Sunday, June 2, 2013

Puasa Internet


Ya, internet memang adalah revolusi yang membawa manfaat yang maha besar kepada kehidupan seharian. Kita boleh mendapatkan berita dan liputan media yang lebih bebas, mencapub di social network seperti Facebook dan Twitter lantas bermetamorfosis menjadi Famous for being Famous, upload gambar terkini melalui Instagram dan Tumblr, mencari apa-apa yang mahu dicari di Google dan Yahoo!, menonton video di Youtube dan mendownload video di 4shared  mahupun dengan aplikasi torrent, menulis di Blogger dan pelbagai lagi perkara menarik yang boleh dilakukan dengan internet termasuk melayari laman web yang ada tiga kali huruf x itu.

Apa yang ditawarkan oleh internet yang datang dengan pakej padat lagi tumpat ini menyebabkan kadang-kadang kita terperangkap dalam kekeliruan.  Kita terbuta sebentar sewaktu menikmati kesedapan dalam melayari internet lantas tidak boleh melihat bahawa internet hanyalah Pleasure yang mana jika dilayan secara berlebih-lebih;  akan memudaratkan. Namun, seperti mana dadah, rokok, porno dan kopi; kita ketagih.

Apa lah sangat secuit populariti yang diraih daripada aktiviti mencapub kita di Facebook. Adakah populariti itu akan membantu dalam mengembangkan aset yang kita miliki dan mengatur perjalanan hala tuju hidup?

Puasa internet adalah perlu sebagai satu proses pendindingan daripada anasir negatif yang giat berterbangan persis virus nakal. Internet sebagai langkah escapism hanyalah tempat pengumpulan golongan reaktif yang sedang dirundung masalah dan krisis self-management yang meruncing. Negativiti yang terkumpul menjadikan fenomena yang boleh dilihat di Facebook dan social network sekarang.

Puasa internet juga adalah perlu supaya kita dapat fokus untuk mencorakkan hala tuju hidup yang kita mahukan. Jika kita terus menumpukan masa kita kepada Facebook dan internet yang secara majoritinya bersifat Pleasure, maka kita tidak boleh memantap 4 elemen penyokong hala tuju kehidupan - security, guidance, wisdom dan power.

Internet sekarang menjadi asas yang baik kepada orang yang gila; gila populariti, gila seks, gila jiwa, gila kuasa, gila material.


Ya, internet adalah penyumbang kepada manfaat besar, namun hanya yang proaktif yang beroleh kebaikan daripadanya. Bagi yang reaktif, hanya menjadi perebak virus yang melemaukan. Sesungguhnya, puasa internet adalah perlu.

P/s - Puasa Ramadhan dah nak dekat. Sape2 yang belum buat puasa ganti tu, cepat-cepatlah buat ye. :P 







No comments:

Post a Comment