Saturday, September 14, 2013

Syiman's Review - Who Moved My Cheese?


Mengapa kita perlu takut pada perubahan sedangkan ia adalah satu proses untuk mematangkan kita menjadi lebih baik? Perubahan adalah satu benda yang perlu dijangka dari masa ke masa supaya kita tidak lah terlalu terkejut apabila perubahan mula menjelma.

Inilah intipati utama buku Who Moved My Cheese karangan Dr Spencer Johnson; yang secara kreatif mengisahkan 4 watak utama yang sangat sukakan cheese namun pada suatu hari cheese itu hilang daripada stok simpanan mereka. Reaksi daripada setiap daripada mereka adalah pelbagai terhadap perubahan yang berlaku.

Ada yang terus berubah dengan perkembangan semasa tanpa mempertikai mengapa perubahan itu berlaku. Maka golongan ini lebih cepat menemui cheese baru yang lebih banyak dan sedap.

Ada juga yang tidak mahu berubah dan terus memikir dan mahu menganalisis mengapa perubahan itu berlaku. Golongan ini terus berada dalam sindrom penafian akibat tidak mahu menerima hakikat bahawa perubahan telah mengambil tempat. Makanya, keadaan terus kekal sama tanpa apa-apa anjakan ke arah yang lebih baik.

Sesungguhnya, perubahan sentiasa berlaku dan perlu dijangka secara konsisten. Kita tidak boleh berasa selesa dengan apa yang ada kerana tiada satu benda pun yang kekal selamanya melainkan Dia. Dengan mengjangka perubahan lantas bersedia menghadapinya, maka kita tidak akan terkejut dengan perubahan sebaliknya bergerak secara positif dengan perubahan.


Kita pun terus kekal relevan sampai ke akhirnya.





No comments:

Post a Comment