Tuesday, December 31, 2013

Welcome, 2014


2013 pastinya telah menyajikan anda dengan pelbagai momen yang termuat dalam album memori suka dan duka. Apa yang paling penting sewaktu menyelak album memori ini adalah pengajaran yang boleh diambil supaya 2014 yang hadir dicorak dengan cantik.

iPhone 5, iPad Air dan Nintendo 2DS adalah antara produk menarik pada tahun 2013. The Hobbit 2, Catching Fire, Iron Man 3 dan The Croods adalah filem box-office yang signifikan untuk ditonton. Lorde dan gerombolan puteri Pop berlumba-lumba meluncurkan album masing-masing (Lady Gaga, Katy Perry, Miley Cyrus, Britney Spears). Eminem, Justin Timberlake dan Beyonce tidak ketinggalan dalam memperdengar karya terbaru.

Harapan pada tahun 2014 adalah keamanan dan kemakmuran ekonomi. Golongan pembuli perlu disumbat dengan moral authority sampai mereka pengsan dan terus insaf daripada menjadi pembuli. Perosak keamanan orang lain juga perlu dilanyak dengan hujah-hujah kental supaya mereka sedar mereka adalah dalang kepada kehancuran sosial. Duit yang dijana oleh usaha yang gigih diurus dengan bijak tanpa unsur pembaziran dan dipengaruhi oleh sikap obses pada material dan status.

Semoga 2014 hadir dengan cahaya sebagai penyinar kepada jalan yang dulunya gelap di 2013. Welcome, 2014. Happy New Year. Perlu diingat, kestabilan mental, fizikal, sosial dan spiritual perlu diseimbangkan dengan bijak.


Selamat Tahun Baru. 


No comments:

Post a Comment