Thursday, April 11, 2013

Terbitan Cakna 4 Pagi



1. Cuba lihat budak yang sedang belajar di sekolah-sekolah seantero Malaysia. Pelajar menengah rendah secara purata mengambil 8 matapelajaran manakala menengah atas pula 9 matapelajaran.

2. Kehidupan mereka sebagai pelajar sekolah menengah telah terisi dengan misi untuk membaca buku teks demi mendapat keputusan baik dalam peperiksaan menurut piawaian Lembaga Peperiksaan Malaysia.

3. Mereka juga kelihatan sama melalui pemakaian pakaian yang seragam sewaktu di dalam kelas.

4. Mereka juga tidak perlu fikir tentang masalah kewangan kerana rata-ratanya ditaja oleh ibu-bapa yang cukup pendapatan.

5. Semua faktor di atas menyebabkan kehidupan mereka jadi sistematik lantas menyebabkan emosi pun stabil.

6. Malang mula terbit apabila kehidupan sebagai pelajar universiti bermula - Jumlah subjek setiap semester yang hanya 5-6 matapelajaran, pinjaman pendidikan yang diberi sekaligus iaitu sebanyak RM2500++/semester, dan pemakaian yang tidak lagi seragam dan bebas.

7. Ramai daripada kita mula ‘take it for granted’ berkaitan kehidupan baru ini. Lalu terjerumuslah mereka kepada sikap malas membaca dan sambil lewa dalam menelaah pelajaran, boros dalam berbelanja, serta turut serta dalam budaya hedonisme iaitu masing-masing ingin menunjukkan kehebatan berfesyen dan style.

8. Pengisian sikap mazmumah yang tidak sihat untuk jiwa ini menyebabkan emosi yang dulunya lebih stabil sewaktu di zaman sekolah kini semakin tidak tenteram. Penyakit psikologi mula merebak daripada jiwa hinggalah dizahirkan kepada tindakan yang bercanggah dengan integriti dan jati diri.

9. Kehidupan di universiti ini telah menunjangkan akar untuk kehidupan pasca universiti iaitu selepas bergraduasi. Buku sudah langsung tidak dipegang, kitaran pendapatan yang ada unsur2 penipuan dan materialistik memparahkan barah jiwa yang makin bernanah.

10. Ini semua menyebabkan golongan muda yang mula melata mencari kerja di Malaysia mengalami depresi akibat kecetekan pedoman dan ilham. Maka berlakulah pelbagai perbuatan yang tidak lagi menjaga hati  dan moraliti dengan orang lain.

11. Apa yang saya cuba sampaikan adalah perbandingan emosi yang lebih stabil sewaktu di zaman sekolah berbanding zaman selepasnya. Mengapa? – Buku menjadi rujukan dan dibaca, hedonisme dikawal melalui minda yang menganggap kita semua adalah sama dan tidak obses dengan material dan kemenangan.

12. Tanyalah diri mengapa diri tidak tenang. Tanya adakah perlu untuk kita mengikut trend yang sebenarnya merompak kegembiraan yang sepatutnya ada. Dengan muhasabah ini, semoga sikap yang kita semua pernah amalkan sewaktu di sekolah itu dipakai semula sebagai pakaian akhlak yang menyejukkan.



1 comment:

  1. hye awk, bella da follow awk. follow bella blk ae :)

    ReplyDelete