Tuesday, May 7, 2013

Bad Bad Customer Service


Cukuplah zaman kebiadapan perkerja (saya tak suka panggil pegawai) khidmat pelanggan (customer service) dan kini adalah masanya untuk memastikan tanpa kompromi bahawa mereka melaksanakan khidmat secara memuaskan, bukan menyakitkan hati kita.

Saya tak tahulah samada saya seorang sahaja yang menghadapi situasi layanan perkerja khidmat pelanggan yang buruk ini, namun saya rasa ramai antara kita yang telah terkena. Mereka kelihatan dan kedengaran malas, tidak bermotivasi malah cenderung untuk memerli dengan provokasi tanpa menyedari bahawa kapasiti mereka hanyalah perkerja khidmat pelanggan; yang sepatutnya menghormati para pelanggan mereka.

Pertimbangan situasi di mana-mana kaunter mahupun talian perkhidmatan pernah anda hadapi dan hubungi - KFC, bank, LRT, komuter, universiti, P1 Wimax, Maxis, PTPTN, Jabatan Pendaftaran Negara, pejabat polis dan lain-lain. Bagaimana layanan drpd perkerja khidmat pelanggan kepada anda?

Jika keadaan tahap industri customer service dibiarkan dengan pencemaran sebegini rupa, maka terjejaslah keharmonian dalam simbiosis elemen yang mengalir dalam sungai komuniti. Tenaga negativiti yang dilepaskan oleh layanan buruk perkerja khidmat pelanggan dan ke-tidakpuas-an hati pelanggan mengatasi pengeluaran tenaga positiviti drpd produktiviti berkualiti.

Sesungguhnya, pencerahan perlu disuluhkan terhadap kegelapan jalan oleh perkerja khidmat pelanggan yang tidak bermotivasi. Golongan ini harus secara konsisten disentap dengan mantap oleh kita kerana semestinya kita mahu dilayan sampai puas.




2 comments: