Sunday, November 17, 2013

Menjadi seorang Pemikir part II


Saya baru tengok Melodi tadi. Tetiba muncul Siti Nurhaliza mengomen tentang kata-kata orang ramai berkaitan teguran beliau terhadap Khairy Jamaluddin. Siti tak puas hati pada kebiadapan KJ terhadap orang tua di FAM.

Orang ramai juga tak puas hati dengan Siti sebab mereka tertanya-tanya layakkah Siti nak menegur KJ. Siapa Siti nak menegur kebiadapan seorang yang berstatus menteri? Dan, daripada banyak-banyak menteri yang buat hal dan kes malah yang lebih dahsyat lagi, mengapa Khairy Jamaluddin yang menjadi target teguran Siti?

Amatlah suka untuk saya kaitkan dengan post saya yang terbaru sebelum ini iaitu ‘Menjadi Seorang Pemikir’. Seorang pemikir sentiasa ghairah lantas teruja untuk menganalisis sikap Siti yang tetiba mencapub dengan menegur KJ.

Pro dan kontra bagi setiap persoalan ditimbang untuk satu justifikasi bagi hipotesis. Adakah Siti rasa ingin mencipta sedikit kontroversi disebabkan dirinya rasa tidak popular lagi mcm zaman muda beliau? Adakah Siti tak puas atas kemenangan KJ dalam Shout! Award yang tetiba menyibuk dalam industri hiburan sedangkan KJ tu ahli politik? Mungkinkah business Datuk K telah terjejas akibat kelantangan KJ mengkritik kepimpinan FAM? Atau...yang sebenarnya, Siti mahu terjun dalam dunia politik dan berasa ingin bertanding sebagai Ketua Wanita UMNO dan sebagai wakil rakyat di PRU 2018 nanti?

Di sini lah logik dan rasional menjadi ramuan dalam pemerahan minda. Bagi saya, dalam banyak-banyak menteri, mengapa KJ seorang yang ditegur. Banyak lagi pak-pak menteri yang perlu ditegur. Saya harap Kak Siti tidak berhenti di sini. Terus-teruslah menegur menteri-menteri yang bermasalah.


Menjadi seorang pemikir adalah nikmat kerana minda telah diberi makanan berkhasiat. Mari menjadi pemikir.








Friday, November 15, 2013

Menjadi seorang Pemikir


Apabila minda dibiarkan menerawang tanpa ada pengisian jitu, maka apa yang akan terjadi adalah masalah mental yang kian menggusarkan. Stres sudah jadi tidak terkawal lalu mula untuk mendapatkan khidmat pakar psikiatri atau masuk ke hospital sakit jiwa. Aktiviti negatif dilakukan secara aktif kerana sudah tiada penimbangan akal melalui dacing baik dan buruk. Stres yang mulanya kecil mula bercambah menjadi barah yang sudah parah untuk dirawat. Apabila sudah tua, jadi nyanyuk.

Semua ini berlaku kerana dari awal kita tidak mahu memilih untuk menjadi pemikir.

Dengan itu, marilah kita menjadi pemikir yang sentiasa mengisi minda dengan ilmu. Tiada kaedah yang lebih efektif untuk mendapatkan ilmu melainkan dengan membaca. Banyak buku di mph, Borders mahupun Popular untuk anda beli. Jika tak mau beli, maka boleh melawat mana-mana perpustakaan awam untuk lepak di situ.

Pemikir adalah manusia yang sentiasa menimbang nilai bagi setiap perkara; samada baik atau buruk. Adakah dengan mengambil dadah akan menyebabkan keadaan aku jadi lebih baik daripada segi jangka masa panjang? Adakah dengan mengumpat daripada belakang akan menjadikan aku menjadi orang yang lebih baik daripada orang yang diumpat itu? Adakah aku sanggup merokok berbatang-batang rokok setiap hari hanya untuk kelihatan macho sedangkan riwayat hidup semakin berkurang hari demi hari? Adakah UMNgOk masih relevan dan signifikan untuk kemajuan Malaysia? Adakah dengan menjadi Famous for Being Famous di Facebook, Twitter dan Instagram memberi pulangan ekonomi kepada aku? Apakah itu demokrasi dan kebebasan media? Apakah fungsi utama aku hidup di muka Bumi ini?

Pemikir sentiasa merangka strategi dan plan samada untuk jangka masa pendek dan panjang. Mereka tidak akan terpedaya dengan helah golongan yang bermuslihat seperti skim cepat kaya dan hujah murahan yang membodohkan orang lain.

Tidak susah untuk menjadi seorang pemikir yang berkualiti. Selain daripada membaca, gunalah waktu bersendiri untuk merenung hikmah sesuatu keadaan. Keseimbangan fizikal, mental, spiritual dan sosial diatur melalui perancangan yang konsisten.


Kita semua mempunyai pilihan. Apa pilihan anda? Mahu menjadi pemikir atau penerawang? Apakah sebabnya?


