahap perlindungan antara anti-virus berbayar dengan anti-virus percuma adalah bagaikan langit dengan bumi. Kita hanya perlu bayar RM50-RM70 setiap tahun untuk menang dalam perang dengan penyangak siber.

Mahukah kita rebah ke tanah dengan telinga berdarah mendengar ketawa ala satan oleh penyangak siber apabila berjaya melunyai dan melemaukan komputer kita dengan virus-virus ciptaan mereka? Di manakah moraliti kita apabila orang lain yang tidak bersalah juga terkena tempias virus yang merebak ke dalam pen drive/external hard disk mereka?

Makanya, tuan-tuan dan puan-puan, dapatkan anti-virus berbayar anda, sekarang.




No comments:

Post a Comment