Saturday, July 27, 2013

Filmography James Franco 2013


Tahun 2013 sememangnya adalah tahun untuk James Franco. Beliau mencapub dengan penuh bergaya, malah dengan kualiti dan sensasi.

2013 menyaksikan James Franco membintangi beberapa filem besar yang sukses di box office – Oz The Great and Powerful, Spring Breakers dan This Is The End. Oz berjaya mengumpul kutipan seluruh dunia US$490 juta, Spring Breakers sebanyak US$31 juta dan This Is The End sebanyak US$100 juta. 

Review 2013 daripada profesional juga baik kepada James Franco. This Is The End mendapat 85% approval rating di Rotten Tomatoes, diikuti oleh Spring Breakers sebanyak 66% dan Oz sebanyak 59%.






James Franco terus menyinar dengan terang dalam 2013 apabila dilantik menjadi pensyarah di 2 universiti - University of Southern California dan University of California untuk bidang 'short film production' dan 'screenwriting'. James juga sedang dalam penilaian untuk diterima sebagai calon PhD di Yale University.

Adakah aktiviti mencapub beliau pada tahun ini boleh menjayakan kemenangan di majlis anugerah-anugerah utama filem Hollywood seperti Oscars dan Golden Globes? Syiman doakan.

Apa-apa pun, yang sebenarnya, Franco adalah nama yang cukup mencapub pada tahun 2013. Bukan sahaja James, malah Dave Franco; adik kepada James, semakin mencapub sejak dua menjak ini.

Dave Franco berlakon dalam Warm Bodies, Now You See Me.





Saya doakan kejayaan kepada kedua-dua adik beradik Franco. Kemeriahan Hollywood semakin mantap dengan kehadiran mereka. 




Tuesday, July 23, 2013

Separuh Ramadhan


Eh, tup tup dah separuh bulan kan kita berpuasa? Begitulah masa. Jika digunakan dengan aktiviti berfaedah, maka masa dirasakan berlalu begitu cepat.

Juga, sepatutnya dengan pelbagai aktiviti seperti sesi iftar bersama-sama, bertarawikh, berMore, bersahur, dan juga mendengar ceramah agama; pengembangan spiritual harus seiring ke arah yang lebih baik.

Ramadhan adalah bulan yang memberi peluang dan ruang yang cukup luas untuk kita melakukan muhasabah diri dengan tenang. Adakah sebelum ini kita tergolong dalam golongan yang banyak membuang masa? Golongan yang suka melancarkan projek hasad dengki? Penfitnah, pengumpat, penipu? Pengacau keamanan orang lain? Pemalas?

Walau apapun input yang kita masukkan sewaktu bermuhasabah, semoga output nya adalah positif.


Marilah kita mula belajar untuk saling menghormati dan memahami antara satu sama lain kerana sesungguhnya keharmonian yang terhasil adalah antara sumber kekuatan ummah untuk terus perkasa. 





Monday, July 22, 2013

Outing KL


Perjalanan saya ke Kampung Baru adalah dengan niat untuk mendapatkan hiburan yang banyak sebelum berhadapan dengan pertengahan semester yang padat dengan Midterm Test dan kertas kerja. Maka bertolaklah Miraa Mia, Amer Ash dan Syiman Syareman ke Kampung Baru pada 5 Julai.

Malam itu, saya Mamma Mia (mak kepada Mia) buatkan kami kek chocolate yang sangat sedap. Sambil hirup coffee, supper yang kami nikmati sangat syok.

Pagi mula menyinsing lalu kami pun mula merancang untuk melakukan pelbagai aktiviti. Merah Rizal bersetuju untuk turut serta lantas datang daripada Klang untuk mengambil kami dengan Proton Waja beliau.
Aktiviti pertama yang kami lakukan adalah semestinya berkarok di RedBox Sogo. Kami pun melalak sampai rasa penat. Merah mcm biasa lah; mesti akan nyanyi Justin Bieber dan Bruno Mars, Mia pulak dengan Paramore dan Ash dengan Michael Buble. Lagu Melayu pun kami nyanyi. Air kat situ boleh refill, jadi saya pun meneguk banyak air termasuklah Ice Lemon Tea, campuran F&N Blackcurrant dgn Sprite, dan coffee. Banyak kali jugaklah saya ke bilik air. (Di Red Box Sogo nie, saya terjumpa dengan Fazirul, kawan lama yang dah lama tak jumpa).

Mia, Ash, Merah dan saya sebenarnya mengidam meatBalls. Daripada dalam Waja lagi kami meriah bercakap tentang kelazatan meatballs. Kami pun tanpa membuang masa terus menuju ke IKEA di Damansara untuk mendapatkan hidangan Swedish Meatballs yang sangat sedap. Mia dan saya makan 15 meatballs, Ash makan 5 dan Merah pulak makan 20. Sebagai extra, Mia ambik Pudding dan Chocolate Cake, Merah pulak ambik Chicken Wing. (Saya terserempak dengan sorang skandal sewaktu makan). Selepas puas menyantap meatBalls, kami pun mula menikmati panorama susun atur perabot di IKEA sambil berangan-angan tentang dekorasi rumah masing-masing nanti.

