Sunday, July 7, 2013

Ramadhan 2013


Marilah kita mengalu-alukan kedatangan Ramadhan dengan kesyukuran kerana apa yang ditawarkannya adalah peluang dan ruang untuk menambah pahala berganda-ganda.

Dalam masa beberapa hari sahaja lagi, kita akan masuk ke malam pertama yang mana kita mula bertarawikh, bersahur dan berbuka sebagai ritual berhikmah warisan Nabi Muhammad s.a.w. Malam-malam berikutnya menjadi medan yang menguji konsistensi pengamalan kebaikan kita lantas bermuhasabah lah kita dalam menilai di tahap mana sabar dan ikhlas.

Bagi yang mendambakan diet sebagai cara untuk menguruskan badan, Ramadhan adalah penyokong anda. Bagi yang ingin berhenti merokok, Ramadhan adalah pembantu anda. Bagi yang mahu mengawal tabiat menonton porno dan kegiatan susulan selepas itu, Ramadhan adalah pengurus anda. Bagi yang suka mengumpat dan menerbitkan fitnah, Ramadhan adalah pengekang anda.

Di saat kita menyuapkan makanan ke dalam mulut sewaktu berbuka, marilah kita beringat-ingat bahawa terdapat ramai dalam kalangan manusia yang kebuluran; mengharapkan kepada kehidupan yang lebih baik daripada kesusahan maha besar yang dialami mereka.


Dengan menginsafi, integriti terus dibaiki supaya kita semua menjadi insan yang gembira di dunia dan di akhirat. 




No comments:

Post a Comment