Wednesday, November 13, 2013

Api Rebellion


Rebellion bukan hanya satu pemberontakan sebaliknya adalah gabungan perjuangan untuk meneruskan momentum idea yang original. Golongan muda mencetus rebellion kepada pihak yang lebih tua dan autoriti atas dasar untuk mewujudkan sinergi, namun idea mereka bukan sahaja tidak didengar, malah ditolak bulat-bulat. Maka, api rebellion terus membakar.

Ramai yang melihat rebellion secara negatif terutamanya daripada pihak autoriti. Autoriti sebenarnya tidak suka kepada idea daripada pihak lain kerana kebanyakkannya menganggu kepentingan mereka. Mereka juga suka merendah-rendahkan pandangan golongan rebellion.

Sedar atau tidak, golongan rebellion adalah terdiri daripada yang berbakat. Dengan bakat yang ada lah maka idea-idea bernas lagi tuntas berselirat dengan ketat; menunggu masa untuk dikeluarkan dan diserap ke dalam sistem komuniti. Dalam pada itu, berlaku pertembungan bakat dengan muslihat. Golongan muslihat sanggup melakukan apa sahaja untuk meraih dan mengekal kuasa walaupun sistem yang diamal adalah pincang. Golongan berbakat sedar akan kepincangan ini namun dihalang oleh golongan muslihat. Terus meneruslah sistem yang ada mengangkat golongan penuh muslihat, bukan golongan berbakat. Maka, api rebellion terus membakar.

Api rebellion yang marak membakar tidak menjadikan golongan yang tidak bersalah sebagai mangsa. Target api rebellion adalah orang tua, autoriti yang penuh muslihat untuk mengekalkan sistem yang menjaga kepentingan mereka walaupun tidak sihat untuk masyarakat. Sesungguhnya pokok sistem yang usang menjadi sarang makhluk tidak bermoral. Justeru, fungsi api rebellion adalah untuk membakar pokok sistem yang usang ini lantas abunya menjadi baja untuk pokok sistem yang segar lantas menjana sistem yang signifikan untuk kemajuan.


Api rebellion adalah api yang halal. Api rebellion adalah api yang membakar pemalsu yang bongok. 


No comments:

Post a Comment