Monday, September 30, 2013

Lelaki di Universiti


Ukuran kejantanan lelaki adalah subjektif. Ada yang berkata lelaki itu jantan apabila dia selalu menuturkan kata-kata kesat a.k.a mencarut sepanjang masa dalam perbualan. Ada yang kata lelaki itu jantan apabila memiliki susuk badan six-pax; menonjolkan otot-otot yang berurat. Ada yang cakap lelaki itu jantan apabila mampu menjadi player dan heartbreaker. Walau apapun pandangan mereka ini, sesungguhnya kualiti lelaki di Universiti Awam (IPTA) semakin membimbangkan.

 Kita tak dapat nafi lagi malah sangat jelas bahawa panorama di mana-mana IPTA Malaysia menunjukkan bahawa lelaki semakin pupus. Kuantiti yang sedikit ini disedihkan lagi dengan kualiti lelaki yang semakin menyusut. Biar saya klasifikasikan penyusutan kualiti ini: Tidak fokus pada akademik sebaliknya menumpukan pada aktiviti yang konon-kononnya ‘jantan’.

Jika dilihat pada majlis anugerah dekan yang mana mengiktiraf siswa yang mendapat GPA 3.5 ke atas, kuantiti lelaki sangat sedikit. Akibat terlalu sangat lantas obses nak jaga ego kejantanan mereka, lelaki di universiti terlupa bahawa tujuan utama mereka datang menuntut di universiti adalah untuk belajar dengan cemerlang demi masa depan dalam alam perkerjaan yang cerah. Sebaliknya, apa yang dikerjakan oleh para jantan ini adalah bagaimana mereka nak jadi lebih jantan berbanding jantan-jantan lain.

Persoalan siapa lebih jantan sepatutnya dikuburkan kerana dah memang sah lelaki itu adalah lelaki, jantan itu jantan. Untuk apa kita fikir tentang ‘siapa yang lebih jantan’? Jika jawapannya adalah status, pengaruh dan populariti, maka kelompok lelaki sebegini telah terperangkap dalam ilusi di universiti yang membutakan daripada versi realiti.

Kehidupan di universiti adalah medan persediaan sebelum masuk kepada fasa kehidupan yang lebih penting iaitu kehidupan berkerja. Pada kehidupan berkerja ini lah soal status, pengaruh dan populariti perlu bangkit. Medan persediaan di universiti perlu diisi dengan jalinan fokus pada akademik kerana dengan tahap akademik lah penggerak industri berminat untuk mengambil anda berkerja dengan mereka.


Jika di universiti lelaki terus main-main dan banyak meluangkan masa dengan aktiviti yang tak sepatutnya sebagai siswa berkualiti, maka dikhuatiri lelaki ini tidak akan sukses di fasa kehidupan seterusnya. Jadilah jantan yang paling jantan di universiti, jadilah gangster, langsi, pengacau, pembuli, pencarut, pemaki dan penjolok sekalipun, namun jangan menyesal apabila pasca graduasi anda tidak lagi relevan dan signifikan. 











1 comment:

  1. Lelaki di universiti memang tak ramai.
    Sebab itulah value tinggi dimata gadis ;)

    Best man wins kn kn..hehe

    Panggilan Percuma Setiap Hari Hanya RM8.00 sebulan

    ReplyDelete