Monday, April 22, 2013

Downloadable



Kemunculan torrent di sebalik perkembangan pantas teknologi network adalah satu rahmat pemangkin nikmat. Terima kasih sangat kepada peers yang yang sudi berkongsi filem dan music terbaru yang masing-masing berkualiti DVD dan CD. Mengambil inspirasi daripada kebaikan oleh peers dan juga berdasarkan pegangan konsep ‘sharing is caring’, saya pun di sini ingin berkongsi apakah filem dan music yang baru saya download supaya sedikit sebanyak membantu anda membuat pilihan mana satu filem dan music yang ingin didownload.



Argo

Markah di Rotten Tomatoes adalah 96%. Diarahkan oleh Ben Affleck. Menang Best Picture di 85th Academy Award (Oscar).



Cannibal Holocaust

Filem nie dah lame, 1980. Dilanda kontroversi apabila pengarah filem nie diheretkan ke mahkamah kerana didakwa membunuh pelakon sendiri di set filem. Akhirnya dilepaskan apabila berjaya mengumpulkan semua pelakon yang terlibat di mahkamah. One of the most famous banned film in the world.



A Serbian Film

Ini juga adalah banned film yang popular sebab sangat ganas malah melibatkan aktiviti seksual yang agak melampau. 



Hotel Transylvania

Box office worldwide sebanyak $346,462,874. Selena Gomez, Adam Sandler dan Cee Loo Green adalah antara penyumbang suara.



The 20/20 Experiences – Justin Timberlake

Jumlah jualan album JT kali nie untuk 3 minggu pertama adalah lebih 1 juta unit, menjadi album terpantas paling laku untuk 2013 setakat ini. Ada dua singles yang berjaya menjolok carta, iaitu Suit&Tie dan Mirrors.



Heaven – Rebecca Ferguson

Jadi runner up untuk The X Factor UK musim ke-7 namun jualan album nie lebih tinggi daripada johan, Matt Cardle. Best sebab die bawak style retro vintage yang sangat classy berpadanan dengan suara die yang sangat soulful. I like her.




Torches – Foster The People

Ingat lagi tak lagu Pumped Up Kicks? Sedap kan. So download album nie untuk dengar lagu2 Foster The People yang mcm ada gaya Gorillaz sikit tu. 



Making Mirrors – Gotye

Gotye menang semua 3 pencalonan untuk Grammy Awards 2012; Record of The Year dan Best Pop/Group Performance untuk lagu Someone That I Used To Know. Album nie menang Best Alternative Music Album. 





Battleground – The Wanted

The Wanted menang di People's Choice Award untuk Best Breakout Artist. Lagu Glad You Came sangat best. Bersainglah korang dengan One Direction okey. Hehe.


Unorthodox Jukebox – Bruno Mars

Bruno Mars mmg sentiasa konsisten dengan lagu2 yang best. Lagu When I Was Your Man sangat deep in emotion...Bravo Bruno Mars!


Mari Mengundi Ye


Kesyukuran terangkat apabila Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan penamaan calon dan hari pengundian masing-masing pada 20 April dan 5/5. 

Sikap Najib Razak yang berteka-teki sedangkan orang ramai menanti menyebabkan semua orang bagai dilanda demam politik yang tidak mahu kebah. Namun petanda untuk kebah telah ada apabila semua orang sudah tahu hari untuk melempiaskan nafsu mengundi yang sudah 5 tahun mereka tahan. 

Saya pun sebenarnya dah rasa penat dalam menumpatkan pemikiran dengan data-data politik lebih-lebih lagi dengan persekitaran politik Malaysia yang dicorakkan kotor dan ‘Les Democratique’ oleh para politikus berkaitan. Dengan itu, tak sabar rasanya hendak menunaikan tanggungjawab kali pertama sebagai pengundi bagi Pilihan Raya Umum paling sengit dalam sejarah. 

Seruan saya kepada rakyat terbanyak : Marilah kita beramai-ramai mengundi tanpa ada sikap malas dan pesimis. Apalah gunanya kuasa yang ada pada kita ini jika dibiarkan terkunci?

Sesungguhnya, PRU-13 adalah festival yang perlu dirai kerana di sini lah kesempatan untuk melatih kita menjana strategi membuat keputusan dan pilihan (decision and choices). Strategi berkualiti adalah kombinasi integriti dengan ilmu. 

Integriti termasuklah tidak terlibat malah mengutuk keganasan politik, adil dalam menelaah manifesto kedua-dua pihak, dan tidak terpengaruh dengan berita berelemenkan fitnah. Ilmu pula semestinya didapati melalui pembacaan artikel2 berkualiti di media arus perdana dan media alternative. (Contoh : Berita Harian, Bernama, MalaysiaKini, Sinar Harian). 

