Tuesday, June 11, 2013

The Beginning of Sem II


Cuti pun berlabuh mendaratkan kita di permulaan semester baru yang pastinya terisi dengan pelbagai momen untuk dinikmati. Walaupun agak bosan sepanjang cuti 2 bulan kali ini kerana tidak berkerja dan hanya ‘menanam anggur’ di halaman rumah, apa yang penting saya telah habiskan buku The 7 Habits of Highly Effective People dan dalam proses untuk mengkhatamkan Steve Jobs by Walter Isaacson.  Muhasabah diri juga dilakukan sekerap mungkin kerana saya sedar siapa diri saya yang tidak seberapa.

Nampaknya subjek-subjek yang kedengaran mantap dan syok seperti Writing for the mass media, Interpersonal Communication dan Sosiology bakal menghapuskan kebosanan di dalam kelas. Saya sangat teruja untuk menelaah segala disiplin dan perihal ilmu terbabit. Pastinya saya kencang menampar bola tampar setiap Khamis petang sebagai pengisian kelas koko.

Ada banyak buku yang saya nak pinjam di library. Unlimited Power, Men Are From Mars Women Are From Venus, How to Win Friends and Influence People dan lain-lain. Ntah mengapa nafsu membaca saya semakin menjadi-jadi sekarang. Saya akan jadi sangap kalau tak dapat baca buku. LOL.

Harapan saya untuk semester baru adalah simbiosis harmoni antara saya bersama rakan-rakan samada sekelas, sebilik, sekelab, sefakulti, seuniversiti. Penjanaan sinergi menjadi prioriti. Mohon dijauhkan daripada impak kejahatan golongan pendengki apabila mereka melakukan dengki. Semester pertama dapat 3.92, maka semester kedua haruslah dikekalkan momentumnya. Ke arah 4.0.

Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, melainkan orang yang berpesan-pesan kepada kebenaran, dan kesabaran. Setiap kesulitan disusuli kemudahan. Ditegaskan, setiap kesulitan disusuli kemudahan.


Mari kita memantap.




No comments:

Post a Comment