Wednesday, December 18, 2013

Beyonce by Beyonce


Beyonce mengejutkan kita lagi. Kali ini bukan dengan kankangan maut Single Ladies, baju jaluran delima mahupun tarian gila gaya Afrika manifestasi Deja Vu. Kali ini adalah dengan kejutan sewaktu peluncuran album kelima Beyonce yang dibuat secara tiba-tiba.

Tanpa apa-apa promosi mega seperti Lady Gaga, Katy Perry dan Miley Cyrus; Beyonce secara tetiba membuat kenyataan di Twitter dan Facebook  bahawa beliau tampil dengan album yang memuatkan 14 lagu baru, yang mana setiap lagu disusulkan dengan video.

Langkah mengejut ini sebenarnya berisiko tinggi gagal di pasaran. Lihat saja Britney Spears dan Nelly Furtado yang tidak mampu mengekalkan momentum kelarisan album akibat kurangnya promosi. Namun Beyonce adalah artis yang original. Album yang dinamakan Beyonce ini bukan sahaja berjaya tertempat #1 di Billboard malah mencipta rekod sebagai album terpantas laris di iTunes Store; terjual lebih 800,000 unit sepanjang 3 hari pertama dipasarkan.

Cover album Beyonce  hanya tertera ‘Beyonce’ dalam warna pink; mengambil inspirasi daripada konsep minimalism. Beyonce mendapat review positif di Metacritic dengan mendapat markah 84/100.  Cover album Lorde, Pure Heroine juga adalah ringkas dengan hanya tertera tulisan. Review daripada profesional adalah sangat baik untuk Pure Heroine. Single oleh Lorde, Royals menjajah Billboard Hot 100 dengan menjadi #1 selama 9 minggu berturut-turut.  Namun Pure Heroine hanya suam-suam kuku di pasaran. Ironi antara Lorde dan Beyonce menunjukkan Beyonce memiliki aura istimewa sebagai artis berhayat panjang dalam industri.  




Beyonce hanya perlu melakukan kejutan di saat para peminat music ternanti-nanti kelainan daripada segerombolan puteri pop (Lady Gaga, Katy Perry, Miley Cyrus, Britney Spears) meluncurkan album pop masing-masing. Inilah pulangan dengan menjadi lain daripada yang lain.






P/s – My beloved favorita Madonna, wish u make a surprise like this one. Still waiting for ur next masterpiece. 

No comments:

Post a Comment