Wednesday, November 6, 2013

The Beginning of Sem 3


24 November adalah harinya yang mana bermula musim terbaru bagi perjalanan semester ke-3 yang masih misteri. Apa-apapun mari kita masuk kepada permulaan ini dengan keterujaan dan daya positif sebagai pemangkin ke arah pencorakan Sem 3 yang lebih baik daripada semester yang lepas.

Cukuplah dengan kehidupan di kolej kediaman yang mana sistem Collectivism diamalkan secara sangat tinggi menyebabkan penghuninya jadi obses kepada semangat kolej dan level. Balasan kepada golongan individualistik adalah pengacauan dan pemaksaan yang berterusan. Makanya, Syiman amat suka untuk berada di luar  dan terus bertanggungjawab melalui kaedah Individualism yang membantu untuk terus fokus dan merdeka daripada anasir yang tidak perlu.

Pemilihan ahli kumpulan dalam tugasan akan dibuat dengan lebih berhati-hati dan diurus dengan teliti. Pensyarah yang mempunyai kecenderungan untuk cerewet malah banyak songeh akan ditangani melalui pengurusan gerak kerja tugasan yang efektif lalu memuaskan hati beliau.

Sesungguhnya Syiman terus komited untuk tidah mahu mengundang apa-apa perhatian yang menggangu fokus kepada kecemerlangan akademik. Justeru, segala bentuk publisiti yang hanya meninggikan reputasi kosong wajar dielakkan. Sekarang bukan masanya untuk popular apatah lagi diulit glamor. Melainkan populariti itu memberi pulangan ekonomi, maka barulah ia menjadi keperluan.

Puasa Internet adalah salah satu amalan sihat untuk dilaksanakan sepanjang Semester 3. Amalan-amalan sihat yang lain termasuklah ‘Usaha-Doa-Tawakal’, pengurusan masa yang teratur, tidak boros dan istiqamah.


Mari kita memantap. 



No comments:

Post a Comment