Sunday, January 5, 2014

Mentaliti Minoriti


Era globalisasi menjadi saksi Minoriti kembali mengatasi Majoriti. Kini bukan masanya untuk Majoriti mengangkat dada dan meninggi hidung. Kini adalah masa kegemilangan Minoriti.

Terbukti di mana-mana bahawa golongan minoriti lebih kaya dan sukses daripada Majoriti. Terselindung sebagai rahsia kejayaan Minoriti ini adalah mentaliti yang menjurus kepada kemantapan potensi.

Pertama, golongan Minoriti tidak berharap dan bertongkat kepada bantuan orang lain. Mereka percaya bahawa sebagai golongan Minoriti, mereka perlu berdiri atas kaki sendiri. Dengan tidak berharap kepada orang lain, kehutangan dan kebergantungan kepada orang lain yang kurang menyebabkan tahap fokus lebih jitu.

Kedua, golongan Minoriti tidak malas. Mereka berkerja kuat kerana mereka tahu jika mereka tidak berkerja kuat, tiada siapa yang akan back up. Minoriti percaya kemalasan hanyalah tabiat golongan Majoriti yang menjadi punca kepada kemalapan mereka. Akibat usaha yang kuat dan bersungguh-sungguh, maka hasil yang lahir lebih besar dan mapan daripada apa yang diperoleh Majoriti.


Penguasaan Minoriti nampaknya akan terus mencengkam akibat kelekaan Majoriti dibuai material dan status. Untuk mengubah semua ini, maka Majoriti perlu belajar untuk memiliki mentaliti Minoriti.