Saturday, May 25, 2013

Syiman's Review : The 7 Habits of Highly Effective People


Dengan menggunakan baucar buku RM250, antara buku yang saya beli adalah yang dikarang oleh seorang pemikir hebat Stephen R. Covey, iaitu The 7 Habits.

Buku yang berkualiti dapat dikesan melalui pembacaan bab pertama yang tersusun kemas dengan garapan yang terangkum secara komprehensif. Saya tidak mengambil masa yang lama untuk mengiktiraf bahawa buku ini memang berkualiti dengan hanya membaca foreword oleh pengarang. Malah sebenarnya, saya mengambil masa hanya sebulan untuk mengkhatamkan buku ini.

The 7 Habits mendedahkan bahawa terdapat daya natural yang sifatnya sama seperti graviti dan daya yang lain; yang mana dengan daya ini lah setiap perbuatan dan tingkah laku kita tertakluk kepada kesan dan kesilapan (consequences and mistakes). Dengan menggunakan metafora yang berasas, kita mempunyai tanggungjawab untuk mengimbangkan antara bulatan perhatian dengan bulatan pengaruh (Circle of Concern and Circle of Influence).

Tenaga positif hasil daripada pengamalan habits yang tepat akan mengembangkan bulatan pengaruh (Circle of Influence) lantas  tindakan kita berkesan ke arah mencapai Personal Mission Statement dan menangani isu-isu sejagat yang berlaku dalam kalangan kita – yang mana kita semua gelarkan sebagai ‘masalah’.

Saya syorkan semua daripada kita membaca buku ini kerana secara sistematik Dr Covey berjaya menyedarkan beberapa perkara penting kepada sesiapa yang benar-benar serius untuk menjadi insan yang berkesan dalam perniagaan, perhubungan malah dengan diri sendiri. Inilah yang dipanggil oleh Dr Covey sebagai Private Victory dan Public Victory.

Private Victory dicapai melalui penerapan 3 habits pertama, iaitu 1)Be Proactive 2) Begin With The End in Mind dan 3) Put First Things First. Public Victory iaitu kemenangan dalam perhubungan kemasyakatan diraih melalui penerapan 3 habits berikutnya – 4) Think Win/Win 5) Seek First to Understand..then to Be Understood 6) Synergize. Habits terakhir iaitu 7) Sharpen The Saw memberi penekanan kepada pembaharuan dan penambahbaikkan kepada semua keenam-enam habits.

Dr Covey juga mengingatkan secara tuntas bahawa perubahan ke arah kebaikan yang efektif mesti dilakukan secara Inside-Out, iaitu daripada dalaman/diri sendiri. Cara Outside-In mungkin menampakkan unjuran positif namun tidak kekal lama.

Saya sangat –sangat lah setuju dengan kata-kata oleh Tom Peters, pengarang buku bestseller In Search of Excellence – “A wonderful book that could change your life”. Impak yang diberi oleh The 7 Habits mengingatkan saya kepada impak yang diberi oleh Jangan Bersedih – buku yang berjaya menyentuh dasar spiritual lalu memujuk ke arah ketenangan.

Dengan berakhirnya pembacaan saya terhadap The 7 Habits ini, maka lepas nie saya nak dapatkan The 8 Habits di mph. Owh yeah.


P/s – Sekarang tengah berhempas pulas nak mengkhatamkan Steve Jobs karangan Walter Isaacson. 




Thursday, May 23, 2013

Syiman's Review : The Perk of Being a Wallflower


Jika anda mahukan satu ekspedisi menyelam ke dalam lautan emosi bagi misi mencari-cari interpretasi rasa hati, maka The Perk of Being A Wallflower adalah filem untuk anda.

Faktornya adalah penjiwaan watak yang berkesan oleh Logan Lerman, Emma Watson dan seorang lagi aktor yang diingati namanya.

Logan Lerman sebagai pendiam yang melalui hari-hari sukar selepas sahabat karibnya mati akibat membunuh diri; dipulaukan oleh pelajar kolej kerana sifat pendiamnya. Akhirnya dia berjumpa dengan dua sahabat baik selepas beberapa peristiwa yang signifikan iaitu : Emma Watson sebagai Sam yg pernah tidur dengan bos ayahnya; kurang cemerlang dalam akademik dan aktor yang tak diingati namanya itu pula sebagai Patrick - homoseksual yang melakukan beberapa kali hubungan seks dengan atlet kolej lalu menanti kata-kata cinta daripada kekasihnya itu.

Gaya naratif penceritaan yang telah pun diadun dengan baik ini efektif untuk membawa penonton menyelam dalam hingga ke dasar lautan emosi. seterusnya menjadi inspirasi kepada pembinaan jati diri.

Tema filem bertepatan dengan keadaan semasa iaitu kehidupan sebagai golongan dalam kategori misfits. Logan Lerman misfits kerana pendiam. Sam misfits kerana cantik. Patrick misfits kerana gay.

Pendiam, cantik dan gay. Mendalam kan?

Bak kata Sam - "Welcome to the island of misfits".

Plot citer - A
Pengarahan - B
Lakonan - B+
Cinematography - B



Tuesday, May 7, 2013

Bad Bad Customer Service


Cukuplah zaman kebiadapan perkerja (saya tak suka panggil pegawai) khidmat pelanggan (customer service) dan kini adalah masanya untuk memastikan tanpa kompromi bahawa mereka melaksanakan khidmat secara memuaskan, bukan menyakitkan hati kita.

