Wednesday, February 12, 2014

Perli


Baru-baru ini, ada dua kejadian memerli besar yang berlaku. Pertama, Air Asia perli MAS. Kedua, McD perli Najib Razak.

Air Asia perlu berterima kasih kepada Chef Wan atas pendedahan beliau berkaitan nasi lemak telanjang Air Asia – tak ada ikan bilis dan kacang. Melalui konsep persaingan nakal Air Asia pun pantas mengorak langkah melancarkan iklan yang mempromosi pakej sarapan dengan slogan “Nasi Lemak Kami Lengkap!”. Tambah mereka, “Sejuklah di udara kalau telanjang”.



Saya tak sangka McD juga nak perli Najib Razak. Mereka tidak mahu ketinggalan dalam mengikut trend cetusan belia yang tidak berpuas hati dengan kenaikan harga pelbagai jenis barang. McD berkata dalam iklan sayur mereka,“Harga sayur (kankung) tidak turun tetapi harga burger tetap turun”.




Perli bukan bermaksud benci. Perli adalah tamparan manja yang menyedarkan sesiapa yang masih berselubung dengan sindrom penafian. 


No comments:

Post a Comment