Tuesday, December 31, 2013

Welcome, 2014


2013 pastinya telah menyajikan anda dengan pelbagai momen yang termuat dalam album memori suka dan duka. Apa yang paling penting sewaktu menyelak album memori ini adalah pengajaran yang boleh diambil supaya 2014 yang hadir dicorak dengan cantik.

iPhone 5, iPad Air dan Nintendo 2DS adalah antara produk menarik pada tahun 2013. The Hobbit 2, Catching Fire, Iron Man 3 dan The Croods adalah filem box-office yang signifikan untuk ditonton. Lorde dan gerombolan puteri Pop berlumba-lumba meluncurkan album masing-masing (Lady Gaga, Katy Perry, Miley Cyrus, Britney Spears). Eminem, Justin Timberlake dan Beyonce tidak ketinggalan dalam memperdengar karya terbaru.

Harapan pada tahun 2014 adalah keamanan dan kemakmuran ekonomi. Golongan pembuli perlu disumbat dengan moral authority sampai mereka pengsan dan terus insaf daripada menjadi pembuli. Perosak keamanan orang lain juga perlu dilanyak dengan hujah-hujah kental supaya mereka sedar mereka adalah dalang kepada kehancuran sosial. Duit yang dijana oleh usaha yang gigih diurus dengan bijak tanpa unsur pembaziran dan dipengaruhi oleh sikap obses pada material dan status.

Semoga 2014 hadir dengan cahaya sebagai penyinar kepada jalan yang dulunya gelap di 2013. Welcome, 2014. Happy New Year. Perlu diingat, kestabilan mental, fizikal, sosial dan spiritual perlu diseimbangkan dengan bijak.


Selamat Tahun Baru. 


Wednesday, December 18, 2013

Beyonce by Beyonce


Beyonce mengejutkan kita lagi. Kali ini bukan dengan kankangan maut Single Ladies, baju jaluran delima mahupun tarian gila gaya Afrika manifestasi Deja Vu. Kali ini adalah dengan kejutan sewaktu peluncuran album kelima Beyonce yang dibuat secara tiba-tiba.

Tanpa apa-apa promosi mega seperti Lady Gaga, Katy Perry dan Miley Cyrus; Beyonce secara tetiba membuat kenyataan di Twitter dan Facebook  bahawa beliau tampil dengan album yang memuatkan 14 lagu baru, yang mana setiap lagu disusulkan dengan video.

Langkah mengejut ini sebenarnya berisiko tinggi gagal di pasaran. Lihat saja Britney Spears dan Nelly Furtado yang tidak mampu mengekalkan momentum kelarisan album akibat kurangnya promosi. Namun Beyonce adalah artis yang original. Album yang dinamakan Beyonce ini bukan sahaja berjaya tertempat #1 di Billboard malah mencipta rekod sebagai album terpantas laris di iTunes Store; terjual lebih 800,000 unit sepanjang 3 hari pertama dipasarkan.

Cover album Beyonce  hanya tertera ‘Beyonce’ dalam warna pink; mengambil inspirasi daripada konsep minimalism. Beyonce mendapat review positif di Metacritic dengan mendapat markah 84/100.  Cover album Lorde, Pure Heroine juga adalah ringkas dengan hanya tertera tulisan. Review daripada profesional adalah sangat baik untuk Pure Heroine. Single oleh Lorde, Royals menjajah Billboard Hot 100 dengan menjadi #1 selama 9 minggu berturut-turut.  Namun Pure Heroine hanya suam-suam kuku di pasaran. Ironi antara Lorde dan Beyonce menunjukkan Beyonce memiliki aura istimewa sebagai artis berhayat panjang dalam industri.  




Beyonce hanya perlu melakukan kejutan di saat para peminat music ternanti-nanti kelainan daripada segerombolan puteri pop (Lady Gaga, Katy Perry, Miley Cyrus, Britney Spears) meluncurkan album pop masing-masing. Inilah pulangan dengan menjadi lain daripada yang lain.






P/s – My beloved favorita Madonna, wish u make a surprise like this one. Still waiting for ur next masterpiece. 

Friday, December 13, 2013

Suka Duka 2013



Suka

1. 3.92 untuk Semester 1, 3.91 untuk Semester 2

2. Kemenangan dalam Sketsa Pantun, Medley, Show Me How bersama Miraa Mia dan Amer Ash

3. Sony Ericsson Xperia X10

4. Habis baca buku The 7 Habits of Highly Effective People, Awaken Giant Within, Who Moved My Cheese? dan Men Are From Mars, Women Are From Venus.

