Monday, September 30, 2013

Lelaki di Universiti


Ukuran kejantanan lelaki adalah subjektif. Ada yang berkata lelaki itu jantan apabila dia selalu menuturkan kata-kata kesat a.k.a mencarut sepanjang masa dalam perbualan. Ada yang kata lelaki itu jantan apabila memiliki susuk badan six-pax; menonjolkan otot-otot yang berurat. Ada yang cakap lelaki itu jantan apabila mampu menjadi player dan heartbreaker. Walau apapun pandangan mereka ini, sesungguhnya kualiti lelaki di Universiti Awam (IPTA) semakin membimbangkan.

 Kita tak dapat nafi lagi malah sangat jelas bahawa panorama di mana-mana IPTA Malaysia menunjukkan bahawa lelaki semakin pupus. Kuantiti yang sedikit ini disedihkan lagi dengan kualiti lelaki yang semakin menyusut. Biar saya klasifikasikan penyusutan kualiti ini: Tidak fokus pada akademik sebaliknya menumpukan pada aktiviti yang konon-kononnya ‘jantan’.

Jika dilihat pada majlis anugerah dekan yang mana mengiktiraf siswa yang mendapat GPA 3.5 ke atas, kuantiti lelaki sangat sedikit. Akibat terlalu sangat lantas obses nak jaga ego kejantanan mereka, lelaki di universiti terlupa bahawa tujuan utama mereka datang menuntut di universiti adalah untuk belajar dengan cemerlang demi masa depan dalam alam perkerjaan yang cerah. Sebaliknya, apa yang dikerjakan oleh para jantan ini adalah bagaimana mereka nak jadi lebih jantan berbanding jantan-jantan lain.

Persoalan siapa lebih jantan sepatutnya dikuburkan kerana dah memang sah lelaki itu adalah lelaki, jantan itu jantan. Untuk apa kita fikir tentang ‘siapa yang lebih jantan’? Jika jawapannya adalah status, pengaruh dan populariti, maka kelompok lelaki sebegini telah terperangkap dalam ilusi di universiti yang membutakan daripada versi realiti.

Kehidupan di universiti adalah medan persediaan sebelum masuk kepada fasa kehidupan yang lebih penting iaitu kehidupan berkerja. Pada kehidupan berkerja ini lah soal status, pengaruh dan populariti perlu bangkit. Medan persediaan di universiti perlu diisi dengan jalinan fokus pada akademik kerana dengan tahap akademik lah penggerak industri berminat untuk mengambil anda berkerja dengan mereka.


Jika di universiti lelaki terus main-main dan banyak meluangkan masa dengan aktiviti yang tak sepatutnya sebagai siswa berkualiti, maka dikhuatiri lelaki ini tidak akan sukses di fasa kehidupan seterusnya. Jadilah jantan yang paling jantan di universiti, jadilah gangster, langsi, pengacau, pembuli, pencarut, pemaki dan penjolok sekalipun, namun jangan menyesal apabila pasca graduasi anda tidak lagi relevan dan signifikan. 











Friday, September 20, 2013

Miley, Berpada-padalah dlm Melucah


Siapa sangka Miley Cyrus yang baru lepas putus tunang dengan Liam Hemsworth dan mengeluarkan album Can't Be Tamed yang kurang laku, kini bangkit hingga ke #1 di Billboard Hot 100 melalui single terbaru, Wrecking Ball. 

Miley menolak ke tepi Katy Perry yang kini #2 melalui Roar. Applause - Lady Gaga kini di #7 dan Summertimes Sadness - Lana Del Rey di #10. 

Bibit penerimaan peminat kepada kelucahan dan keseksian Miley nampaknya semakin terserlah. Tidak cukup dengan melucah bersama Robin Thicke di atas pentas VMA 2013, Miley melucah sekali lagi melalui video klip Wrecking Ball di Youtube. Beliau berbogel di atas bola besi besar yang sedang berhayun-hayun. Owh ya, tidak dilupakan, aksi Miley yang menjilat tukul besi sebagai metafora kepada BJ.





Miley memang memiliki suara yang sedap, malah dianggap antara bintang kelahiran Disney yang paling berjaya; tetapi sikap beliau sekarang yang tidak tahu malu dan melucah secara keterlaluan hanyalah publisiti murahan yang hanya memberikan pulangan sementara. 



Secara positif, mesej Miley memang jelas iaitu 'Just Be Yourself' namun ini adalah melampau. Miley, kini kami tahu yang anda sudah dewasa dan mahu jadi seksi. Justeru, cukup-cukuplah. Teruslah jadi penyanyi, dan jangan jadi pornstar. 

