Tuesday, September 17, 2013

Kesihatan Mental Roomate Saya


Yeah, tajuk telah menerangkan apa yang saya ingin perkatakan. Saya berpendapat roomate saya adalah dalam kategori memiliki mental yang tidak sihat berdasarkan perlakuan yang dilakukan oleh beliau sepanjang kami berkongsi bilik.

Nama beliau adalah Zaquan. Saya panggil dia Wan. Kawan-kawan panggil dia Z.

Terdapat beberapa perlakuan Wan yang menyebabkan saya melakukan sedikit analisis untuk memahami beliau. Hasil daripada analisis ini lah yang menyebabkan saya buat satu hipotesis yang menyatakan bahawa kesihatan mental Wan adalah tidak stabil.

Wan sangat suka membuat perkara yang menjejaskan ketenteraman saya. Beliau tahu yang saya tak suka benda yang dia buat tapi dia tetap nak buat jugak. Contohnya, Wan suka pasang music dan movies kuat-kuat, dan bawak kawan beliau dengan hasrat dan gaya konon-kononnya nak siapkan assignment tapi tak siap-siap jugak sebab asyik dok bersembang.

Satu lagi perkara yang saya tak selesa adalah apabila saya bercakap dengan Wan. 
Pandangan mata Wan sewaktu saya bercakap dengan beliau adalah seperti pandangan yang tidak puas hati. Kadang-kadang seperti pandangan kosong tanpa apa-apa emosi. Reaksi beliau diberikan dalam keadaan serba malas. Inilah sebabnya saya tak suka bercakap dengan Wan. Ini juga sebab saya tak suka tengok Wan; eye to eye.

Wan juga kelihatan seperti tiada arah tuju hidup. Saya tak pernah tengok Wan study di bilik sebaliknya menghabiskan masa beliau ke arah perkara-perkara lagho yang mengganggu keamanan saya. Saya tau yang hati dan batin Wan tidak tenang. Sebab itu lah beliau perlukan music yang kuat untuk melekakan beliau daripada memikirkan batin beliau yang tidak tenang itu. 

Perlu diingat Wan, masalah tidak akan selesai kalau diri asyik nak mengelak dan melarikan diri. Makin kita melarikan diri, makin masalah itu akan mengejar. Makanya, kuatkan semangat, hadapi masalah itu. Baca buku dan buat ulangkaji pelajaran supaya mental diisi dengan ilmu dan perkara bermanfaat.

Apabila saya katakan kesihatan mental Wan tidak stabil bukan lah membawa maksud saya katakan beliau gila. Apa yang saya cadangkan adalah Wan telah mengalami gangguan emosi dan batin hingga terzahirnya beberapa kelakuan yang boleh dianggap bobrok.


Semoga Zaquan atau Wan atau Z ini  kembali kepada keadaan yang mana mental dan semangat batiniah nya kembali sihat dan stabil. Amin. 





No comments:

Post a Comment