Tuesday, June 18, 2013

Syiman Syareman's Most Gorgeous Girl 2013


10. Kate Beckingsale

Kate Beckingsale akan sentiasa cantik walaupun tiada filem yang boleh dibanggakan hasil daripada lakonan beliau baru-baru ini. Mungkin masa mendatang akan menjadi medan buat Kate untuk terus memantap melalui filem-filem aksi mahupun romantik, kerana kedua-duanya sesuai buat paras rupa Kate yang comel + cantik + anggun + jelita + kacak + seksi.




9. Kate Middleton

Seorang lagi Kate yang tersenarai dalam carta 2013 ini, Kate Middleton tidak dinafikan memang memiliki sense of fashion yang sangat mantap. Dipuji oleh Madonna kerana sentiasa kelihatan cantik dimana-mana sahaja hasil daripada pemilihan pakaian yang tepat, Kate nampaknya akan terus menjadi perhatian di majalah2 yang dahagakan khabar berita para celebriti. Puteri Diana kalau masih hidup mesti agak cemburu dengan perhatian media kepada Puteri Kate.




8. Madonna

Dah alang-alang menyentuh tentang Madonna yang memuji Kate Middleton, sesuai sangatlah pujian yang diberi beliau berpatah balik kepada diri sendiri kerana berjaya menempatkan diri di kedudukan nombor 8 dalam carta 2013 ini. Di umur 50 an, mesti ramai lelaki yang berfantasi Madonna sebagai MILF paling sensasi sepanjang zaman mengambil kira kontroversi penunjukkan payudara dan punggung Madonna di konsert beliau – MDNA Tour – konsert paling laris untuk tahun 2012/2013 dan mendatangkan 3 anugerah Billboard sebagai lonjakan karier yang nampaknya akan terus berlanjutan untuk beberapa siri konsert jelajah dunia lagi. Hate her or love her, she will never stop on ‘rocknroll’ing our world.






7. Nurul Izzah Anwar

Makin cantik nampaknya Nurul Izzah pasca kemenangan bergaya mengalahkan seorang lagi Menteri, kali ini Menteri Wilayah Persekutuan lantas mengekalkan statusnya sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai buat sepenggal lagi. Tidak perlu makeup tebal mahupun eyeliner dalam mem’panda’kan muka seperti Shahrizat Jalil; menteri pertama dikalahkan beliau, kecantikan Nurul Izzah akan terus dikenang terutamanya apabila rakyat terbanyak terkena tempias kemanisan senyuman mahupun kemantapan hujah yang dilontarkan.




6. Lea Michele

Seiring dengan transformasi makeover Rachel dalam Glee, maka samalah juga dengan lonjakan karier Lea Michele yang menampakkan cahaya bintang yang makin menyilau untuk menyinari lorong-lorong di Hollywood. Saya percaya pada bakat yang ada pada Lea pasti akan menjadikan Lea sebagai antara bintang harapan yang bakal meninggalkan impak persis Barbara Streisand.




5. Adriana Lima

Mencairlah ramai jantan di luar sana seperti aiskrim yang dijilat-jilat apabila menyaksi Adriana Lima berbikini. Tidak seperti model Victoria Secret lain yang sering kelihatan seperti biskut Chipsmore, sekejap ada sekejap tak ada; Adriana Lima terus maintain sebagai antara model Victoria Secret yang terus menerus mengunci kontrak. Semestinya ini adalah kerana Adriana Lima memiliki kecantikan yang unik dan juga kerana pemilihan sikap yang menyelesakan hingga disenangi oleh pelbagai pihak.




4. Jennifer Lawrence

Anda harus menonton filem X-Men: First Class, House at The End of The Street, The Hunger Games dan Silver Linings Playbook untuk menilai Jennifer Lawrence daripada segi pembawakan watak yang berkesan hingga berjaya menyebabkan beliau dinobat sebagai Best Actress untuk Anugerah Academy atau Oscars di usia yang masih muda. Samada beliau adalah mutan biru bersisik, pemanah mahupun janda gila; semuanya dijayakan dengan penuh cantik.




3. Angelina Jolie

Simpati kepada Kak Angie kerana baru-baru ini didiagnosis menghidap kanser payudara. Walau bagaimanapun, tindakan pantas Kak Angie dalam membuat keputusan terbaik iaitu dengan membuang payudara beliau dan membuat pembentukan payudara semula memberi inspirasi kepada wanita-wanita supaya prihatin kepada pembunuh bersiri mereka ini. Saya harap Brad Pitt suka dengan payudara baru Kak Angie dan menerima takdir seadanya kerana pastinya Kak Angie lebih cantik dengan semangat baru.







2. Anne Hathaway

I Dreamed A Dream yang dinyanyikan Anne Hathaway dalam Les Miserables masih terngiang-ngiang di telinga. Seperti Jennifer Lawrence, Anne Hathaway telah pun menjadi bintang paling menyinar di Hollywood sejak dua menjak hasil daripada penjiwaan watak yang mantap, walaupun sebagai perempuan baik yang ditakdirkan menjadi pelacur dan mati dengan penuh keseksaan. Lantas, menang Best Supporting Actress. Harapan untuk masa depan, Anne akan berjaya membawa pulang trofi Best Actress.






