Monday, February 17, 2014

Burger Jalanan Itu...


Bagi segala kontroversi yang melanda McD, tiada yang mengesankan saya. Malah saya semakin berselera setiap kali menyantap Double Cheeseburger dan Big Mac.

Apa yang mengesankan saya adalah customer service. Bukan kontroversi.  Bukan rumours. Bukan fitnah. Bukan bukan bukan. Customer service; realiti yang memaparkan sejauh mana keihklasan mereka memberi perkhidmatan lah yang menjadi faktor utama kepada penilaian saya.

McD sangat customer-oriented. Mereka bukan sahaja pantas, malah cekap dan lazat (GCB, Double Cheeseburger, golden french fries, etc). Apa yang paling saya kagum tentang McD adalah berkaitan keupayaannya untuk memurahkan produk di sebalik orang lain berlumba-lumba menaikkan harga. Produk mereka konsisten.

Berbeza dengan KFC; pesaing terdekat McD di Malaysia, produk mereka tidak konsisten. Banyak kali jugak saya dapat burger Cheezy Zinger yang keras rotinya dan tidak cukup bahan (dalam iklan tunjuk ada sos cheese oren tapi yang diberi tiada). Disebabkan kualiti produk yang tidak konsisten, setiap kali saya datang KFC saya risau samada akan dapat Cheezy Wedges dan Cheezy Zinger yang sedap atau tidak sedap. KFC perlu rasa berdosa sebab selalu merisaukan saya. Malah saya rasa ramai yang setuju set Lunch dan Dinner Value Meal oleh KFC tak layak pun dinamakan sebagai ‘Value Meal’.

Tadi saya baru beli burger jalanan (burger di gerai tepi jalan). Servis yang lembap dan tidak mesra. Kualiti rasa juga sudah berkurang, tak sesedap dulu. Burger jalanan ini lagi teruk daripada KFC sebab seolah-olah langsung tidak menjadikan customer sebagai pihak yang perlu dilayan mesra.


Saya tak akan beli lagi burger jalanan itu. 




No comments:

Post a Comment