Saturday, August 17, 2013

Syiman Syareman's Most Handsome Guy 2013


Most Gorgeous Girl telah pun diketahui. Bagi sesiapa yang terlepas sila ke link ini: Most Gorgeous Girl 2013. Adalah tidak adil dan mungkin juga akan beranggapan Syiman melakukan sex discrimination apabila tidak menyenaraikan juga senarai untuk Most Handsome Guy. Makanya, ambiklah, saya senaraikan semua yang paling mantap untuk tahun 2013.

10. Leonardo DiCaprio

Saya adalah antara yang paling gembira apabila Abang Leo berlakon di bawah arahan Quentin Tarantino dalam Django Unchained. Abang Leo pula pada 2013 terus maju melalui The Great Gastby yang kini merupakan antara 10 filem terlaku untuk tahun ini. Kronologi filmography Abang Leo adalah impresif dan saya harap akan berterusan secara konsisten.




9. Marlon Teixeira

Sememangnya beliau adalah ‘It-Boy’ paling seksi abad ini memandangkan beliau begitu berani dalam sesi fotografi berahi lalu berapi-api lah beliau dalam dambaan peminat yang sentiasa mengikuti perjalanan karier model daripada Brazil ini. Made in Brazil, beliau terus mencanak untuk menonjolkan apa yang beliau nak tonjolkan dalam fotografi yang lebih mantap, termasuklah pubic hair yang tidak terlalu lebat dan telah ditrim.





8. Alex Pettyfer

Rentetannya begini : I Am Number Four, Magic Mike dan dengar khabarnya akan menjadi teraju untuk filem 50 Shades of Grey. Walaupun kredibiliti lakonan Alex masih belum diiktiraf dan berada di tahap suam-suam, namun daripada segi reputasi sebagai simbols seks dan lolipop mahupun sosej ataupun pisang, Alex Pettyfer sangat mendidih dalam kelas yang tersendiri.



7. Daniel Radcliffe

Bijak dalam membuat percaturan sewaktu memilih watak, Daniel Radcliffe adalah satu janji yang baik bagi sinar yang lebih gemilang untuk industri filem. Tidak lagi dibelenggu oleh sihir Hogwart School setelah berjaya membunuh Voldemort yang sangat jahat itu, prestasi Daniel dalam filem-filem coming soon beliau sangat mengujakan.



6. Aeril Zafrel

Bermula dgn pic-pic shirtless di Myspace dan juga dalam filem awal beliau yang hanya bertuala, kini Aeril Zafrel berjaya menempatkan nama sebagai antara aktor Malaysia termantap walaupun ada sedikit kontroversi yang menyelubungi.





5. Izzue Islam

Apa yang saya tengok, Izzue berlakon secara tidak natural dan seperti dibuat-buat namun itu semua tidaklah menjejaskan peluang beliau untuk terus mencuba kerana memiliki raut wajah yang agak kacak untuk dilihat oleh mata. Girls, kalau anda berasa nak cuci mata, tengoklah Izzue Islam ye.



4. Justin Bieber

Melihat kepada transformasi dan gaya Justin Bieber yang semakin stylo dengan pemakaian singlet kulit dan sebagainya yang kelihatan lebih maskulin daripada biasa, saya terpaksa akur lantas menyelitkan JB dalam senarai Most Handsome tahun ini. Sikap dan cara pembawakan yang lebih jantan juga telah mendapat liputan yang sewajarnya di media mengesahkan lagi Justin semakin matang namun masih kecil untuk dikatakan besar.



3. Johnny Torque

Saya rasa saya tak perlu komen banyak2 kot tentang Abang Johnny nie. Apa yang penting, beliau berada dalam carta untuk tahun 2013. Tahniah, Abang Johnny.



2. Bruno Mars

Semuanya seperti coklat apabila Bruno Mars muncul dengan album terbaru, Unorthodox Jukebox. Terus sedap seperti album pertama, siapa yang tak layan Locked Out of Heaven dan When I Was Your Man. Single terbaru pun sangat sedap, Treasure.




1. Rafael Nadal


Pemain tenis daripada Sepanyol yang terpaksa berehat seketika kerana kecederaan akibat bermain dengan terlalu keras kini bangkit semula dengan menjuarai Terbuka Perancis lalu mencipta rekod terbaru sebagai juara di situ sebanyak 8 kali. Mengalahkan Novak Djokovic di semi final, nampaknya kebangkitan Rafael Nadal akan terus kekal ereksi untuk kembali menjadi pemain #1 dunia. 






Thursday, August 8, 2013

Aidil Fitri 2013


Saya dengan kesempatan yang ada ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri Maaf Zahir Botin kepada seluruh pembaca The Diary of Syiman Syareman. 

Sesungguhnya, 1 Syawal adalah simbol kepada kemaafan; yang diminta dan diberi. Hari ini adalah peransang kepada nilai moral - merendah diri dengan meminta maaf dan menjadi seorang yang pemaaf. Jika dua nilai moral ini kita ambil pada 1 Syawal, maka harmonilah komuniti Muslim yang menyambut Hari Raya.

Ketupat, nasi impit dengan kuah kacang, rendang, kuih-muih, rendang ayam dan pelbagai lagi juadah enak pun kita kena ambil jugak sebagai santapan yang memangkin kemesraan dan kemeriahan sesama kita. Semestinya seiring dengan arus penciptaan teknologi, inovasi dalam juadah pada Hari Raya juga sangat unik dan berlainan saban tahun. Justeru, rasa-rasa lah sebanyak mungkin juadah yang ada sewaktu berkunjung ke sebanyak mungkin teman yang diziarah.


Saya tahu sepanjang musim yang lepas, saya tak terlepas daripada melakukan kesilapan dan kelakuan yang mana ada yang menyinggung perasaan mana2 pihak yang berkaitan. Dengan penuh kemesraan saya hulurkan salam maaf - dengan harapan simbiosis perhubungan antara kita menjadi matang dan mantap lalu terus membawa manfaat untuk kebaikan di dunia dan di akhirat.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Botin.

Syiman Syareman









Sunday, August 4, 2013

Syiman's Review - The Conjuring



Selepas Pacific Rim yang baru je Syiman tonton beberapa minggu lepas, sekali lagi momen di pawagam tidak mengecewakan kerana The Conjuring adalah antara filem seram terbaik yang pernah saya tonton.

Antara yang menjadi faktor kepada kebaikan yang ada pada The Conjuring adalah melalui sentuhan pengarah Malaysian Chinese kelahiran Kuching; iaitu James Wan. Reputasi James Wan sememangnya baik sejak daripada zaman Saw yang mana beliau adalah pengarah perintis kepada koleksi filem Saw. Filem Insidious, kini akan diteruskan dengan sequel yang bakal menjengah wayang tahun ini. Sbg Malaysian, saya bangga dengan James Wan.

The Conjuring adalah filem seram yang cantik. Menonton filem nie, saya teringatkan beberapa elemen dalam Evil Dead, Mama, Paranormal Activity, Insidious dan The Exorcist. Lakonan digayakan dengan keanggunan, dan seram dipaparkan dengan kejutan bijak.

I just love The Conjuring. Good job, James Wan. I like you.

Cinematography – A
Plot citer – A-
Lakonan – A
Pengarahan – A