Tuesday, September 17, 2013

Kesihatan Mental Roomate Saya


Yeah, tajuk telah menerangkan apa yang saya ingin perkatakan. Saya berpendapat roomate saya adalah dalam kategori memiliki mental yang tidak sihat berdasarkan perlakuan yang dilakukan oleh beliau sepanjang kami berkongsi bilik.

Nama beliau adalah Zaquan. Saya panggil dia Wan. Kawan-kawan panggil dia Z.

Terdapat beberapa perlakuan Wan yang menyebabkan saya melakukan sedikit analisis untuk memahami beliau. Hasil daripada analisis ini lah yang menyebabkan saya buat satu hipotesis yang menyatakan bahawa kesihatan mental Wan adalah tidak stabil.

Wan sangat suka membuat perkara yang menjejaskan ketenteraman saya. Beliau tahu yang saya tak suka benda yang dia buat tapi dia tetap nak buat jugak. Contohnya, Wan suka pasang music dan movies kuat-kuat, dan bawak kawan beliau dengan hasrat dan gaya konon-kononnya nak siapkan assignment tapi tak siap-siap jugak sebab asyik dok bersembang.

Satu lagi perkara yang saya tak selesa adalah apabila saya bercakap dengan Wan. 
Pandangan mata Wan sewaktu saya bercakap dengan beliau adalah seperti pandangan yang tidak puas hati. Kadang-kadang seperti pandangan kosong tanpa apa-apa emosi. Reaksi beliau diberikan dalam keadaan serba malas. Inilah sebabnya saya tak suka bercakap dengan Wan. Ini juga sebab saya tak suka tengok Wan; eye to eye.

Wan juga kelihatan seperti tiada arah tuju hidup. Saya tak pernah tengok Wan study di bilik sebaliknya menghabiskan masa beliau ke arah perkara-perkara lagho yang mengganggu keamanan saya. Saya tau yang hati dan batin Wan tidak tenang. Sebab itu lah beliau perlukan music yang kuat untuk melekakan beliau daripada memikirkan batin beliau yang tidak tenang itu. 

Perlu diingat Wan, masalah tidak akan selesai kalau diri asyik nak mengelak dan melarikan diri. Makin kita melarikan diri, makin masalah itu akan mengejar. Makanya, kuatkan semangat, hadapi masalah itu. Baca buku dan buat ulangkaji pelajaran supaya mental diisi dengan ilmu dan perkara bermanfaat.

Apabila saya katakan kesihatan mental Wan tidak stabil bukan lah membawa maksud saya katakan beliau gila. Apa yang saya cadangkan adalah Wan telah mengalami gangguan emosi dan batin hingga terzahirnya beberapa kelakuan yang boleh dianggap bobrok.


Semoga Zaquan atau Wan atau Z ini  kembali kepada keadaan yang mana mental dan semangat batiniah nya kembali sihat dan stabil. Amin. 





Saturday, September 14, 2013

Syiman's Review - Who Moved My Cheese?


Mengapa kita perlu takut pada perubahan sedangkan ia adalah satu proses untuk mematangkan kita menjadi lebih baik? Perubahan adalah satu benda yang perlu dijangka dari masa ke masa supaya kita tidak lah terlalu terkejut apabila perubahan mula menjelma.

Inilah intipati utama buku Who Moved My Cheese karangan Dr Spencer Johnson; yang secara kreatif mengisahkan 4 watak utama yang sangat sukakan cheese namun pada suatu hari cheese itu hilang daripada stok simpanan mereka. Reaksi daripada setiap daripada mereka adalah pelbagai terhadap perubahan yang berlaku.

Ada yang terus berubah dengan perkembangan semasa tanpa mempertikai mengapa perubahan itu berlaku. Maka golongan ini lebih cepat menemui cheese baru yang lebih banyak dan sedap.

Ada juga yang tidak mahu berubah dan terus memikir dan mahu menganalisis mengapa perubahan itu berlaku. Golongan ini terus berada dalam sindrom penafian akibat tidak mahu menerima hakikat bahawa perubahan telah mengambil tempat. Makanya, keadaan terus kekal sama tanpa apa-apa anjakan ke arah yang lebih baik.

Sesungguhnya, perubahan sentiasa berlaku dan perlu dijangka secara konsisten. Kita tidak boleh berasa selesa dengan apa yang ada kerana tiada satu benda pun yang kekal selamanya melainkan Dia. Dengan mengjangka perubahan lantas bersedia menghadapinya, maka kita tidak akan terkejut dengan perubahan sebaliknya bergerak secara positif dengan perubahan.


Kita pun terus kekal relevan sampai ke akhirnya.