Sunday, December 1, 2013

Agenda


Kucing itu masuk ke dalam rumah saya sambil miow miow terhadap Riz, Napi dan saya. Dia mencari makanan dengan menjenguk ke sana sini. Agendanya adalah meneruskan kelangsungan survival hidup.

Manusia lebih kompleks dalam beragenda. Agenda material, agenda politik, agenda kuasa, agenda pengaruh, agenda seks, agenda kasanova, agenda menggatal, agenda popular dan banyak lagi agenda yang mana daripada itu lahir pulak cara untuk merealitikan agenda.

Tidak salah untuk beragenda. Yang salah adalah apabila dalam proses merealitikan agenda, manusia cenderung untuk memangsakan manusia lain. Paradigma yang menyesatkan seperti matlamat menghalalkan cara dijana demi kepentingan diri dan kroni. Ada juga agenda yang makan tuan kerana agenda itu sebenarnya tidak memberi apa-apa manfaat pun melainkan kekeliruan dan masalah jiwa yang berterusan.

Ke arah mencapai agenda material, pembaziran terhadap benda yang tidak perlu; perlu dititikberatkan. Agenda kuasa perlu diseimbangkan dengan menjaga amanah dan mengelak daripada menjadi orang yang gila kuasa. Agenda popular tidak boleh menjadi justifikasi untuk menjadi Famous for Being Famous. Agenda reputasi perlu dijaga dengan mengelak daripada penerbitan fitnah.


Atas nama keharmonian dan kemaslahatan, kita sebenarnya tidak perlu menjatuhkan orang lain untuk merealisasi agenda. Jika agenda terus menjadi senjata untuk menembak dan memancut secara jahat kepada orang lain, maka nantikan kekejaman karma sewaktu menghukummu. 


No comments:

Post a Comment