Saudara-saudari, marilah mengundi melalui strategi berkualiti. Diharapkan yang terbaik buat Malaysia. God bless Malaysia with good government. Amin.







Wednesday, April 17, 2013

The End of Part 1


Percutian pun bermula bagi memberi peluang kepada kerehatan minda supaya inspirasi berkembang lagi. Sesungguhnya, Syiman gembira kerana sesi semester pertama telah berakhir. Kegembiraan ini jelas adalah disebabkan banyak aktiviti yang Syiman nak buat dalam percutian 2 bulan; disusurkan adrenalin yang mengalir laju menanti keputusan akademik.

Syiman bersyukur kerana Part 1 telah terisi dengan pelbagai momen menarik. Terima kasih kepada Amer Ash dan Miraa Mia, Minggu Bahasa menyaksikan kami menjadi juara untuk Show Me How dan Sketsa Pantun. Bersama 1G, kami menang Medley.

Syiman juga rasa bertuah kerana silibus akademik Komunikasi dan Pengajian Media begitu komprehensif sebagai pemantap ilmu sosiologi. The Art of Public Speaking, Discovering Computers dan Mass Media in a Changing World adalah 3 buku yang padat dengan ilmu bagi membantu dalam maqasid komunikasi media.

Berada di Level 2 Tun Perak (bilik 230), berkongsi bilik dengan Azim dan Fahmi yang baik; membuatkan saya pasti rindu kepada Tun Perak di semester mendatang. Terima kasih kepada Panjang & The Gang Bang kerana bukan sahaja menjadi pembikin hype malah sangat rajin dalam memastikan tandas sentiasa bersih.

1G adalah kelas yang majmuk dengan ragam lantas tidak membosankan. G always be da gorgeous.

Konklusi kepada Part 1 saya rangkumkan begini: Kenakalan Syiman telah dikunci dengan kesedaran untuk fokus kepada akademik sebagai faktor utama bagi merealisasi cita-cita menjadi journalist berjaya. Saya rasa gembira, bersyukur dan bertuah kerana di sebalik setiap kesukaran tersisip kemudahan. Semoga pengakhiran yang boleh dikatakan baik di Part 1 akan menerbitkan permulaan yang bagus di Part II.




Thursday, April 11, 2013

Terbitan Cakna 4 Pagi



1. Cuba lihat budak yang sedang belajar di sekolah-sekolah seantero Malaysia. Pelajar menengah rendah secara purata mengambil 8 matapelajaran manakala menengah atas pula 9 matapelajaran.

2. Kehidupan mereka sebagai pelajar sekolah menengah telah terisi dengan misi untuk membaca buku teks demi mendapat keputusan baik dalam peperiksaan menurut piawaian Lembaga Peperiksaan Malaysia.

3. Mereka juga kelihatan sama melalui pemakaian pakaian yang seragam sewaktu di dalam kelas.

4. Mereka juga tidak perlu fikir tentang masalah kewangan kerana rata-ratanya ditaja oleh ibu-bapa yang cukup pendapatan.

5. Semua faktor di atas menyebabkan kehidupan mereka jadi sistematik lantas menyebabkan emosi pun stabil.

6. Malang mula terbit apabila kehidupan sebagai pelajar universiti bermula - Jumlah subjek setiap semester yang hanya 5-6 matapelajaran, pinjaman pendidikan yang diberi sekaligus iaitu sebanyak RM2500++/semester, dan pemakaian yang tidak lagi seragam dan bebas.

7. Ramai daripada kita mula ‘take it for granted’ berkaitan kehidupan baru ini. Lalu terjerumuslah mereka kepada sikap malas membaca dan sambil lewa dalam menelaah pelajaran, boros dalam berbelanja, serta turut serta dalam budaya hedonisme iaitu masing-masing ingin menunjukkan kehebatan berfesyen dan style.

8. Pengisian sikap mazmumah yang tidak sihat untuk jiwa ini menyebabkan emosi yang dulunya lebih stabil sewaktu di zaman sekolah kini semakin tidak tenteram. Penyakit psikologi mula merebak daripada jiwa hinggalah dizahirkan kepada tindakan yang bercanggah dengan integriti dan jati diri.

9. Kehidupan di universiti ini telah menunjangkan akar untuk kehidupan pasca universiti iaitu selepas bergraduasi. Buku sudah langsung tidak dipegang, kitaran pendapatan yang ada unsur2 penipuan dan materialistik memparahkan barah jiwa yang makin bernanah.

10. Ini semua menyebabkan golongan muda yang mula melata mencari kerja di Malaysia mengalami depresi akibat kecetekan pedoman dan ilham. Maka berlakulah pelbagai perbuatan yang tidak lagi menjaga hati  dan moraliti dengan orang lain.