Wednesday, November 13, 2013

Api Rebellion


Rebellion bukan hanya satu pemberontakan sebaliknya adalah gabungan perjuangan untuk meneruskan momentum idea yang original. Golongan muda mencetus rebellion kepada pihak yang lebih tua dan autoriti atas dasar untuk mewujudkan sinergi, namun idea mereka bukan sahaja tidak didengar, malah ditolak bulat-bulat. Maka, api rebellion terus membakar.

Ramai yang melihat rebellion secara negatif terutamanya daripada pihak autoriti. Autoriti sebenarnya tidak suka kepada idea daripada pihak lain kerana kebanyakkannya menganggu kepentingan mereka. Mereka juga suka merendah-rendahkan pandangan golongan rebellion.

Sedar atau tidak, golongan rebellion adalah terdiri daripada yang berbakat. Dengan bakat yang ada lah maka idea-idea bernas lagi tuntas berselirat dengan ketat; menunggu masa untuk dikeluarkan dan diserap ke dalam sistem komuniti. Dalam pada itu, berlaku pertembungan bakat dengan muslihat. Golongan muslihat sanggup melakukan apa sahaja untuk meraih dan mengekal kuasa walaupun sistem yang diamal adalah pincang. Golongan berbakat sedar akan kepincangan ini namun dihalang oleh golongan muslihat. Terus meneruslah sistem yang ada mengangkat golongan penuh muslihat, bukan golongan berbakat. Maka, api rebellion terus membakar.

Api rebellion yang marak membakar tidak menjadikan golongan yang tidak bersalah sebagai mangsa. Target api rebellion adalah orang tua, autoriti yang penuh muslihat untuk mengekalkan sistem yang menjaga kepentingan mereka walaupun tidak sihat untuk masyarakat. Sesungguhnya pokok sistem yang usang menjadi sarang makhluk tidak bermoral. Justeru, fungsi api rebellion adalah untuk membakar pokok sistem yang usang ini lantas abunya menjadi baja untuk pokok sistem yang segar lantas menjana sistem yang signifikan untuk kemajuan.


Api rebellion adalah api yang halal. Api rebellion adalah api yang membakar pemalsu yang bongok. 


Tuesday, November 12, 2013

Media D' Malaysia


Panaroma pengamalan media di Malaysia adalah membimbangkan kerana terdapat pihak yang tidak selesa terhadap media yang melaporkan kebenaran.

Media yang melapor melalui data dan fakta yang jelas dan terperinci diasak supaya tidak melaporkan secara terbuka atau berhadapan dengan ugutan oleh autoriti. Media yang melapor secara tidak jelas dan tidak sahih namun berpihak kepada kepentingan autoriti tidak pula berhadapan dengan teguran apatah lagi ugutan daripada autoriti.

Nasib baik lah ada medan mahkamah yang menyaksikan Utusan Malaysia kalah saman berkali-kali sampai mencipta rekod apabila menjadi media yang paling banyak kalah saman  fitnah.

Bias yang sangat jelas inilah yang menjadikan nafas pengamal media yang bermisi positif disekat secara tidak sepatutnya oleh pihak autoriti. Kezaliman ini perlu dihentikan kerana pelapor kebenaran tidak layak untuk dilayan sedemikian rupa.


Dimanakah kebenaran lagi di bumi Malaysia jika kebebasan media disekat? Autoriti tidak layak memberi apa jua alasan untuk menghalalkan sekatan terhadap kebebasan media sedangkan diri sendiri itu BIAS. 




Wednesday, November 6, 2013

The Beginning of Sem 3


24 November adalah harinya yang mana bermula musim terbaru bagi perjalanan semester ke-3 yang masih misteri. Apa-apapun mari kita masuk kepada permulaan ini dengan keterujaan dan daya positif sebagai pemangkin ke arah pencorakan Sem 3 yang lebih baik daripada semester yang lepas.

Cukuplah dengan kehidupan di kolej kediaman yang mana sistem Collectivism diamalkan secara sangat tinggi menyebabkan penghuninya jadi obses kepada semangat kolej dan level. Balasan kepada golongan individualistik adalah pengacauan dan pemaksaan yang berterusan. Makanya, Syiman amat suka untuk berada di luar  dan terus bertanggungjawab melalui kaedah Individualism yang membantu untuk terus fokus dan merdeka daripada anasir yang tidak perlu.

Pemilihan ahli kumpulan dalam tugasan akan dibuat dengan lebih berhati-hati dan diurus dengan teliti. Pensyarah yang mempunyai kecenderungan untuk cerewet malah banyak songeh akan ditangani melalui pengurusan gerak kerja tugasan yang efektif lalu memuaskan hati beliau.

Sesungguhnya Syiman terus komited untuk tidah mahu mengundang apa-apa perhatian yang menggangu fokus kepada kecemerlangan akademik. Justeru, segala bentuk publisiti yang hanya meninggikan reputasi kosong wajar dielakkan. Sekarang bukan masanya untuk popular apatah lagi diulit glamor. Melainkan populariti itu memberi pulangan ekonomi, maka barulah ia menjadi keperluan.

Puasa Internet adalah salah satu amalan sihat untuk dilaksanakan sepanjang Semester 3. Amalan-amalan sihat yang lain termasuklah ‘Usaha-Doa-Tawakal’, pengurusan masa yang teratur, tidak boros dan istiqamah.