5. Dapat tawaran kerja sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan dan Pegawai Kastam daripada SPA tetapi terpaksa tolak sebab komited untuk teruskan pengajian.

6. Trending kat Twitter #prayforshariman yang dilancarkan oleh ahli Kaki Reboot. Siap ada Hakka edisi khas untuk Syareman.

7. Sesi penggambaran dengan kamera DSLR Mia adalah menyegarkan perspektif dan menghasilkan banyak gambar-gambar menarik dan tebaik untuk 2013. Thanks Mia!

8. Dapat laptop mini baru yang cukup untuk melakukan tugasan akademik dan melayan hiburan di waktu terluang setelah laptop HP Pavilion telah nazak dan tidak mampu lagi perform seperti dulu.

9. Mengundi untuk Pilihanraya Umum buat kali pertama.

10. Butik pertama H&M telah dibuka di Malaysia. First time beli H&M iaitu – Hoodie, Skinny Jeans dan Shirt. Sangat berpuas hati dengan kualiti namun dengan harga yang lebih murah

11. Rafael Nadal kembali menjadi #1, merampas kembali mahkota Raja Tenis daripada Novak Djokovic.

12. Kembali ke Sunway Lagoon setelah sekian lama. Auntie belanja tiket yang berharga RM80.

13. G klinik gigi untuk buat pembersihan gigi. Walaupun agak rimas, tapi gigi rasa lebih bersih tanpa plak degil yang mengumpul bakteria. Doktor pesan datang klinik gigi 6 bulan sekali.

14. Dapat tajaan negeri Kedah.

15. Menggunakan cloud storage dengan banyak. Thanks to Google Drive sebab bagi kapasiti 45GB untuk simpanan data.


Duka

1. Mendapat kolej Jebat dan Lekiu di level yang mana Collectivism sangat meninggi, sedangkan saya adalah tinggi Individualism. Makanya berlaku lah pelarian saya daripada Jebat ke Lekiu. Di Lekiu, berlaku sedikit pengtengkaran akibat pertembungan dua nilai ini.

2. Kehilangan 170GB filem yang dikumpul selama bertahun-tahun dalam Samsung External HardDisk disebabkan kecuaian seorang kawan.

3. Bertunjang kepada prinsip demokrasi yang sihat, tidak berlaku pertukaran kerajaan Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat. Banyak isu berbangkit, seperti ketirisan kewangan dan kebebasan media yang tidak ditangani dengan baik.

4. Didiagnos menghidap demam campak. Satu pengalaman yang agak menggusarkan dan melemahkan. Setanding dengan sakit gigi.

5. Gum Bleeding. Darah kuar banyak lain macam.


6. Tak dapat tajaan JPA. 


Sunday, December 1, 2013

Agenda


Kucing itu masuk ke dalam rumah saya sambil miow miow terhadap Riz, Napi dan saya. Dia mencari makanan dengan menjenguk ke sana sini. Agendanya adalah meneruskan kelangsungan survival hidup.

Manusia lebih kompleks dalam beragenda. Agenda material, agenda politik, agenda kuasa, agenda pengaruh, agenda seks, agenda kasanova, agenda menggatal, agenda popular dan banyak lagi agenda yang mana daripada itu lahir pulak cara untuk merealitikan agenda.

Tidak salah untuk beragenda. Yang salah adalah apabila dalam proses merealitikan agenda, manusia cenderung untuk memangsakan manusia lain. Paradigma yang menyesatkan seperti matlamat menghalalkan cara dijana demi kepentingan diri dan kroni. Ada juga agenda yang makan tuan kerana agenda itu sebenarnya tidak memberi apa-apa manfaat pun melainkan kekeliruan dan masalah jiwa yang berterusan.

Ke arah mencapai agenda material, pembaziran terhadap benda yang tidak perlu; perlu dititikberatkan. Agenda kuasa perlu diseimbangkan dengan menjaga amanah dan mengelak daripada menjadi orang yang gila kuasa. Agenda popular tidak boleh menjadi justifikasi untuk menjadi Famous for Being Famous. Agenda reputasi perlu dijaga dengan mengelak daripada penerbitan fitnah.


Atas nama keharmonian dan kemaslahatan, kita sebenarnya tidak perlu menjatuhkan orang lain untuk merealisasi agenda. Jika agenda terus menjadi senjata untuk menembak dan memancut secara jahat kepada orang lain, maka nantikan kekejaman karma sewaktu menghukummu.