Saya tak tahulah samada saya seorang sahaja yang menghadapi situasi layanan perkerja khidmat pelanggan yang buruk ini, namun saya rasa ramai antara kita yang telah terkena. Mereka kelihatan dan kedengaran malas, tidak bermotivasi malah cenderung untuk memerli dengan provokasi tanpa menyedari bahawa kapasiti mereka hanyalah perkerja khidmat pelanggan; yang sepatutnya menghormati para pelanggan mereka.

Pertimbangan situasi di mana-mana kaunter mahupun talian perkhidmatan pernah anda hadapi dan hubungi - KFC, bank, LRT, komuter, universiti, P1 Wimax, Maxis, PTPTN, Jabatan Pendaftaran Negara, pejabat polis dan lain-lain. Bagaimana layanan drpd perkerja khidmat pelanggan kepada anda?

Jika keadaan tahap industri customer service dibiarkan dengan pencemaran sebegini rupa, maka terjejaslah keharmonian dalam simbiosis elemen yang mengalir dalam sungai komuniti. Tenaga negativiti yang dilepaskan oleh layanan buruk perkerja khidmat pelanggan dan ke-tidakpuas-an hati pelanggan mengatasi pengeluaran tenaga positiviti drpd produktiviti berkualiti.

Sesungguhnya, pencerahan perlu disuluhkan terhadap kegelapan jalan oleh perkerja khidmat pelanggan yang tidak bermotivasi. Golongan ini harus secara konsisten disentap dengan mantap oleh kita kerana semestinya kita mahu dilayan sampai puas.




Monday, May 6, 2013

Bukan Izzah Ombak Rindu, tapi Nurul Izzah Anwar


Ingin diingatkan bahawa post ini bukanlah berelemenkan partisan. Cuma ingin mengulas tentang Nurul Izzah Anwar dan kekaguman saya terhadap beliau.

Di ambang gelombang tsunami politik 2008, Nurul Izzah telah berjaya mengalahkan Menteri Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahrizat Jalil. 2013, konsistensi situasi berlaku apabila Datuk Seri Raja Nong Chik yang berstatus Menteri Wilayah Persekutuan dikalahkan oleh Nurul Izzah.

Analisisnya terpampang jelas: Nurul Izzah, dengan umur yang masih muda, tanpa gelaran Datuk apatah lagi Datuk Seri, diserang pula secara peribadi melalui pendedahan video seks mirip beliau dan isu kebebasan beragama; namun masih mampu menumbangkan dua gergasi veteran politik yang bukan calang-calang.

Ini bukan soal dinasti politik keluarga, bukan juga soal keraguan terhadap moral dan pluralisme. Ini adalah tentang kapasiti Nurul Izzah sebagai ikon penyampai suara orang muda dan pencorak politik baru ke arah pertukaran dimensi yang lebih baik.

Baca artikel berkualiti karangan beliau di Sinar Harian.

Sebagai seorang yang pernah bermastautin di Lembah Pantai (Vista Apartment dan Pantai Panorama Condo), saya tumpang gembira buat warga Lembah Pantai kerana mendapat YB yang berkarisma dan berintegriti. Insya-Allah saya akan bermastautin di Lembah Pantai lagi apabila sampai masanya.

Ibu Nurul Izzah, Datin Seri Wan Azizah dah jadi Ketua Pembangkang wanita pertama. Saya doakan Nurul Izzah suatu hari nanti menjadi Perdana Menteri wanita pertama buat Malaysia. 




Thursday, May 2, 2013

Fobia pada Perubahan


Orang yang takut pada kegelapan dikenali sebagai Achluophobia. Takut untuk menjadi tua adalah Gerascophobia. Takut untuk bercakap di depan khalayak adalah Glossophobia. Fobia pada perubahan? Saya masih tak jumpa istilah saintifiknya namun saya dapati ramai antara kita yang fobia untuk mengizinkan perubahan berlaku. Ok, saya dah jumpe. Frasanya adalah Cainophobia, iaitu fear for newness. 

Samada mereka ditakut-takutkan atau mereka sendiri yang takut, gejala fobia pada perubahan adalah paradigma yang cukup tidak signifikan untuk memacu Malaysia menjadi maju.

Mentaliti kepada perubahan sepatutnya tidak perlu dihantui oleh ketakutan terhadap ke-tidaktentu-an masa depan. Hadapi perubahan dengan positiviti yang mencanakkan prestasi, bukan dengan negativiti yang hanya menjadi falasi.

Perubahan adalah satu tuntutan apabila sistem yang sedia ada telah menjadi lemau lantas melembapkan proses sukses ke arah harmoni. Sistem yang sedia ada juga dilihat sebagai mengangkat orang yang banyak muslihat, bukan yang berbakat.

Janganlah membunuh momentum yang mampu diterbitkan daripada perubahan hanya kerana anda takut. Gantikan ketakutan dengan harapan - bukan harapan kosong, sebaliknya dengan daya yang menyokong kepada pecutan ke arah melawan graviti paradigma tak berkualiti.

Jom UBAH.