Monday, April 22, 2013

Mari Mengundi Ye


Kesyukuran terangkat apabila Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan penamaan calon dan hari pengundian masing-masing pada 20 April dan 5/5. 

Sikap Najib Razak yang berteka-teki sedangkan orang ramai menanti menyebabkan semua orang bagai dilanda demam politik yang tidak mahu kebah. Namun petanda untuk kebah telah ada apabila semua orang sudah tahu hari untuk melempiaskan nafsu mengundi yang sudah 5 tahun mereka tahan. 

Saya pun sebenarnya dah rasa penat dalam menumpatkan pemikiran dengan data-data politik lebih-lebih lagi dengan persekitaran politik Malaysia yang dicorakkan kotor dan ‘Les Democratique’ oleh para politikus berkaitan. Dengan itu, tak sabar rasanya hendak menunaikan tanggungjawab kali pertama sebagai pengundi bagi Pilihan Raya Umum paling sengit dalam sejarah. 

Seruan saya kepada rakyat terbanyak : Marilah kita beramai-ramai mengundi tanpa ada sikap malas dan pesimis. Apalah gunanya kuasa yang ada pada kita ini jika dibiarkan terkunci?

Sesungguhnya, PRU-13 adalah festival yang perlu dirai kerana di sini lah kesempatan untuk melatih kita menjana strategi membuat keputusan dan pilihan (decision and choices). Strategi berkualiti adalah kombinasi integriti dengan ilmu. 

Integriti termasuklah tidak terlibat malah mengutuk keganasan politik, adil dalam menelaah manifesto kedua-dua pihak, dan tidak terpengaruh dengan berita berelemenkan fitnah. Ilmu pula semestinya didapati melalui pembacaan artikel2 berkualiti di media arus perdana dan media alternative. (Contoh : Berita Harian, Bernama, MalaysiaKini, Sinar Harian). 

Saudara-saudari, marilah mengundi melalui strategi berkualiti. Diharapkan yang terbaik buat Malaysia. God bless Malaysia with good government. Amin.







No comments:

Post a Comment