1.  Miranda Kerr


Miranda Kerr akan sentiasa cantik walaupun kontrak dengan Victoria Secret telah pun ditamatkan. Saya rasa ada pihak di Victoria Secret yang tak tahan menonton kecantikan Miranda lantas melaksanakan projek hasad dengki ke atas beliau. Orlando Bloom sepatutnya bersyukur kerana Miranda kini ada lebih banyak masa untuk diluangkan bersama terutamanya di atas katil mahupun sofa, tidak dilupakan atas karpet empuk. The point is, Miranda Kerr with body, skin, face like that, always be beautiful; evergreen beauty, no matter situation.




Tuesday, June 11, 2013

The Beginning of Sem II


Cuti pun berlabuh mendaratkan kita di permulaan semester baru yang pastinya terisi dengan pelbagai momen untuk dinikmati. Walaupun agak bosan sepanjang cuti 2 bulan kali ini kerana tidak berkerja dan hanya ‘menanam anggur’ di halaman rumah, apa yang penting saya telah habiskan buku The 7 Habits of Highly Effective People dan dalam proses untuk mengkhatamkan Steve Jobs by Walter Isaacson.  Muhasabah diri juga dilakukan sekerap mungkin kerana saya sedar siapa diri saya yang tidak seberapa.

Nampaknya subjek-subjek yang kedengaran mantap dan syok seperti Writing for the mass media, Interpersonal Communication dan Sosiology bakal menghapuskan kebosanan di dalam kelas. Saya sangat teruja untuk menelaah segala disiplin dan perihal ilmu terbabit. Pastinya saya kencang menampar bola tampar setiap Khamis petang sebagai pengisian kelas koko.

Ada banyak buku yang saya nak pinjam di library. Unlimited Power, Men Are From Mars Women Are From Venus, How to Win Friends and Influence People dan lain-lain. Ntah mengapa nafsu membaca saya semakin menjadi-jadi sekarang. Saya akan jadi sangap kalau tak dapat baca buku. LOL.

Harapan saya untuk semester baru adalah simbiosis harmoni antara saya bersama rakan-rakan samada sekelas, sebilik, sekelab, sefakulti, seuniversiti. Penjanaan sinergi menjadi prioriti. Mohon dijauhkan daripada impak kejahatan golongan pendengki apabila mereka melakukan dengki. Semester pertama dapat 3.92, maka semester kedua haruslah dikekalkan momentumnya. Ke arah 4.0.

Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, melainkan orang yang berpesan-pesan kepada kebenaran, dan kesabaran. Setiap kesulitan disusuli kemudahan. Ditegaskan, setiap kesulitan disusuli kemudahan.


Mari kita memantap.




Sunday, June 2, 2013

Puasa Internet


Ya, internet memang adalah revolusi yang membawa manfaat yang maha besar kepada kehidupan seharian. Kita boleh mendapatkan berita dan liputan media yang lebih bebas, mencapub di social network seperti Facebook dan Twitter lantas bermetamorfosis menjadi Famous for being Famous, upload gambar terkini melalui Instagram dan Tumblr, mencari apa-apa yang mahu dicari di Google dan Yahoo!, menonton video di Youtube dan mendownload video di 4shared  mahupun dengan aplikasi torrent, menulis di Blogger dan pelbagai lagi perkara menarik yang boleh dilakukan dengan internet termasuk melayari laman web yang ada tiga kali huruf x itu.

Apa yang ditawarkan oleh internet yang datang dengan pakej padat lagi tumpat ini menyebabkan kadang-kadang kita terperangkap dalam kekeliruan.  Kita terbuta sebentar sewaktu menikmati kesedapan dalam melayari internet lantas tidak boleh melihat bahawa internet hanyalah Pleasure yang mana jika dilayan secara berlebih-lebih;  akan memudaratkan. Namun, seperti mana dadah, rokok, porno dan kopi; kita ketagih.

Apa lah sangat secuit populariti yang diraih daripada aktiviti mencapub kita di Facebook. Adakah populariti itu akan membantu dalam mengembangkan aset yang kita miliki dan mengatur perjalanan hala tuju hidup?

Puasa internet adalah perlu sebagai satu proses pendindingan daripada anasir negatif yang giat berterbangan persis virus nakal. Internet sebagai langkah escapism hanyalah tempat pengumpulan golongan reaktif yang sedang dirundung masalah dan krisis self-management yang meruncing. Negativiti yang terkumpul menjadikan fenomena yang boleh dilihat di Facebook dan social network sekarang.

Puasa internet juga adalah perlu supaya kita dapat fokus untuk mencorakkan hala tuju hidup yang kita mahukan. Jika kita terus menumpukan masa kita kepada Facebook dan internet yang secara majoritinya bersifat Pleasure, maka kita tidak boleh memantap 4 elemen penyokong hala tuju kehidupan - security, guidance, wisdom dan power.

Internet sekarang menjadi asas yang baik kepada orang yang gila; gila populariti, gila seks, gila jiwa, gila kuasa, gila material.


Ya, internet adalah penyumbang kepada manfaat besar, namun hanya yang proaktif yang beroleh kebaikan daripadanya. Bagi yang reaktif, hanya menjadi perebak virus yang melemaukan. Sesungguhnya, puasa internet adalah perlu.

P/s - Puasa Ramadhan dah nak dekat. Sape2 yang belum buat puasa ganti tu, cepat-cepatlah buat ye. :P