Monday, May 6, 2013

Bukan Izzah Ombak Rindu, tapi Nurul Izzah Anwar


Ingin diingatkan bahawa post ini bukanlah berelemenkan partisan. Cuma ingin mengulas tentang Nurul Izzah Anwar dan kekaguman saya terhadap beliau.

Di ambang gelombang tsunami politik 2008, Nurul Izzah telah berjaya mengalahkan Menteri Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahrizat Jalil. 2013, konsistensi situasi berlaku apabila Datuk Seri Raja Nong Chik yang berstatus Menteri Wilayah Persekutuan dikalahkan oleh Nurul Izzah.

Analisisnya terpampang jelas: Nurul Izzah, dengan umur yang masih muda, tanpa gelaran Datuk apatah lagi Datuk Seri, diserang pula secara peribadi melalui pendedahan video seks mirip beliau dan isu kebebasan beragama; namun masih mampu menumbangkan dua gergasi veteran politik yang bukan calang-calang.

Ini bukan soal dinasti politik keluarga, bukan juga soal keraguan terhadap moral dan pluralisme. Ini adalah tentang kapasiti Nurul Izzah sebagai ikon penyampai suara orang muda dan pencorak politik baru ke arah pertukaran dimensi yang lebih baik.

Baca artikel berkualiti karangan beliau di Sinar Harian.

Sebagai seorang yang pernah bermastautin di Lembah Pantai (Vista Apartment dan Pantai Panorama Condo), saya tumpang gembira buat warga Lembah Pantai kerana mendapat YB yang berkarisma dan berintegriti. Insya-Allah saya akan bermastautin di Lembah Pantai lagi apabila sampai masanya.

Ibu Nurul Izzah, Datin Seri Wan Azizah dah jadi Ketua Pembangkang wanita pertama. Saya doakan Nurul Izzah suatu hari nanti menjadi Perdana Menteri wanita pertama buat Malaysia. 




1 comment:

  1. yesss..dia memang sangat cantik..

    ReplyDelete