11. Apa yang saya cuba sampaikan adalah perbandingan emosi yang lebih stabil sewaktu di zaman sekolah berbanding zaman selepasnya. Mengapa? – Buku menjadi rujukan dan dibaca, hedonisme dikawal melalui minda yang menganggap kita semua adalah sama dan tidak obses dengan material dan kemenangan.

12. Tanyalah diri mengapa diri tidak tenang. Tanya adakah perlu untuk kita mengikut trend yang sebenarnya merompak kegembiraan yang sepatutnya ada. Dengan muhasabah ini, semoga sikap yang kita semua pernah amalkan sewaktu di sekolah itu dipakai semula sebagai pakaian akhlak yang menyejukkan.



Sunday, April 7, 2013

No More That Idol, Pls


Penurunan rating American Idol yang mencapai tahap terendah sepanjang musim penyiarannya seperti yang dilaporkan oleh Lyndsey Parker di Yahoo! Music adalah berita yang sememangnya saya nanti-nantikan. Malah, sebenarnya saya pernah berdoa supaya American Idol diberhentikan terus penyiarannya.

American Idol adalah ibu kepada program berbentuk realiti TV, yang mana daripadanya beranaklah X-Factor dan The Voice. Angkara globalisasi; Akademi Fantasia, Malaysian Idol dan One in A Million muncul di Malaysia. Makanya, hubung kait status American Idol sbg perintis dengan kejatuhan rating membawa justifikasi bahawa realiti TV semakin tidak relevan.

Drama para judges tidak lagi menjadi formula yang menjayakan, sebaliknya memualkan seperti tertonton dalam adegan Nicki Minaj dengan Mariah Carey. Sikap 'bromance ala gay' oleh Adam Levine bersama Blake Shelton dilihat sebagai makin membosankan. Hype yang dicetus secara over dalam kalangan judges sebenarnya telah 'steal the show' dengan mengshadowkan apa sebenarnya yang perlu dihighlitekan iaitu penonjolan bakat dan karakter para peserta. Realiti TV dah jadi medan anjakan celeb dan diva-diva sedia ada yang dah suam-suam kuku (Christina Aguilera, Jennifer Lopez, Mariah Carey).

Beralih kepada para peserta, peserta American Idol kali ini dilihat semakin membosankan seperti mana yang dicadangkan oleh Lyndsey Parker. Membiarkan mereka menyertai American Idol adalah pemberian harapan palsu bahawa mereka akan meletup sebagai penyanyi selepas bergraduasi. 

Lagipun, apakah impak positif yang dibawa oleh American Idol dan kawan-kawan dia? Ya, American Idol telah menghadiahkan dunia dengan Kelly Clarkson, Carrie Underwood, Daughtry dan Jennifer Hudson namun semua itu tidak membawa apa-apa jika produktiviti tidak konsisten malah terus-menerus lemau.

Just stop the show, American Idol.









Tuesday, April 2, 2013

Syiman's Review : Jangan Bersedih



Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya saya akhirnya berjaya mengkhatamkan buku Jangan Bersedih karangan Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni; diterjemah oleh Noraine Abu ke dalam Bahasa Malaysia.

Dr. Aidh telah berjaya menghujankan hujah yang bernas lagi tuntas, menyebabkan kebasahan yang menyejukkan jiwa sesiapa yang membaca. Hujan hujah yang dicurah melalui 281 tajuk topik ini sangat mendatangkan kesan mendalam kerana dipersembah dengan selitan ayat Al-Quran dan hadis yang berkaitan.

Ada kawan saya mengulas bahawa beberapa tajuk topik yang sebanyak 281 itu mengulang isu yang sama, lantas bagi beliau buku ini agak membosankan. Makanya, saya rasa buku ini adalah ideal lagi esential bagi orang yang mahu diperingatkan secara konsisten dan gembira untuk menelaah ayat-ayat Al-Quran.

Bagi sesiapa yang bersedih, buku ini akan bertindak sebagai peneman yang memujuk anda supaya jangan difikirkan perkara lampau, jadilah diri sendiri, anggaplah kutukan dan kritikan sebagai penghormatan, jangan masukkan setiap peristiwa ke dalam hati, pengdengki lebih rendah daripada yang didengki, hakikat dunia yang sebenar dan banyak lagi.

Kredit kepada Dr. Aidh, elemen materialistik dan obses dalam jiwa saya telah mengalami penghakisan yang cukup ketara. Semakin positif pada kehidupan, sikap suka membaca dan mengejar ilmu jadi berkobar-kobar.

Jika anda dalam kesedihan, keserabutan, tercari-cari matlamat hidup, diulit dilema, maka Jangan Bersedih adalah buku yang sangat perlu anda teroka.