Saya rasa mcm nak makan Lecka-Lecka sebab nak merasa gelato di situ. Saya pun ajak Ash, Mia dan Merah untuk bangunan jiran IKEA, iaitu The Curve untuk mendapatkan gelato Lecka-Lecka. Nyum nyum kami pun menjilat-jilat gelato sampai habis.

Selepas itu kami pergi pulak ke kawasan Bukit Bintang. Kami masuk Times Square dan Low Yat untuk melihat apa-apa yang ada.

H&M di Lot 10 jadi tempat persinggahan sekejap sebab saya nak mengusha apa yang mantap di situ. Selepas melihat koleksi dan kualiti yang ada pada H&M, saya rasa H&M kini dah jadi jenama pakaian kedua yang paling saya suka selepas Topman. Sorry Zara, Pull@Bear dan Philosophy Men. Merah beli Topi warna burgundy sebab dia nak sesuaikan dengan warna seluar burgundy yang Mia pakai.

Malam semakin tua lalu kami ambil keputusan untuk tengok midnite movie – Despicable Me 2 pada pukul 12.20am. Kami lepak dulu di McD untuk mengisi waktu terluang sebelum waktu tayangan. Taro Pie dan Sweet Oishi Sundae, produk terbaru McD memang menyelerakan. Nyum Nyum kami menyantap McD sambil menonton kelawar-kelawar malam yang tak nak tdo dan WWE di TV.

Despicable Me 2 sangat menghiburkan terutamanya kerenah minions yang pelbagai ragam.

Kami balik ke rumah dengan kegembiraan sambil bersedia untuk menempuh permulaan Ramadhan. 

Itulah pengalaman saya berhadapan dengan hari sebelum Ramadhan pertama. Best kan? Yup, memang best.







Saturday, July 20, 2013

Saya adalah Pendiam dan Pemalu


Mengapa perlu menjadi isu jika saya selalu diam?

Diam bukan membawa maksud saya tidak suka bergaul. Diam juga bukan membawa makna bahawa saya ini seorang yang sombong.

Ironinya, diam memang adalah personaliti saya sejak zaman berzaman. Ingin diingatkan saya adalah seorang yang pemalu dengan orang yang saya tidak biasa. Dengan orang yang telah saya biasa dan mereka pun biasa dengan saya, maka terkeluarlah pancuran warna sebenar saya.

Sejak dua menjak ini, disebabkan personaliti saya yang pendiam dan pemalu dengan orang yang saya tak biasa; ramai yang menjadikannya sebagai satu isu. Lantas mereka menuduh saya sebagai seorang yang tidak bergaul.

Kepada mereka, saya jawab begini. Apa yang saya pegang adalah Individualism. Saya percaya pada Interdependence tapi dalam masa yang sama prioriti saya letakkan lebih pada Independence.  Saya sukakan leadership yang bukan Authoritarian sebaliknya Democratic ataupun sekurang-kurangnya memimpin secara Laissez-faire.

Saya tidak kacau anda maka saya harapkan benda yang sama daripada anda, iaitu anda tidak kacau saya. Jika anda kacau saya, maka siap sedialah dengan kekacauan daripada pihak saya pulak.

Mungkin saya nampak baik dan lemah akibat kesenyapan saya, namun jangan sesekali pandang rendah dengan kekacauan yang bakal saya timbulkan.






Individualism:
People are responsible for their own success and failure. Individual ability and hard work are the key to success. Those who do not succeed have only themselves to blame because of their lack of ability, laziness, immorality, or other character defects.

Authoritarian leaders:
Make all major group decisions and assign tasks to members.

Democratic leaders:
Encourage group discussion and decision making through consensus building.


Laissez-faier leaders:
Only minimally involved in decision making and who encourage group members to make their own decisions.

Sunday, July 7, 2013

Ramadhan 2013


Marilah kita mengalu-alukan kedatangan Ramadhan dengan kesyukuran kerana apa yang ditawarkannya adalah peluang dan ruang untuk menambah pahala berganda-ganda.

Dalam masa beberapa hari sahaja lagi, kita akan masuk ke malam pertama yang mana kita mula bertarawikh, bersahur dan berbuka sebagai ritual berhikmah warisan Nabi Muhammad s.a.w. Malam-malam berikutnya menjadi medan yang menguji konsistensi pengamalan kebaikan kita lantas bermuhasabah lah kita dalam menilai di tahap mana sabar dan ikhlas.

Bagi yang mendambakan diet sebagai cara untuk menguruskan badan, Ramadhan adalah penyokong anda. Bagi yang ingin berhenti merokok, Ramadhan adalah pembantu anda. Bagi yang mahu mengawal tabiat menonton porno dan kegiatan susulan selepas itu, Ramadhan adalah pengurus anda. Bagi yang suka mengumpat dan menerbitkan fitnah, Ramadhan adalah pengekang anda.

Di saat kita menyuapkan makanan ke dalam mulut sewaktu berbuka, marilah kita beringat-ingat bahawa terdapat ramai dalam kalangan manusia yang kebuluran; mengharapkan kepada kehidupan yang lebih baik daripada kesusahan maha besar yang dialami mereka.


Dengan menginsafi, integriti terus dibaiki supaya kita semua menjadi insan yang gembira di dunia dan di akhirat.