Sunday, August 4, 2013

Syiman's Review - The Conjuring



Selepas Pacific Rim yang baru je Syiman tonton beberapa minggu lepas, sekali lagi momen di pawagam tidak mengecewakan kerana The Conjuring adalah antara filem seram terbaik yang pernah saya tonton.

Antara yang menjadi faktor kepada kebaikan yang ada pada The Conjuring adalah melalui sentuhan pengarah Malaysian Chinese kelahiran Kuching; iaitu James Wan. Reputasi James Wan sememangnya baik sejak daripada zaman Saw yang mana beliau adalah pengarah perintis kepada koleksi filem Saw. Filem Insidious, kini akan diteruskan dengan sequel yang bakal menjengah wayang tahun ini. Sbg Malaysian, saya bangga dengan James Wan.

The Conjuring adalah filem seram yang cantik. Menonton filem nie, saya teringatkan beberapa elemen dalam Evil Dead, Mama, Paranormal Activity, Insidious dan The Exorcist. Lakonan digayakan dengan keanggunan, dan seram dipaparkan dengan kejutan bijak.

I just love The Conjuring. Good job, James Wan. I like you.

Cinematography – A
Plot citer – A-
Lakonan – A
Pengarahan – A





No comments:

Post a Comment