Mari kita memantap. 



Top 10 of Rite Now: Wanna Q4 '13


Nintendo 2DS

Semakin membuak-buak kemahuan untuk membeli Nintendo 2DS apabila melihat kawan saya sangat gembira bermain dengan Nintendo 3DS XL beliau. Nintendo 2DS adalah gajet terbaru dalam keluarga 3DS daripada Nintendo yg dilancarkan pada 12 Oktober 2013 di Malaysia. Harga: RM400-RM500; lebih baik jika dibandingkan dengan harga Nintendo 3DS XL: RM950.



Pokemon X

Semestinya kemahuan untuk memiliki Nintendo 2DS disertai dengan kemahuan untuk bermain Pokemon X. Pokemon X dan Pokemon Y adalah game pokemon terbaru yang melahirkan Pokemon generasi ke-6 untuk dijadikan koleksi Pokemon Trainer sekalian. Legendary Pokemon terbaru, Xerneas; berbadan rusa bertanduk pelangi yang nampak sangat hebat dan cantik.



Pokemon Black 2

Black 2 adalah sekuel kepada Pokemon Black yang mana ada Pokemon generasi ke-5. Saya nak merasa jugak pengalaman main game Pokemon nie sebab mcm best je jalan cerita die.



Sony Cybershot TX30

Semua orang seperti berlumba-lumba nak dapatkan kamera DSLR namun apa yang Syiman nak adalah kamera digital biasa je iaitu Sony Cybershot TX30. Cukuplah untuk memuaskan nafsu penggambaran Syiman yang sangat suka snap pic dengan pelbagai posisi dan persekitaran.



MSi GX60 3BE

Saya rasa saya adalah gamers yang boleh tahan hardcore jgk lah daripada segi hardware namun sebenarnya softcore daripada segi jenis game. Mulanya saya suka dekat Alienware 14 untuk dimiliki, namun tengok2 balik, saya nak MSi GX60 3BE sebab lebih murah, lebih ringan dan ada AMD Twins – processor cips dan graphic card yang masing-masing daripada AMD. Keyboard die pun warna warni membuatkan saya lebih feeling waktu main PC Game nanti.


 
The Sims 3

The Sims 4 dah nak keluar pada penggal ketiga atau keempat 2014 namun hakikatnya, saya masih belum merasa main The Sims 3. The Sims 2 memang best terutamanya melalui Expansion Pack The Sims 2: Open for Business namun ketiadaan expansion pack mengenai kehidupan selebriti dan elemen populariti. The Sims 3: ShowTime kembali membuatkan saya teruja sebab saya memang minat untuk melahirkan ramai yang popular dan berbakat dalam kalangan Sims yang saya lahirkan.

Star Craft II

Terima kasih kepada Taufik; sepupu saya yang memperkenalkan saya dengan game Star Craft sebab game nie memang sangat superb daripada segi jalan cerita dan strategi. Kini dengan sequel Star Craft II yang dijadikan trilogi – Wings of Liberty yang khusus untuk Terran, Heart of Swarm yang memberi prioriti kepada Zerg dan satu lagi expansion yang masih bakal dilancarkan yang fokus untuk Protoss. Saya suka dengan persona kejahatan Kerrigan sewaktu menjadi Queen of Blades untuk Zerg.



Grand Theft Auto IV

GTA banyak memenangi anugerah sebagai game yang fresh dan inovatif. Dengan itu, semestinya saya suka untuk bermain dengan sesuatu yang fresh. Saya boleh round2 satu city dan buat apa yang saya suka. Hehe.



Dont Sweat the Small Stuff by Richard Carlson

Setelah membaca The 7 Habits of Highly Effective People, Awaken Giant Within, Who Moved My Cheese, Jangan Bersedih dan Men Are From Mars, Women Are From Venus; Syiman terus dahagakan ilmu melalui pembacaan. Makanya, Dont Sweat The Small Stuff harus dimiliki lantas diperah jus ilmu daripada buku ini. Nasihat utama buku ini: Dont let little things overtaking ur life. Menarik.





ARTPOP by Lady Gaga

Applause dan Do What You Want adalah singles terbaru Lady Gaga melalui buah tangan terbaru beliau, ARTPOP yang bakal menjengah ke pasaran pada 11/11/2013 ini. Ekpresi dan kreativiti terus menjadi tema penghasilan music Lady Gaga dan inilah yang menjadi kekuatan kepada Lady Gaga untuk terus menjadi selebriti yang signifikan dan relevan walaupun adakalanya dianggap deviant. 






Apa yang boleh saya simpulkan Wanna saya kali ini adalah berorientasikan kepada game dan platform untuk memainkan game itu. Musim Wanna kali ini juga menyaksikan saya telah mengenepikan fashion dan gadget komunikasi seperti Android handphones mahupun iPad, iPhone mahupun Samsung Galaxy Notes III. Musim Wanna akan bertukar namun apa yang pasti mari kita berusaha untuk merealisasikan WishList masing-masing. Usaha.Doa.Tawakal.