Monday, February 17, 2014

MDNA Tour & Batiniah


Penghayatan batiniah semakin terhakis dalam kalangan masyarakat kini. Sebagai contoh, MDNA Tour mencatat 100% jualan tiket namun album MDNA tercatat dalam sejarah sebagai kejatuhan jualan album minggu ke-2 paling tinggi. Jualan fizikal album MDNA secara keseluruhan agak mengecewakan.

Apa kaitannya penghayatan batiniah masyarakat dengan perbandingan jualan tiket MDNA Tour- jualan fizikal album MDNA?

Kita dapat menilai penghayatan batiniah seseorang melalui cara dia menghayati musik. Orang yang menghadiri konsert (dlm kes ini, MDNA Tour) rata-ratanya adalah untuk berpesta dan berhibur. Penghayatan kepada struktur musik dan melodi tidak diberi perhatian sangat. Berbeza dengan album yang memberikan perincian mendalam kepada susun atur musik.

Jadi disini, kecenderungan orang ramai untuk menghadiri secara meriah ke konsert MDNA Tour dengan mengabaikan album MDNA adalah satu simptom bahawa penghayatan batiniah masyarakat semakin terhakis. Ini adalah membimbangkan kerana spiritual adalah salah satu elemen kemanusian yang melengkapi fizikal, emosional dan mental. Rosaknnya spritual memberi kesan kepada elemen lain.


Apa-apapun, saya terhibur dengan konsert MDNA Tour. Madonna adalah Living Legend yang sentiasa menjadi inspirasi. 






No comments:

Post a Comment